Saturday, June 21, 2014

Floria Putrajaya 2014 Part 2

Salam, ok aku menepati janji untuk buat part 2 hari ni tapi ada berita tak gembira sebab aku ingat nak habiskan sampai part 2 sahaja. Tapi banyak sangat gambar yang cantik aku nak tunjuk so aku ambik eputusan nak buat part3. Ok sila bersabar dengan aku yer kawan-kawan.. Ok aku skip kata-kata pendahuluan la yer sebab pendahuluan nya masih sama. So korang boleh tengok balik entry pasal Info Floria Putrajaya 2014 dan juga Floria Putrajaya 2014 Parrt 1. 

Ok meh la aku bagi korang cuci mata. Sebelum tu untuk info Floria Putrajaya 2014 diadakan dari 14 Jun 201-22 Jun 2014 di Presint 4 Putrajaya pada jam 9.00 Pagi hingga 12 tgh malam. So esok hari last moh la kita memeriahkan suasana.




Ok ni sambungan daripada Entry gambar Part 1
Ingat yang bumbung botol warna warni tu?
Tak ingat boleh gi belek entry tu balik.
Korang nampak bingkai dia dari rantai motor n spoket.
Gila kreatif!!!






Masih gatal nak ambik gambar membelakangkan jambatan
nice jer






Celebrate Love
Aduhh nampak batang monopod dahhh
Try again next time.






Wilayah Persekutuan
Sengih sebab ada cerita lucu disebalik ni
apa tak berapa nak ingat la





Zuraidah n flowers





Us
















Tempat famous Floria Putrajaya 2014 ni.
Aku rasa kat FB pun ramai yang duk share gambar kat sini.
masa aku pergi pun mak aii ramai yang duk amik gambar
'Sebab tempatnya cantik kan
tak pernah aku jumpa before this.
so harusla ambik peluang kan.
Ko nampak Ida kat situ, belakang pasangan yang baju oren tu.
Hahaha. Jauh sebab ramai orang kan.







Cantikk!!
Payung sepanjang jalan.







Lukisan dinding.
ada beberapa lukisan yang cantik
tapi sebab ramai yang duk tunggu turn nak ambik gambar so aku malas nak ambik
masa ni dah start penat dah.
jauh dah rasa jalan, ye ke tak tak tahu.
takut la aku ni yang kurang stamina, orang lain pergi elok jer..





Ida again.






Cantik kan??
Bukan kami tapi lukisan kat belakang tu la.
Pakai cat Nippon kot sebab aku tengok ada logo nippon paint kat situ
ceria sahaja.
Penat pun senyum jer bila tala kamera.
Memang dasar kan!!






Oppsss terjauh kesini pulak.
Halalkan yer. Kami dan payung.
Cantikkan kami eh payung.?





Floria 2014









Orang ramai kan nak ambik gambar.
So pandai-pandai korang la. nak ada orang ambik jer.
tak nak ada orang pandai-pandai la cari port masing-masing.






Mana-mana pun jadi senyum asal hala kamera sahaja.





Cantik jer bunga-bunga kat sini.
Kawasan ni sejuk sikit mungkin sebab bunga-bunga ni tak tahan panas.
Ni kawasan taman rekaan daripada luar negara.





Kuda ku lari gagah berani...lalalalala





Penat but click kamera senyum saje






Haaa sapa yang panas boleh masuk sini.
Building dia macam bee.
Dalam ni ada air cond sejuk.





Ros pun ada.













Ni taman perbadanan putrajaya
Globe kat belakang tu adalah berpusing.





Memang nak gambar yang ada ko jer situ memang tak la kan.
nama tempat ramai kan, pandai-pandai kirang la.





Taman Diraja. Dalam ni ada kapal tapi aku tak pergi dekat la.
Ramai orang dan aku dah penat.






Duduk dulu weii penat.










Air mesti bawak tau. Sebab air macam biasa mahal.
Mencekik darah. sebab aku memang selalu pergi dan tahu airnya mahal.
Apa kata ko bawak jer la air masak sendiri.

























The Hanging Garden
dalam ni semua benda tergantung jer
aku tak masuk pun. Insyaallah nanti aku nak masuk esok.





Itu adalah kayu semata
Berseni la diorang ni.
































Ok ni dah masuk tempat sejuk.
dalam ni lagi cantik
gambar-gambar dalam ni aku letak next entry la yer.

















Aduh sesat keluar pulak.
Redhakan jer la.




Sengeh lebar sebab aku tolak dia nak suh baring situ
tapi mana lah dia nak.
Hahaha






Feeling pintu gerbang kahwin lah tu.












Ok ini penutup entry part 2 ni.
tu adalah pelamin.
Cantik
Tapi macam biasa. Malam kan banyak cahaya
Kalau kamera tak canggih mana nak ambik gambar satu kekangan la.
So yang nak pergi malam bawak DSLR anda.

View memang tak kan mengecewakan.
So kepada yang belum pergi bolehlah pergi. Walaupun kena bayar tapi berbaloi bagi aku.

Ada sapa-sapa nak jumpa aku?
Kitra jumpa esok di Floria Putrajaya 2014.
Aku nak pergi lagi sekali, dengan Ida n adik-adik pulak.
So jumpa disana.


Part 3 insyaallah akan menyusul.
Insyaallah esok aku pergi snap lagi banyak pemandangan daripada gambar aku.
Hehehe.


So stay tune jumpa next entry yer!!!

Assalamualaikum.





Friday, June 20, 2014

Floria Putrajaya 2014 Part 1

Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan aku up entry untuk Floria Putrajaya 2014 ni. Oppss ada part 1 disitu maknanya aku akan ada sambungan dia. Bila nak sambung tu aku doa-doa takder la halangan nya. Aku up entry Floria dulu sebab Floria ni masih lagi berlangsung buat masa ni. So kira masih panas, kalau yang pernah baca entry pendahuluan dulu, macam still terfikir cantik ke tidak si Begonia ni meh la aku tunjuk suasana dia. Suasana ok aku ulang suasana, sebab ofkos la akan penuh gambar selfie aku dan Ida. Meh aku bagi alasan kenapa sebab orang adalah ramai, so aku malas nak tunggu orang clear baru snap kan, dari aku snap ada gambar orang baik aku snap gambar kami.

Ok2 aku gerak gi Floria 2014 ni petang lepas asar. Kira ok la sebab aku nak elakkan panas sebab risau pulak panas-panas ada pulak aku migrain kan. Maybe sebab aku pergi malam tu yang ramai orang, kalau malam nak jalan best la tak panas, tapi nak ambik gambar kekangan la sikit sebab kita kan takder DSLR.

So pengumuman sekali lagi, sapa yang nak pergi FLORIA PUTRAJAYA 2014, masih lagi sempat dari 14 Jun 2014 hingga 22 Jun 2014. Moh la kita memeriahkan Visit Malaysia 2014 ni.





Ada yang terkejut tak?
Ada tak?
Yes ini betul, tahun ni kena bayar.
Dewasa = RM3.00, Kanak-kanak (7-12 thn) = RM 1.00
Masa aku pergi macam ehh biar betul kena bayar, takpelah bayar dulu. Kita masuk dulu.
Lepas tu baru fikir kenapa kena bayar.
Korang tengok la gambar dulu, lepas tu rasa patut tak bayar.
Insyaallah aku akan pergi lagi sekali maybe ahad ni bawak adik-adik aku pulak.
So nantikan versi siang pulak!!





Pembukaan dengan gambar Ida. Belakang tu feed arnab.
Kena bayar. So kita jalan-jalan jer la.





Cantik sangat gambar-gambar dia.
Dan juga binaan yang ada pun memang memuaskan hati.




The Begonia.
Cantik.











Haa kan dah start selfie.
Korang tengokla sampai muntah.
hahaha















Korang abaikan la sekejap siang, sekejap malam.
Aku kejar masa sangat sekarang, korang faham-faham la.
Aku dah bagitahu tadi kan aku pergi lepas asar sampai malam.
Hehehe aku mintak maaf yer masa amat mencemburui I.







Haa tengok, aku nak tunjuk air panjut kat bawah tu tapi sebab malam kan.
Limit sangat gambar, tapi aku bersyukur jer at least ada jugak gambar kenangan.
nanti aku pergi versi siang aku ambik gambar pemandangan nanti.









Floria 2014





Ok secara ringkas, tahun ni berkonsepkan taman. 
Yang aku tengok ada beberapa negeri yang ada taman masing-masing ni contoh Terengganu.
Sama jugak taman untuk badan berkanun.





Dalam Taman Terengganu. Cantik je design dia.
Nampak tak, ramai kan??













Yang berjuntai tu lampu. Canti ni kalau letak kat bilik.


















Ni konsep LOVE.
kat taman sapa aku tak ingat dah





Ni cantik, tiang kat belakang tu dibuat dari plastik.
Bukan plastik keras, tapi plastik yang jenis kalau korang gi pasar dia isi barag dalam tu.
Kreatif kan.









Gatal tangan nak buat macam tu.









Lukisan kat dinding ni memang kreatif gila!!





Makin penat pegang makin nampak pulak batang monopod nih.
Ishh spoil pulak





Ni gatal la konon nak ambik gambar dengan Masjid Sultan Mizan.
Takpelah kita layankan aje.













Ni kira berlatar belakang kan jambatan pulak.
Hahaha. Malam kan cantik jer lampu dia.





Ni aku tak tahu nama apa.
Tapi banyak gila dia pacak. 
tak boleh nak ambik gambar kat situ, ada pagar.
Ko lompat jer pagar kang ada pak guard tiup wisel.





Nampak Ida situ?















Ni Taman milik Alam Flora.
Serius kreatif. Dalam huruf tu adalah penutup botol.
Dalam-dalam semua barang recycle.
Memang terbaik!!!










Tengok!! Tempat letak kusyen dia daripada BESI ok!!
memang terbaik, langsir daripada botol.





Tengok bidai dia, botol sahaja tapi menarik!!










Ni pun sama. Taman lain ni.
Kreatif. Ko pandang ko rasa apa?
Ni adalah BOTOL!!!
gila kreatif dorang buat ni.
Sebab tu nak masuk kena bayar.
Kira bayar Idea dorang. Itu aku punya tanggapan la.




Cantik!!!





Hanya ini sebenarnya. Hanya dia color bontot botol tu.






























Yes!! sampai sini dulu. Aku siapkan entry ni memang terkejar-kejar takut basi dan kebetulan masa aku memang sangat la limited. 
Yang tu aku nak buat satu entry khas. Tunggu yer!!
Sebab nak suruh korang pun pergi.
Sambungan dia korang tunggu yer.
Insyaallah esok!!


Ok salam semua, jumpa Floria Putrajaya 2014 Part 2 ok?


Salam