Showing posts with label port Dickson. Show all posts
Showing posts with label port Dickson. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Family Day Spectrum Part 2

Assalamualaikum semua. Semoga sihat dan dilimpahi kurniaanNYA. Amin. Aku tengah melatih nak post entry setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad aku nak cuti, boleh kan? Tak  boleh pun kira boleh la sebab aku punya blog so aku punya suka la. hikhikhik.

Ok lama sangat nak menunggu sambung cerita Family Day Spectrum ni kan. Yerla aku dahulukan entry yang aku rasa nak publish dulu. Kita ikut suka la kan yang mana keluar dulu. Ok dah-dah, daripada melalut tak tentu pasal jomla aku bagi korang merasai kemeriahan kami kat Teluk Kemang, Port Dickson pada 31.08.2014.




Apa-apa pun gambar dalam kereta adalah mesti.






Kumpul kat ofis.
Janji pukul 7 tapi pukul 8 tunggu driver tak sampai-sampai.
So bertabahla.
Sambil tabahkan diri kita snap gambar la baru tak rasa sangat menunggu kan.
Hebat tak cara kami?
With Kak Rajes.






With Malar






Ida and Malar





Ida and Kak Rajes







Ok dah sampai PD
From left : K.yana, Malar, K.Rajes, Mas, Umar (anak K.effa), Ida, Me, Thulasi







Alin






Ms Yong (my boss), K.effa, K. prema







Sinor and son





Sinor's Son























Memang ramai la orang
Korang tengok, nun jauh penuuh dengan khemah.
Tapi aku snap ni tak clear sangat.
Memang ramai orang, kebetulan orang cuti kan.










Sebelah sini pun ramai






Tempat kitorang ni kira meja.
Setiap meja tu kena sewa
RM30 per day.
Jadinya korang kena sewa meja baru boleh nak buat apa disekitar meja korang.
Kalau tak memang tak boleh duduk area meja tu






















Panas-panas makan aiskrim memang nikmat kan.
Terima Kasih Azhar belanja kami.






Happy kot dapat aiskrim
































BBQ



Selain BBQ, of course la ada sukaneka.
Sukaneka kami main pun senang-senang.
Yerla orang ramai, ko nak main situ macam segan pulak.
So kita main yang senang-senang sudah.
Walaupun panas tetap jugak main.







Cari gula-gula dalam tepung.





Baling belon berisi air.
Gambar tak banyak sebab round first aku jadi pengadil.
Second round aku pulak yang main.
So harapkan belas ihsan gambar daripada orang lain sajala.





Ho Liauu!! adalah trademark Safuan.
hahahaha. memang sampai bila-bila orang ingat pasal Ho Liauu ni.






Wefie. Of course la kalau wefie mestila yang juaranya K.Effa.
So yang gambar wefie semua hasil daripada kamera K.Effa.
Tq K.Effa.






See semua memang automatik tengok kamera dinaikkan gigih berusaha nak masuk, nak buat gaya dan nak senyum.






Snap sampai bosan




 







Alah terkebawah pulak
Ni masa bahagi kumpulan





Kami warga Spectrum tapi cam tak cukup jer.




Aktiviti last adalah bagi hadiah untuk semua.
So sorang dapat satu bag.
Group aku daoat saguhati, group Ida dapat tempat ke-3.












Disebabkan hari tu cuti merdeka kan, so memang penuhla jalan dengan motor.
Mat-mat motor macam-macam gaya ada, ada gaya superman, gaya selit menyelit, macam-macam ada.
Aku pun tak paham dengan diorang ni. Merbahaya betul bawak motor.
Tu meraikan merdeka bagi dorang kot.




p/s:
1) Alhamdulillah settle entry. Baguskan aku terus lump sum semua masuk sini. Aku malas nak buat banyak-banyak entry. Nanti makin diperam sampai sudah tak terjengah entry ni kat blog. 
2) Alhamdulillah, walaupun hari panas tapi aku tetap boleh bertahan tanpa migraine sampai habis aktiviti. Dah nak balik baru sakit menjengah sampai dah tak boleh buka mata. Makan painkiller pun dah tak jalan. Tapi sakit-sakit aku drive jugak sampai Seremban. Sampai R&R Seremban dah tak tahan baru past kat Ida drive sampai rumah. Cakap kat Ida, takpelah at least DIA bantu aku bertahan sampai petang tu aku dah cukup bersyukur. Alhamdulillah.
3) Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Spectrum diatas kerjasama yang diberikan, terima kasih tidak terhinggan. Diharap akan ada Family Day lagi dimasa akan datang. Insyaallah.




Monday, September 8, 2014

Family Day Spectrum Part 1

Assalamualaikum semua, selamat pagi, selamat bekerja. Semua pun Monday blues kot. Takpe-takpe bukan kamu sorang saja, aku pun sama. Ok pengumuman, ini entry fresh a.k.a tidak basi (**erkk statement berani. hehehe). Alhamdulillah buat pertama kalinya terlaksana jugak family day ofis aku ni. Walaupun adhoc punya perancangan, tapi alhamdulillah dengan izinNYA aktiviti ni berjalan lancar. Lambat daripada masa yang dirancangkan tu adalah normal. hikhik.

Ok ni hanya part 1 ok sebab aku nak asingkan preparation dan jugak hari berlangsung. Kenapa nak asingkan of course sebab gambar adalah sangat banyak. Aku nak letak semua kat sini. Biar korang muntah hijau tengok gambar-gambar kami semua.

Ok aku ditugaskan prepare hamper untuk semua peserta yang akan main sukaneka nanti.So aku on jerla, bila lagi kan nak menyumbang tenaga dan idea. Asal berkaitan dengan makanan kan of course aku on saja.




Sotong, salah satu menu untuk bbq.
Actually ni safuan kena buat tapi of course la kena la tolong kan since dia pun tolong aku dan ida gi beli barang.
So aku dengan hati yang tulus ikhlas (**sila muntah) memang nak tolongla.
Kira membalas jasa safuan, kalau tak tolong mau terberak safuan nak settle kan 3kilo sotong and 4 kilo udang.






The prawn






Dah siap basuh semua letak garam dan kunyit settle.
Korang bayangkan Ida sorang yang basuh ni semua.
Hebat gila dapat basuh sotong 3 kilo, udang 4 kilo.
Aku memang salute la dengan Ida, aku tolong siang udang ngan sotong jer.
Tu pun dah lenguh gila kot pinggang aku.







Sotong dan kepala






Dah siap letak garam dan kunyit apa lagi.
Jom la kita cucuk dia.
Korang bayangkan esok nak drive gi PD lagi, malam tu buat semua ni settle 1.30 pagi.
Gila kental la kan kami buat semua ni.







Dah settle bab sotong dan udang.
Yang tu aku buat malam sabtu.
Yang part hamper ni aku dan ida settlekan petang sabtu balik keje tu.
Barang-barang nak letak dalam hamper.
Sila abaikan tisu dapur, pampers n rak pinggan (itu aku punya).






Kenyang la korang dapat jajan banyak-banyak ni.

















Ok dah settle isi semua barang dalam paper bag ni.
Kira adilla semua dapat cuma amount barang dalam bag tu yang lain.
















Meriah semuanya.






Spectrumlab Family Day 2014
Ni baju kami, so wait for next entry yer.


Salam sayang semua.