Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Monumen Alaf Baru Putrajaya

Hujung minggu lepas punya cerita, minggu ni tak der cerita apa sebab aku pergi rumah k.chek. So duduk rumah rehat saja. Kira tak basi sangat la sebab last week pun aku dah auto publish satu minggu punya cerita kan. So once korang masuk blog aku minggu lepas memang ada entry baru. Kira good la kan macam tu. hikhik sendiri puji nasiblaa.

Monumen alaf baru ni kat putrajaya, actually ni first time aku pergi. Dah agak lama aku tengok signboard dia tapi tak tahu kat mana dan tak pernah teringin nak tahu. Percaya atau tak aku pergi ni pun bukan sebab NAK pergi tapi TERpergi. Kenapa aku cakap terpergi sebab kitorang nak gi jalan-jalan kat depan istana kehakiman tu sekali lalu kat jalan tengok ada lampu-lampu dan ramai orang. Terus pusing balik the park, cakap kat Ida jom la kita tengok apa yang ada.

Sampai-sampai harus ambik gambar.




Dalam kamera tak hebat aku ni nampak tak cantik la.
Lampu-lampu tu la yang menarik minat kami dari jalan raya.
Memang cantikla tak percaya pergi sendiri. Hahaha.





Tak puas hati kan mesti nak ambik banyak kali
Tapi tetap tak cantik jugak.
Nak DSLR, ada yang nak belanja tak??








Masjid Sultan Mizan
Subhanallah.
Sangat cantik ok!!
Amazing





Aduh nyesal pakai tudung ni.
Tak cantik. Gila saiko salahkan tudung. Hahaha




Tenang je aku tengok
Aku suka tengok cantik
kagum









Masjid awesome, aku?
Arghh ni semua salah tudung ni.
Hahaha





Ada la beberapa kameraman duk ambik gambar
Kamera gabak dorang mesti cantik kan






Ada promotion bot dondang sayang










Berminat?
Pergi call orang tu
Aku tak kenal





Ikan sini banyak gila
boleh kot kalau nak bagi ikan makan
Tapi aku rasa boleh sebab aku tengok ada jer yang bagi ikan makan.






That's it




Monumen Alaf Baru









Ni pun awesome
Cantik nya
Kreatif






Sepanjang nak naik tu adalah pasal sejarah Malaysia.
Banyak sangat
So korang pergila sendiri baca






Start from 1400
Disini bermulanya.....







Friday, September 12, 2014

Konvokesyen Kolej Uniti Ke-13 at PICC Putrajaya

Hari rabu minggu lepas (3/9/2014) aku cuti sebab pergi konvo Irah, yerla ma tak boleh datang sebab Adik Anu nak UPSR kan makanya kami la yang jadi wakil menemani Irah. Yerla orang lain konvo ada mak ayah datang kan, kalau tak de orang yang pergi mesti dia sedih. Jadinya mohla kita memeriahkan suasana. Tahniah Irah, anda dah selamat bergelar seorang graduan. Semoga lepas ni murah rezeki, dapat kerja cepat-cepat. Insyaallah.

Sampai hari ni aku still rasa tak puas hati dengan pihak pengurusan konvo untuk adik aku ni. Sapa yang mengikuti FB aku tahu kot, hari kejadian tak putus-putus status tak puas hati aku. Yang tu nanti aku cerita la. Jom tengok gambar lah.




Semua orang kenal kot.
Yes PICC Putrajaya







Aku dan Irah
Tahniah adikku





Ika dan Irah
Selain aku, k.chek dan uteh pun pergi jugak.
Tapi takder pulak gambar diorang.
So sorry yer uteh n k.chek.






Tahniah











Dengan geng Irah
Masih tak cukup korum lagi ni





Us






Ni tunggu lagi seorang kot.
Tengah call sebab tak jumpa cari tempat kumpul rasanya





Ok dah start cerita yang menguji kesabaran.
Ni surat yang semua pelajar dapat.
Korang tengok masa dia pukul 7.00 pagi.
Aku punya la laju bawak kete pagi tu sebab takut lambat, sampai tak sempat nak sarapan.
Dalam 7.15 pagi aku dah sampai sana. 
Masa tu fikir ok la sempat jumpa adik aku masuk sebelum dia masuk dewan.
Sampai-sampai adik aku cakap belum tahu nak buat apa. So tunggu la dulu.
Dalam pukul 8.00 pagi tu tak der apa-apa tanda nak panggil masuk ke apa.
Lebih kurang kul 9.00 pagi ada buka kaunter untuk ibu bapa. 
K.chek dan uteh gi ambik la buku atucara konvokesyen.






Wahh cantik.






Tengok atucara memang mengundang amarah. 
Korang tengok pukul 8.30 pagi baru ketibaan graduan. 
Kenapa sampai sejam setengah beza dengan surat.
Ok la maybe ada ralat kot sabar la dulu.
Tengok jam pukul 10.30 pagi buat pengumuman perasmi belum sampai suruh bersabar.
Masa memang bengang la dengan penat menunggu. 
Dah berapa jam kan kami semua tercongok kat situ.
Kalau macam ni kenapa la waktu dekat surat dan buku ni tak sama. Menyusahkan orang.
Memang kesian la dengan ibu bapa yang dari jauh.
Mak cik yang duk sebelah aku dari Kedah sampai Putrajaya subuh, sebab kata dalam surat pukul 7.00 pagi start. Memang sedih tengok ibu bapa yang dah berumur penat jer muka diorang start lambat.
Aku sampai hari ni tak puas hati lagi, cuba bayangkan yang menunggu penat-penat tu mak ayah korang. Ish memang tak puas hati. Last-last pukul 11 lebih-lebih baru start.
Aku dengar kejap jer terus gi makan, tak tahan lapar.
Nasib baik jugak ma tak dapat datang. Kalau duduk dalam dewan tu lagi tak boleh keluar.
Kesian adik aku lapar duk dalam dewan sampai pukul 2 petang.






For Irah





Congratulation Zunairah from us.





Cantik bunga dia tutup sebab tak nak bagi cepat layu kot.





The Flower






Dah tension semua kan, jom la gi makan.
Makan buffet lunch kat PICC tu jugak.
RM 20 per person only.
Lauk dia ok la.





Nampak tak.
Aku dah lapar masa ni sekali round je tengok apa ada terus ambik pinggan isi, makan.
Memang nak pergi zoom satu-satu dah tak kuasa sebab aku lapar.
Ni semua salah pengurusan konvo tu la. huh











Ulam, Salad, Kerabu, Acar





Ikan bakar






Sambal belacan, budu, tempoyak, air asam, sambal kicap

Itu sahaja.
Korang pernah ada pengalaman macam ni?






Wednesday, August 20, 2014

Floria Putrajaya 2014 Part 3

Assalamualaikum. Wahh baik nya mood aku ni sekarang kan hari-hari ada entry. Rasa cam bangga pulak dengan mood minggu ni. Alhamdulillah berkat doa semua (**ehh ada ke yang doakan aku??). Harap-harap berkekalan la kan. Ok semalam dah janji kan aku akan alternate entry lama dengan yang baru sebab aku teringin nak clear kan aku punya draft. Kesian tengok banyak sangat tapi tak publish. Ini macam trademark entry aku pulak, intro yang tak berkaitan sikit punya panjang. Menyampah tak korang baca?

Ok2 maafkan ku wahai kawan-kawan, meh la kita pulang ke pangkal jalan. Untuk peringatan semua entry ini tersangat panjang dan dipenuhi gambar. Kalau diikutkan banyak lagi gambar yang aku nak letak tapi apakan daya, aku pun tak larat nak tunggu gambar ni upload. Kenapa panjang ofkos sebab yang pergi first time sehari jadi 2 entry ni kita buat satu jer. So hadapla korang entry yang panjang ni. Ok seperti yang dijanjikan dalam PART 1 dan PART 2, aku pergi kali kedua ke Floria 2014 sebab nak bawak adik-adik aku jalan-jalan. Disebabkan masa yang first time tu aku pergi malam, makanya yang second time kita pergi siang hari pulak. Beza dia siang dan malam last entry nanti aku buat conclusion nya.

Kami (aku, Ida, Irah, Ika) pergi pagi, sebab macam biasala aku mana la tahan panas. So kita ambik pendekatan pergi pagi, ngam-ngam kul 10 lebih-lebih kita boleh balik dah, tak panas dan tak jem jugak.

Daripada aku membebel tak tentu hala meh la kita scroll entry tengok gambar yang ada. Cuci la mata tengok gambar kami + pemandangan.






Hari tu masuk pintu lain so tak der pintu gerbang ni
dah ada kan, haruslah kita posing dulu.
Orang pun tak berapa nak ramai so kira cantikla.









The Umbrellas















Kami berempatla




































Butterfly








































Tiger































Here we go!!!!










Giraffe





Elephant










Sawan Cermin dimana-mana





























































































Alhamdulillah, habis jugak tapi gila pemalaskan sebab aku tak letak caption pun. Yerla korang nak tengok gambar kan, bukan nak baca aku membebel kan. Aku memahami korang semua, sebab tu la aku tak nak letak caption. (**bijak tak alasan orang pemalas?).

Conclusion nya, kalau aku yang tak gemar bahang panas ni walaupun waktu tu masih dikira pagi, aku lagi prefer pergi malam. Kalau dari segi cantik pandangan mata pun aku lagi prefer pergi malam, sebab teknik pencahayaan tu sedikit sebanyak mempengaruhi kecantikan landscape yang diorang reka. Tapi macam aku cakap, cantik di MATA tapi kalau nak ambik gambar of course la cahaya matahari tiada tandingan nya, gambar pun jelas. Tapi untuk kamera cikai macam aku la, kalau korang pakai DSLR mungkin tak der masalah kot. Opinion masing-masing la, sebab aku ni lagi suka tengok yang cantik di MATA, gambar tu tak pe la sebab sedar diri hanya tu yang ko mampu kan dan of course suasana yang sejuk mempengaruhi segalanya. So korang banding-banding la dengan gambar yang ada kecantikan nya siang atau malam.

So next year, kita tengok keadaan la. Entah pergi entah tidak kan. Kita hanya mampu merancang. Alhamdulillah aku dah settle hutang kat korang kan. Settle entry FLORIA

Jumpa next entry yer!!!

Assalamualaikum.