Showing posts with label KLIA2. Show all posts
Showing posts with label KLIA2. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Hujung Minggu at KLIA2

Salam semua. Tengok aku mood tengah membara nak menaip hari-hari kan. Untungla kan korang masuk blog aku, hari-hari ada update. Macam yang aku janjikan sebelum ni aku nak habiskan semua draft kan so kira cepat la, sebab aku just edit sikit-sikit then publish or lebih tepat auto publish.Lebih kurang hari ni punya entry untuk publish esok tak pun publish malam nanti. Gitu la.

Tajuk sangat la macam orang kaya kan, berhujung minggu di KLIA2 gitu. Macam kan dah habis semua shopping complex aku jejak sampai kena gi KLIA2 nak shopping. Bukan apa aku nak memenuhi permintaan Ida la nak pergi. Since aku dah pernah pergi KLIA2 ari tu kan. So aku cakap ok nak pergi tapi dia support, aku tolong bawak saja. Ok dah set semua jomla kita pergi jalan-jalan, cuci mata tengok pramugara hensem. hahaha






Sebelum keluar kita selfie dulu kat rumah
Sila abaikan bilik kami yang berselerak.






Dah sampai kan, of course terjah toilet dulu.
Jauh jugak kan naik kereta.
Sebelum kita gi jalan-jalan jomla kita gi toilet.
Cermin dan kami memang ngam.







Stick
Bawak Ida rasa gula-gula.
Tapi tak beli pun, gi rasa je.











Konon-konon nak sambut orang tapi kami datang jalan-jalan je pun.




















Perbezaan waktu





Dah penat kat ketibaan, jomla kita gi perlepasan pulak.
Tapi cari-cari gambar takder pulak.
Ni pun kira ok la.



Gi ni jalan-jalan lenguhkan kaki, lepastu gi auntie anne makan, lepas tu gi vinci beli jam sebab ada sale 2=RM50, jalan-jalan lagi lepas tu balik.



Next time sape-sape yang suka membuang masa tak tentu hala macam kami ni boleh la pergi dan kalau nak ajak aku pun boleh. I like it.
Sekian, salam.

Monday, August 18, 2014

Pastamania at KLIA2

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raa Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 22 Syawal baru aku nak menjengah nak ucapkan kat semorang. Orang lain dah tutup buku kot pasal entry raya. Aku baru nak ucap. Tapi takpela maafkan aku yer. Maaf ku pinta kalau selama aku menulis ada yang mengguris hati korang. Maafkan aku juga sebab sentiasa mungkir janji, yela cakap nak update selalu tapi hampeh kan. Ni pun lepas sebulan baru muncul, entry dekat draft pun makin meningkat. Bila entah aku nak publish. Semua pun memerlukan masa dan tenaga. 

Entry pasal floria aku masih lagi berhutang, tu tak tahu bila bakal terpampang ke muka blog. Tapi yang pasti akan ada sebab yerla kan kenangan tu sayang aku ambik gambar. Tahun depan senang nak tengok. Kenangan dihujung jari jadinya. Entry raya tunggu sikit masa lagi, dah nak siap.

Back to the story, aku gi pastamania kat KLIA2 ni lebih kurang bulan 5 or 6 ari tu. Ko tengok 2 bulan lepas punya cerita korang kena hadap. hikhikhik. Lama sampai aku pun ingat2 lupa dah hari kejadian.

Jomla tengok gambar:




Harus aku nak tunjuk tiket parking.
Kira ni first time aku jejak KLIA2 lepas KLIA2 ni bukak la.




Jakun, macam tak pernah jumpa lagaknya.
Do I care?





Ambik kanan yer, kita gi tempat parking dulu.





Sawan cermin kan, sah2 la kita kena ambik gambar kat toilet.
Pakai baju kurung OK!!





Snap here and there




Masa ni sebab baru buka kot banyak jugak la sale nya.

Eh jauhnya gambar-gambar daripada tajuk.
Tak jumpa-jumpa lagi pastamania nya.
Sila bersabar..




Bear








Sticky
Kreatif


















Ok sudah sampai pada tajuk utama
Kami makan-makan kat pastamania.






The Menu





































Itu sahaja menu yang aku rajin nak snap
yang lain ada lagi, nak tahu pergila jengah sendiri.
Masa ni air dah sampai so aku tutup menu, jomla hadap air pulak.





Hot cappucino
Pahit, tak sesuai untuk aku yang tak berapa gemar pahit.
Tapi as usual gatal nak order jugak.
tapi sebab takder air lain habis jugak aku minum.





Aku nak snap pasta tu sebenarnya.
bukan bontot pekerja dia tau.





Number of pasta served!!






Spaghetti Bolognese tapi mengecewakan aku.
Sangat2 mengecewakan, bukan aku malah semua yang kat meja aku yang order ni.
Sos dia rasa tomata semata, macam ko makan spaghetti dengan tomato puree rasa dia. 
Korang punya feeling maybe ok ke aku tak tahu la. Tu tekak kami yang duduk semeja.

Overall kat sana, servis lambat, air okla, makanan tak sedap. Tak sedap sampai kami semua tak habis pun makan.
Go and try, lepas tu boleh share dengan aku ok tak dengan tekak korang.


Salam. we meet other entry.