Showing posts with label print gambar. Show all posts
Showing posts with label print gambar. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Print Gambar at Photobook

Salam. Sapa-sapa yang megikuti aku dari dulu memang tahu aku suka print gambar via online. Alasan aku masih sama sebab senang, cepat, tak payah tunggu dan sebagainya. Banyak la kelebihan kalau online, yer la aku kan memang dasar pemalas.

So sebelum ni aku memang print via eoe online. Ni kira kali kedua aku guna servis photobook. First time masa buat soft cover photobook yang aku dapat free kat groupon tu. Kali ni pun aku beli voucher dia agak lama dah. Beli masa photobook ada buat promotion buy 1 free 1. Maknanya beli 100 pcs pric pic ko akan dapat lagi 100 pcs print for free. Itu voucher yang aku beli. Macam biasa nak expired voucher baru hegeh-hegeh nak buat. Masa aku submit project ni lagi 2 hari nak expired voucher dia.

Kalau yang kreatif suka kot print via photobook ni. Bagi aku yang tak berapa kreatif ni malas weh, nak edit photo bagai. kalau memang korang aim nak print edited photo, yes photobook ni adalah yang terbaik. Kalau sekadar nak print aku lagi prefer eoe online. Tapi masa aku beli voucher aku tak tahu pun purpose dia. So aku beli sebab murah. Walaupun tak menepati apa yang aku nak, still aku sangat berpuas hati dengan servis dia. Kebetulan pulak masa nak print tu aku baru lepas pergi Red Carpet I-City, so kira cun la tengah banyak gambar boleh la aku edit semua tu. Perancangan Allah tu memang indah kan!!





Packaging still sama.
Kemas!!





100 pcs.
Dia akan bagi preview semua gambar yang korang print for free.
Bagus kan





Preview
















Sekian!!






Thursday, April 17, 2014

eoe online printing services

***INI BUKAN SPONSORED ENTRY

Kita berhenti seketika untuk entry makan dan makan. Kita tukar topik pulak. Ok seperti yang aku cakap kat atas ni bukan sponsored entry ni hanyalah entry luahan hati seorang pelanggan yang hatinya sentiasa puas dengan service yang ditawarkan oleh pihak eoe online printing ni.

First time aku guna service printing onlline ni dah lama sejak 2009 lagi, tapi biasala masa tu kan student, nak print gambar kena la simpan duit. Dah namanya student kan kena la sedar diri, setiap kali nak print tu tunggu kumpul banyak-banyak sebab untuk RM 35 keatas memang delivery free. So nak buat apa membazir bayar delivery charge baik la kita kumpul gambar tu jadi banyak then print sekali gus. Senang tak banyak keje, tak payah bazir masa banyak kali.

Ni yang terbaru la aku submit hari khamis petang, upload semua gambar, bukan banyak mana kali ni sebab time semangat nak print ni tiba-tiba tak bawak pulak external hard disk so print yang mana ada jer la. Harga memang dari dulu sama, tu yang aku tahu sebab asal aku nak print aku buka website dia memang macam tu la harganya. Aku print 4R hanya RM0.30 sekeping. So ari tu print semua lebih kurang 150 keping so free delivery la. Submit gambar hari khamis petang, Sabtu pagi dah dapat semua gambar. Cepat dan Effisyen.

Tak payah susah-susah nak gi kedai, hantar then siap ambik takpun kena tunggu. Aku kan memang bangsa malas hal-hal remeh camni so print online la senang.

Sebabkan external tak bawak memang aku print gambar yang kat telefon je la. So kakak-kakakku andai korang baca ni jangan tanya pulak yer. Aku gitau siap-siap gambar yang lama-lama belum print. Gambar raya tahun lepas pun belum. Tunggu lain kali, bila tu kena tengok mood la yer....


See banyak kan



Dia memang wrap pakai bubble wrap ni
So memang gambar tak comot la
Kedut ke terlipat ke memang tiada




Banyakkan
Baru berapa ringgit.






Ni semua memang gambar baru
katanya orang suka bergambar kan
hadapla nak masukkan dalam album nanti



So kalau korang berminat nak try boleh la gi website dia