Showing posts with label saje. Show all posts
Showing posts with label saje. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

jom gi KFC


mahu makan ini

ermmm
sedapnya...


owh kfc




sape nk blanje???
angkt kaki....


Friday, April 16, 2010

bila kebosanan melanda



salam
haaa
ni aku nak bagi korang tengok gambar nih
layankan ajer
hahaha


ni adalah gara2 bosan yang teramat
bukan pe
seperti yang korang tahu
aku kan exam berderet paper nya


tu yang macam tak betul sikit
ye la asyik study jer
huhuhu

jom tengok
ubat hilangkan ngantuk





jom tulis OB



haaa
aku nak tunjuk ni sebenarnya
hahaha





da kata xder keje kan
haaa
ni lah kejenya




cuba teka...
aku wat guna pe???
hahahaha



sajer jer nak merepek-repek
lepaskan gian rindu nak menaip
dan mencoret kat blog
=)




Tuesday, March 30, 2010

kembali bersiaran


just short update
untuk yang menunggu2 entry dari aku
insyaallah
malam ni aku kembali semula
akan aku cerita mengapa tidak berupdate untuk 2 hari
kenapa???

huhuhu

daa
nak gi tengok kawan2 sesi petang preseny
kepada kawan2 ku
GOOD LUCK!!!


Saturday, March 27, 2010

Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD)



salam
tahniah buat Tan Sri Jins Shamsuddin
diatas kejayaan beliau mendapat PhD
kagum aku dengan semangat beliau

ni yang aku copy dari berita harian

2010/03/27

SINTOK: Pengorbanan dan kesungguhannya menuntut ilmu pada usia 75 tahun, akhirnya menghasilkan kejayaan apabila Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Kejayaan manis itu datang setelah beliau bersusah payah melengkapkan kajian tesis selama dua tahun.

"Saya tidak pernah menganggap semua ini cabaran walaupun terpaksa sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke sini kerana ia akan membuat kita mudah mengalah. Sebaliknya saya menganggap ia adalah satu tanggungjawab yang perlu diteruskan sehingga selesai. "Dengan kejayaan ini juga, saya harap ia dapat memberi galakan kepada semua karyawan seni terutama generasi muda untuk terus belajar sehingga ke akhir hayat," kata penggiat seni ini selepas menerima ijazahnya daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah yang juga Cancelor UUM.

Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin berkata, dengan memiliki ilmu serta pengetahuan yang tinggi, karyawan tempatan akan dapat menerbitkan karya seni yang lebih bermutu serta dapat menandingi filem antarabangsa.

Beliau melengkapkan tesis bertajuk "Filem Melayu 1930-an hingga 1960-an Sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara" di mana beliau memilih 50 filem Melayu sepanjang tahun berkenaan untuk dijadikan sampel kajiannya.

Antara filem yang dijadikan kajiannya ialah karya dan arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Antara Dua Darjat, Hang Tuah, Sejoli serta filem pertama lakonannya di bawah arahan P Ramlee iaitu Panca Delima.
"Bagi membiayai pengajian saya, saya membelanjakan wang sendiri sebanyak lebih RM30,000. Ketika diiktiraf sebagai Seniman Negara, saya menerima wang sebanyak RM60,000, jadi saya gunakan sebahagian daripada wang hadiah itu untuk membiayai pengajian saya ini," katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Jins berkata beliau berhasrat untuk memfilemkan kisah Pasir Salak dan riwayat hidup P Ramlee untuk tatapan generasi muda dan berharap ia dapat ditayangkan di luar negara.

"Selaras dengan prinsip hidup saya iaitu 'Melakukan yang terbaik, Memberi sumbangan kepada bangsa dan negara', saya akan terus menghasilkan filem yang dapat memberi impak berkesan kepada seluruh masyarakat," katanya yang kini bergelar Dr Jins. - Bernama


tahniah!!..


Friday, March 26, 2010

earth hour



earth hour kembali lagi
jom sama2 kita menjayakan nya

sabtu ini
jam 8.30 malam
jom sama2 bergelap
kurangkan sedikit kepanasan dunia
huhuhu


so apa lagi
inilah masanya untuk berjimat

=)


Thursday, March 25, 2010

mencari cinta


email yang menjengah...sekadar perkongsian...



Suatu pagi yang dingin, terjadilah
satu perbualan antara seorang guru
falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?
bagaimanakah saya boleh
mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang
luas didepan sana. berjalanlah kamu
dan jangan sesekali kamu berundur.
kemudian ambillah satu ranting.
sekiranya kamu mendapati ranting
tersebut sangat menakjubkan, ertinya
kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan
tidak berapa lama dia kembali dengan
tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak
membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa
memilih satu ranting saja, dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur
kebelakang semula. sebenarnya saya
telah berjumpa dengan satu ranting
yang paling menakjubkan tapi saya tak
tahu apakah yang akan menakjubkan di
hadapan sana nanti, maka saya biarkan
ranting itu lalu saya dapati tidak ada
lagi ranting yang paling menakjubkan
selain daripada yang saya lihat tadi.
jadi saya tidak mengambil sebatang pun
akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut
bertanya kepada gurunya, apa itu
perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan
sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang.
tebanglah sepohon pokok saja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa
pohon tersebut adalah yang paling
cantik,segar dan tinggi, kerana kamu
telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan
tidak berapa lama, dia datang semula
dengan membawa sepohon kayu, walaupun
pohon tersebut tidaklah berapa segar,
cantik dan tinggi pada pandangan guru
tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa
kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab,
berdasarkan pengalaman ku sebelum ini,
aku hanya berjalan separuh daripada
hutan tersebut dan aku takut akan
kembali dengan tangan kosong. jadi
saya mengambil kesempatan menebang
pohon ini lalu dibawa kesini. pada
pandangan saya ianya adalah pohon yang
terbaik buat saya. saya tidak mahu
kehilangannya atau menyesal kerana
tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah
perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih
cinta, ditakuti anda akan terlepasnya,
dan janganlah terlalu memilih jodoh,
terimalah pasangan anda dengan
seadanya. Tidak ada manusia yang
sempurna di dunia ini. Setiap insan
pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

source:forwarded email

Monday, March 22, 2010

highlighter bunga...

salam
gambar yang aku snap ni masa kelas keusahawanan
kelas punya la bosan
so apa lagi fokus pun bertukar la
dari elok2 concentrate blaja
berubah kepada snap gambar kiri kanan
dah snap tengok ngan member n gelak2

memang tak berfaedah la
tapi bila dah boring kan
seribu satu benda boleh jadi
huhuhu


sama la macam ni
meh nak tunjuk highlighter bentuk bunga kat korang

sebenarnya benda dapat masa pemilihan MPP hari tu
tapi aku tak dapat
sape gi awal dapat benda ni
masa aku gi mengundi da abis da
huhuhu

tak der rezeki



haaa
tengok ni
kalau macam ni ko kata ape??
teka2...




owh UTM tercinta



yeay!!!
boleh berdiri jua...
hahaha


merepek jer kan

menyesal korang baca kan
hehehe



ziana zain bersama anak kembarnya


salam
selamat pagi

baru jer lepas baca kosmo
lama dah cari gambar ziana zain n anak kembarnya ni
maklumla
dari zaman sekolah ni aku minat dia
nyanyian dia memang best la

ni gambar ehsan dari kosmo..





Muhammad Ariel, Siti Nour Kaseh dan Ziana Zain

cantik kan..
maintain jer slim..


Monday, March 15, 2010

musim luruh di UTM


salam..
apa khabar rakan-rakan blogger??

sekarang ni kalau jalan mana2 kat UTM ni kan
mesti nampak bunga2 berguguran
kalau sikit x
tak pe
ni mak aihh
banyak
cantik pulak tu

dah la kat UTM ni banyak pokok camni
banyak warna lak tu

so ni gambar yang aku masa balik dari bilik NMR



ada rasa cam musim luruh x???
cantik...semua cam warna ungu
kalau ikutkan nak jer ambik gambar kat situ
tapi takut lak org kata "ish jakun tul dak ni"

hahahaha




haaa
ni la pokok nya

cantik tak??


Friday, March 12, 2010

interview di MEE REBUS HAJI WAHID


masih ingat kamu??
hari selasa ari tu aku gi interview
kan aku ada wat entry sebelum aku berlepas
**eceh berlepas la kunun
hahahha

gambar ada
tapi tidak tahu mengapa
broadband celcom ku ini buat hal lagi
***entah2 sebab tak bayar bil...hikhik
aku tak dapat nak upload gambar


huhuhu

makanya entry pun tergendala
sabar2 la yer
tunggu boleh upload gamar

akan aku update laju2

ok bye



Wednesday, February 3, 2010

minggu yang bz!!!


salam
maaf aku hulurkan
haaa
kalau da aku mintak maap tu maafkan la yer
hehehe
aku xsengaja xupdate blog
serius ni
aku xsengaja
minggu ni sangat bz
huhuu

activity minggu ni:
isnin=test OB
Rabu=hantar draft PSM
khamis=test Organic
Jumaat=buka gerai depan MSI

haa
tengok!!
puas hati??
hahaha
aku gurau yer...
jangan la ada yang sentap lak
memang la orang kata kalau nak seribu daya
tapi masalah nya
keje banyak + demam+sakit kepala
tu yang xtahan tu
huhuhu

sekian dulu untuk kali ini
aku betul2
mintak maaf sebab xdapat update macam selalu
nanti la eh
aku ok skit aku update
hehehe

aku pun banyak benda nak story2 ni..
nanti kan yer...

salam
=)






**googled...


Friday, November 20, 2009

kata-kata


dulu masa kat matrik salah seorang kawan aku selalu cakap.
kata2 lebih tajam dari pedang.
eh betul ke ni?
kalau salah betulkan yer.
aku pun macam da ingat2 lupa. huhu.
so tadi aku terfikir la.
kerana kata2 orang boleh gaduh.
kerana kata2 orang boleh terasa.
kerana kata2 orang boleh berdendam.
kerana kata2 orang boleh berdamai.
kerana kata2 orang boleh marah.
kerana kata2 orang boleh sedih.
kerana kata2 orang boleh __________________________.
haaaa sambung sendiri.
banyak lagi kalau nak ikutkan.
tu kita leh nampak kata2 tu memang kena jaga.
kadang2 kita gurau, tapi orang yang dengar tu terasa.
susah kan.hurmm.
pe pun bercakap biar berpada2.
boleh gitu?
hahaha

sekian saja dari aku
wah nak sekian2 pulak sekarang..
hehe


Thursday, October 29, 2009

adakah untukku???

+++salam semua+++
++tadi tengah2 aku duk belek2 buku2 lama yang da nak abis guna++
+++tiba2 aku terjumpa lak catatan ni++
++so macam xboleh baca da+++
+++sebab tulis nyer ngan pensil++
+++so selagi nampak ni nak la aku letak kat sini++
++tapi korang jangan salah paham pulak++
++bukan aku yang mencipta nyer++
+++dia hanya mencatat di dalam buku ku++
+++aku hanya pemilik buku itu++
++nukilan itu hasil tangan orang lain++


+++so kepada tuannya++
++kalau anda ternampak nukilan ini++
++izinkan dan halalkan yer++
++aku pun xtahu la tuannya ingat ke x dia pernah tulis ni++
+++aku pun xtahu maksud nyer++
++masa aku salin ni+++
++nak jugak la aku paham kan++
++tapi masalahnyer aku xberjiwa seni++
xpaham la aku
hehehe


(aku xtahula ape maksud yang dia nak bagitahu aku atau ape ang tengah dialami masa tuan punya nukilan ni rasa masa tu)

jangan bermain dengan api
kelak terbakar jari sendiri
biar hati menyepi
agar bahagia menyinar hati

biar masa tentukan segala
menyulam restu kasih dan mesra
agar cinta berputik bangga
hingga hayat bertatih nada

walau hayat ku singkat
walau nafas ku sesak
akan ku gagahkan melangkah
ke pentas dunia akan ku jajah

sehening pagi embun menyinsing
sesuci pagi mentari hati
hingga hayat akan ku lindung
pada mu akan ku kasih

malam
bagai luahan hati ku
gelap malam mendamai ku
hingga hanyut dibuai mimpi

kedamaian itu
tidak mampu aku gambarkan
kerna damai itu
hanya dalam hatiku

itu sajer...ader lagi kat bawak tu..tapi da xpaham...so kepada tuannya adakah anda masih mengingati nya???kalau anda tahu itu hasil nukilan anda...sila lah terangkan maksud tersirat nya....:-)

Wednesday, September 30, 2009

perasan x???


aku der letak bilangan yang masuk blog aku
bukan pe
saje je gatal nak letak
macam best pulak
aku tengok orang letak
macam lawak pun ader
yela blog da lama tapi baru nak letak
pe pun suka hati aku la kan
blog aku
aku punya suka
hehehe