Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Botol susu BPA

salam
masih berkisar pasal botol susu BPA
gigih google sana-sini
nak mencari info pasal ni
ni pulak aku copy dari http://www.rosalik.com/?p=85



PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.
Berikut adalah kesan buruk BPA:
  1. Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  2. Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  3. Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  4. Masalah kegemukan atau obesiti
  5. Kecacatan pada bayi baru lahir
  6. Menambahkan risiko kematian bayi
  7. Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  8. Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  9. Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

ada sape2 nak share pe2 lagi???


Pengharaman Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol A

copy dari SINI


JATA.gif 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.

Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.  

Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.  

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
  14 MAC 2011 




Botol Susu Bayi Polikarbonat

salam semua...awal aku update kan...baru saje selesai uruskan semua yang tertangguh.. untuk selesaikan nya aku amik half day ari ni. alhamdulillah. semua settle moga-moga semua yang di rancang berjalan lancar. insyaallah.

berbalik kepada tajuk. dari semalam kecoh pasal ni kan. walaupun aku bukan seorang IBU tapi aku merupakan seorang IBU SAUDARA dan ada dua orang anak yang suka hisap botol susu. makanya aku pun mula la google sana-sini cari pasal botol susu ni. end up alhamdulillah aku jumpa banyak info.

ni copy dari LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN KESIHATAN


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



haaa..itu sedikit sebanyak info yang aku dapat. aku tengok botol adam dan amin pun ada yang BPA ni...so kena amik tindakan ni. buang semua yang ada BPA...

tapi yang aku sedikit hairan la., eh sedikit ke??banyak sebenarnya. kenapa nak haramkan tahun depan? kenapa tak serta merta???
ada yang boleh jawab???