Friday, September 12, 2014

Konvokesyen Kolej Uniti Ke-13 at PICC Putrajaya

Hari rabu minggu lepas (3/9/2014) aku cuti sebab pergi konvo Irah, yerla ma tak boleh datang sebab Adik Anu nak UPSR kan makanya kami la yang jadi wakil menemani Irah. Yerla orang lain konvo ada mak ayah datang kan, kalau tak de orang yang pergi mesti dia sedih. Jadinya mohla kita memeriahkan suasana. Tahniah Irah, anda dah selamat bergelar seorang graduan. Semoga lepas ni murah rezeki, dapat kerja cepat-cepat. Insyaallah.

Sampai hari ni aku still rasa tak puas hati dengan pihak pengurusan konvo untuk adik aku ni. Sapa yang mengikuti FB aku tahu kot, hari kejadian tak putus-putus status tak puas hati aku. Yang tu nanti aku cerita la. Jom tengok gambar lah.




Semua orang kenal kot.
Yes PICC Putrajaya







Aku dan Irah
Tahniah adikku





Ika dan Irah
Selain aku, k.chek dan uteh pun pergi jugak.
Tapi takder pulak gambar diorang.
So sorry yer uteh n k.chek.






Tahniah











Dengan geng Irah
Masih tak cukup korum lagi ni





Us






Ni tunggu lagi seorang kot.
Tengah call sebab tak jumpa cari tempat kumpul rasanya





Ok dah start cerita yang menguji kesabaran.
Ni surat yang semua pelajar dapat.
Korang tengok masa dia pukul 7.00 pagi.
Aku punya la laju bawak kete pagi tu sebab takut lambat, sampai tak sempat nak sarapan.
Dalam 7.15 pagi aku dah sampai sana. 
Masa tu fikir ok la sempat jumpa adik aku masuk sebelum dia masuk dewan.
Sampai-sampai adik aku cakap belum tahu nak buat apa. So tunggu la dulu.
Dalam pukul 8.00 pagi tu tak der apa-apa tanda nak panggil masuk ke apa.
Lebih kurang kul 9.00 pagi ada buka kaunter untuk ibu bapa. 
K.chek dan uteh gi ambik la buku atucara konvokesyen.






Wahh cantik.






Tengok atucara memang mengundang amarah. 
Korang tengok pukul 8.30 pagi baru ketibaan graduan. 
Kenapa sampai sejam setengah beza dengan surat.
Ok la maybe ada ralat kot sabar la dulu.
Tengok jam pukul 10.30 pagi buat pengumuman perasmi belum sampai suruh bersabar.
Masa memang bengang la dengan penat menunggu. 
Dah berapa jam kan kami semua tercongok kat situ.
Kalau macam ni kenapa la waktu dekat surat dan buku ni tak sama. Menyusahkan orang.
Memang kesian la dengan ibu bapa yang dari jauh.
Mak cik yang duk sebelah aku dari Kedah sampai Putrajaya subuh, sebab kata dalam surat pukul 7.00 pagi start. Memang sedih tengok ibu bapa yang dah berumur penat jer muka diorang start lambat.
Aku sampai hari ni tak puas hati lagi, cuba bayangkan yang menunggu penat-penat tu mak ayah korang. Ish memang tak puas hati. Last-last pukul 11 lebih-lebih baru start.
Aku dengar kejap jer terus gi makan, tak tahan lapar.
Nasib baik jugak ma tak dapat datang. Kalau duduk dalam dewan tu lagi tak boleh keluar.
Kesian adik aku lapar duk dalam dewan sampai pukul 2 petang.






For Irah





Congratulation Zunairah from us.





Cantik bunga dia tutup sebab tak nak bagi cepat layu kot.





The Flower






Dah tension semua kan, jom la gi makan.
Makan buffet lunch kat PICC tu jugak.
RM 20 per person only.
Lauk dia ok la.





Nampak tak.
Aku dah lapar masa ni sekali round je tengok apa ada terus ambik pinggan isi, makan.
Memang nak pergi zoom satu-satu dah tak kuasa sebab aku lapar.
Ni semua salah pengurusan konvo tu la. huh











Ulam, Salad, Kerabu, Acar





Ikan bakar






Sambal belacan, budu, tempoyak, air asam, sambal kicap

Itu sahaja.
Korang pernah ada pengalaman macam ni?






No comments:

Post a Comment