Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Salam Perpisahan dan Selamat Bekerja ditempat Baru

****Sila baca penuh kasih sayang:)


Sah,

Banyak yang aku nak ucapkan, terlalu banyak sangat aku nak sampaikan kat mu sampai terdetik di hati aku nak buat satu entry khas untuk mu (*mesti mu bangga kan aku wat macam ni kat mu…terharu tak???).

Sebelum ni aku terfikir macam mana nak gitau mu, yela aku kan malu. Bila aku start buat entry kat blog automatic aku terlintas, yes aku tahu kat mana tempat aku nak luahkan semuanya kat mu tanpa aku perlu mengeluarkan air mata mahal ku. Hahaha (*so sila terharu ok!!). So thanks to blogger kerana cipta blog ni. 

This entry dedicated especially for you my friend dan aku tahu apa yang tulis kat sini semua kawan-kawan yang lain pun teringin meluahkan benda yang sama, aku percaya.

Mula-mula sekali, mestilah didahului dengan AKU MINTAK MAAF diatas semua kesalahan aku, maaf andai mu terasa bila aku marah, maaf kalau mu terasa bila aku jeling mu, maaf kalau mu terasa aku tengking mu, maaf untuk segalanya yang pernah aku buat kat mu. Maaf banyak-banyak.

Selepas tu, aku nak ucap TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK diatas segalanya.

Terima kasih sah:

1.       Sebab tak pernah cakap “TIDAK” kalau aku mintak tolong
2.       Terima kasih sebab sentiasa tersenyum walaupun lepas kena marah
3.       Terima kasih sebab menerima aku sebagai kawan mu, terima aku sebagai bos mu yang garang
4.       Terima kasih sebab sentiasa ikut je apa yang aku suruh mu buat, aku suruh mu cari sample mu cari, aku suruh prepare botol mu buat, mu memang sentiasa bantu aku selagi mu terdaya.
5.       Terima kasih sebab sentiasa menceriakan kami semua dengan lawak-lawak mu.
6.       Terima kasih untuk air mata yang mengalir masa mu hulur resign letter kat aku, tu menandakan mu sayang nak tinggal aku kan kan, betul tak?
7.       Dan banyak lagi terima kasih aku ucapkan untuk segalanya yang mu hulurkan sepanjang perkenalan kita semua. TERIMA KASIH, THANK YOU, SYUKRAN, SALAMAT, MERCI, GARCIAS.

Selepas terima kasih aku nak mintak tolong mu ingat aku dan kawan-kawan mu disini sampai bila-bila. Mu lupa aku siap. Ini benar-benar amaran!

Owh aku ada hadiah untuk mu. Ingat nak letak sini tapi tak surprise la pulak. So ko tunggu buka nanti kat rumah la. Sebelum tu aku bagi ko ni jer la sebagai Salam Perpisahan.










pics credit to en google

 Dan ini last sekali untuk kenang-kenangan:









Bawa kami di hati mu sahhh...






p/s:ini adalah entry auto published khas untuk mu. aku sediakan entry ni untuk bulan depan khas untukmu.

Thursday, April 24, 2014

Strawbery

Last weekend Esah pegi Cameron so dengan baik hati dia bawak sebekas untuk kami di lab.
Rezeki di pagi Isnin

Strawbery....
Currently being one of my favourite fruits
Sejak bila jangan tanya I tak sedar..Gilo kan sendiri suka pun tak tahu.
Takpe aku memang suka makan kan
tapi sekarang I memang sangat suka
sape nak pegi Cameron nak kirim





Best but Masam
Tapi sebab SUKA and FREE of course bertambah sedap





Thanks Sah
Lain Kali pegi beli lagi
walaupun lepas kita terpisah
Cehhh





See merahhhhhhhhh
Sedaappppp








Thursday, April 17, 2014

eoe online printing services

***INI BUKAN SPONSORED ENTRY

Kita berhenti seketika untuk entry makan dan makan. Kita tukar topik pulak. Ok seperti yang aku cakap kat atas ni bukan sponsored entry ni hanyalah entry luahan hati seorang pelanggan yang hatinya sentiasa puas dengan service yang ditawarkan oleh pihak eoe online printing ni.

First time aku guna service printing onlline ni dah lama sejak 2009 lagi, tapi biasala masa tu kan student, nak print gambar kena la simpan duit. Dah namanya student kan kena la sedar diri, setiap kali nak print tu tunggu kumpul banyak-banyak sebab untuk RM 35 keatas memang delivery free. So nak buat apa membazir bayar delivery charge baik la kita kumpul gambar tu jadi banyak then print sekali gus. Senang tak banyak keje, tak payah bazir masa banyak kali.

Ni yang terbaru la aku submit hari khamis petang, upload semua gambar, bukan banyak mana kali ni sebab time semangat nak print ni tiba-tiba tak bawak pulak external hard disk so print yang mana ada jer la. Harga memang dari dulu sama, tu yang aku tahu sebab asal aku nak print aku buka website dia memang macam tu la harganya. Aku print 4R hanya RM0.30 sekeping. So ari tu print semua lebih kurang 150 keping so free delivery la. Submit gambar hari khamis petang, Sabtu pagi dah dapat semua gambar. Cepat dan Effisyen.

Tak payah susah-susah nak gi kedai, hantar then siap ambik takpun kena tunggu. Aku kan memang bangsa malas hal-hal remeh camni so print online la senang.

Sebabkan external tak bawak memang aku print gambar yang kat telefon je la. So kakak-kakakku andai korang baca ni jangan tanya pulak yer. Aku gitau siap-siap gambar yang lama-lama belum print. Gambar raya tahun lepas pun belum. Tunggu lain kali, bila tu kena tengok mood la yer....


See banyak kan



Dia memang wrap pakai bubble wrap ni
So memang gambar tak comot la
Kedut ke terlipat ke memang tiada




Banyakkan
Baru berapa ringgit.






Ni semua memang gambar baru
katanya orang suka bergambar kan
hadapla nak masukkan dalam album nanti



So kalau korang berminat nak try boleh la gi website dia







Thursday, January 20, 2011

sape tak rindu saat ini??



salam
sebelum apa2 selamat menyambut Thaipusam
mana la tahu ada yang menyambutnya kan

hehehe

haaa
tengok tajuk tu.
ada ker sape2 yang xpernah merindui saat ang sudah di tinggalkan
macam zaman2 belajar dulu

tahu jer la kan masa belajar
umur masih remaja
gila2 mesti ada

haaa
ader ke yang tak pernah merinduinya??
ada??

klu ada meh la story macam mana caranya nak lupakan kisah lama

ni nak tunjuk sebahagian classmate aku
rindu pulak bila tengok gambar2 lama






tahun akhir yang penuh dengan dugaan
tul x???





2010
tahun akhir di UTM




sekarang ni
sebahagian kerja
sebahagian sambung master

pe pun Good Luck to all my friends


Monday, November 15, 2010

persahabatan yang terindah


bila dah sedih2
aku buka gambar2
daripada fikir yang sedih2
baik tengok kenangan terindah kan
mana la tahu happ sikit hati ni kan

hehehehe

walaupun hakikatnya aku menulis entry ni
di iringi tangisan
tapi
sambil aku edit gambar ni
aku mampu tersenyum sedikit

tersenyum merindui keindahan persahabatan kami
bahagianya aku
bertuahnya aku
dikurniakan sahabat yang baik
dikurniakan persahabatan yang indah
dikurniakan pengalaman yang cukup istimewa
yang tak mungkin aku dapat dimana-mana

haaa
dah2 lupa pasal aku
jom kita tengok gambar ni
gambar aku edit 5 minit yang lalu


aku edit dengan penuh kerinduan kepada kalian

sahabat,
aku rindukan kamu sangat2



 atiq, rose, kak ina
rindu2
sangat-sangat




 apa yang dilalui kan tersemat kemas
kenangan sangat indah



 rindu!!!!!




bila kita nak jumpa lagi ni?????







tapi aku nak cakap jugak
gambar ni pun xmampu menggembirakan aku
huhuhuhu


aku sedih



Sunday, October 10, 2010

reunion SKBJ tahun 6 2000


salam semua
syawal dah pun meninggalkan kita
tapi aku baru terhegeh-hegeh nak update pasal reunion
ingat yang aku cakap aku gi reunion??
yang raya ke-5 hari tu
hahaha


syawal ke-5 hari kejadian
tapi dah abis syawal pun xterupdate lagi ceritanya
memang lembap la
hahaha




haaa ni sebahagian dari perempuan yang ada
nak tulis nama pun duduk xteratur


 mmg bahagia la kami
walaupun dah 10 tahun xjumpa tapi bila jumpa
macam dah kenal rapat sgt
mmg best la
seronok sangat



meh nak kenalkan:
tudung hitam corak (fairuz), pegang kamera (nini), tudung grey (azmira),
sebelah azmira (watie), (mc na), (afidatul), aku
baju merah (seda), depan tudung hitam(baiziah), baju kurung (yati), kanan sekali(gmah).
haaa dapat pun kenalkan
hahaha



dr kiri: mamat, watie, afidatul, aku



haaa ni dah gambar giler2
pantang nampak org hala kamera
semua berlari
kejar kamera
memang semua giler gambar
hahahaha




 with suriati
kawan lama nih
tadika, sekolah rendah, berpisah sek men, jumpa kat matrik berpisah balik bila gi u





Wednesday, September 15, 2010

bertemu kembali selepas sepuluh tahun


salam
seingat aku, aku ada wat post pasal aku nak gi reunion sek ren
yang aku rasa cam nak tak nak jer pegi
alhamdulillah akhirnya aku berjaya
menghadirkan diri untuk bertemu kawan2 lama
genap la 10 tahun kami tak jumpa
bila jumpa macam2 cerita ada
hehehe

dari tengah hari sampaila malam
balik2 kena marah
macam biasala bila anak dara keluar sampai lewat malam
itulah jadinya
hehehe
tapi tak pe kena marah pun rasa berbaloi
sebab happy sangat jumpa kawan2 lama
happy dapat borak2


memang tak dapat digambar kan dengan kata2
gambar2 nanti aku post lain kali la
next entry la gamaknya

tapi xpeka
korang leh tunggu kan
kalau nak tengok la
heheheh


tambah satu lagi kenangan manis
kenangan yang memang tak kan dilupakan selamanya
sesungguhnya persahabatn itu sangat indah
tidak dapat digambar kan dengan kata-kata



Tuesday, April 27, 2010

SSC dalam ingatan



salam semua
mood rajin mengupdate dah datang
jadinya apa lagi
bertambah lah entry2 baru
dan dapatlah aku publishkan semua draft
hehehe

korang pe lagi
layankan ajer kan
nak wat camne kan
bila dah rajin macam ni la
lagipun tiap2 ari aku buka internet

cari kerja kosong
sape yang tahu kerja2 kosong bantu-bantu lah aku
=)


ok2 berbalik kepada tajuk
kita berhenti dulu bercerita pasal pengembaraan itu
kita mengimbas kembali wajah2 kawan-kawan ku
semasa di UTM


gambar2 ni aku copy dari FB aishah
izinkan yer aishah




section 3 - 2009/2010



SSCian sekalian




moga ukhawah antara kita kekal selamanya
insyaallah




Thursday, April 15, 2010

mudah-mudahan ukhwah ini berkekalan..aminn..



salam
ada yang menunggu ker??
hahaha
gila perasan kan

takpe2
takder orang tunggu pun tak pe kan
hehehe

haaa
ni adalah episod lastnya
untuk kisah kasih sayang kami
kisah ukhwah kami
moga segalanya tersemat sebagai kenangan
insyaallah

tengok tajuk pun tahu kan
kalau dah tajuk pun macam berbaur harapan tu
memang ending cerita la tu
hehehe


kalau nak diikutkan
banyak lagi nak cerita
banyak lagi gambar nak dikongsikan
banyak lagi kisah dan peristiwa yang kami lalui
banyak, sangat banyak
ketawa, menangis, bergurau, marah
semua ada
lengkap


tapi aku rasakan
cukup setakat ni aku berkongsi
yang lain2 tu
biarlah aku simpan untuk kenangan sendiri
kedekut kan
tak pe la
kedekut sesekali

hehehe


untuk itu ini last entry pasal cerita ni la
tapi xtahu la kan
kalau tiba2 ada sambungan nya
kalau ada tu memang tak dirancangla

sebab kalau ikut rancangan inilah penamatnya

dah2..intro nyer panjang sangat

jom tengok gambar
bukan lagi gambar program tapi
..
.
.
.
.
.




ni gambar masa kat rumah limas
perjumpaan pertama kami
selepas kami bukan lagi JKM
makan2
borak2
itulah kami
keluarga ukhawah



makan2, amik gambar lak



makan jangan xmakan



bergambar kenang-kenangan sebelum balik
keluarga ukhwah



ni sambutan hari raya aidifitri
kalau xsilap
betul rasanya
ni gambar ehsan dari fifi


itulah dia kesudahan cerita
masih banyak yang mahu dikongsi
tapi itulah
seperti yang aku katakan
tidak semuanya aku nak kongsi
nak jugak jadi kedekut kan
hehehe


tapi kan kalau la ada yang mintak sambung
insyaallah aku sambung
kalau x seperti aku kata tengok nasib la
kalau ada...ada la..
kalau tak...
setakat ini sahaja

sekian

semoga ukhwah antara kita kan terus mekar selamanya
haaa
pesanan untuk sahabat2 sekalian
terima kasih untuk persahabatan ini

Assalamualaikum...




Friday, April 9, 2010

terus bercambah kasih sayang antara kami


salam semua kawan2, sahabt2, teman2 sekalian
apa khabar??

haaa
adakah yang ternanti-nanti kisah ini
kisah yang memberi kenangan terindah buat aku
perhubungan yang sangat indah

ok jom kita sambung lagi
mungkin ada yang tertanya-tanya
kisah apakah ini


buat yang sudah terlepas

ok jom sambung
selepas kami menjadi sebuah keluarga
masih ada masalah2 yang timbul
tidak usah bercerita apa masalah itu
aku fikir semua hubungan dalam dunia ini pasti ada walaupun sedikit masalah
lagipun masalah itu bukanlah besar
sekadar perselisihan faham
atau lebih dikenali sebagai "mis com"
hehehe
nama pun keluarga kan

"sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kami sekeluarga"
hehehe

program pertama kami
selepas terbentuknya keluarga ini
adalah FIESTRA '08
(Festival Integrasi Rahman Putra '08)

sebenarnya aktiviti tuk program dah lama start
sebelum kami ke rebutia lagi

jom kita tengok gambar





konvoi fiestra
konvoi ni nak heboh2 la pasal program ni
kat semua kolej kediaman




ni lebih kurang kat kolej2 yang sempat kami singgah bergambar
ada gak yang takder gambar
meriah masa ni
seronok




fiestra bermula
banner fiestra
yang logo kolej tu wat guna beras tu
cantik kan??




perasmi tiba
tema: kampung
so duduk pun bersila la
sopan gitu



haaa
tengok bersila n bersimpuh la para hadirin
yang baju merah tu jhonny a.k.a pengarah program


alhamdulillah akhirnya FIESTRA '08 berjalan lancar

insyaallah ada sambungan nya...
nantikan nya..
=)


Sunday, April 4, 2010

lagi pasal presentation PSM


salam
PSM dah abis kan
tapi macam biasa la kan
aku baru terhegeh-hegeh nak update dalam blog
alasan adalah????
xder alasan lah kali ni
boleh??
hehehe


PSM dah abis
penutup pun dah
tapi entry nyer belum kuar2 lagi
apakan daya aku hanyalah manusia biasa
hahaha


entry pasal majlis penutup nanti2 la
itu pun xtahu bila
kalau mood ner ado memang cepat la
kalau idok memang lambat lagi la
huhuhu

ok jom tengok gambar yang aku snap sepanjang present PSM
jom2 tengok
paksaan ni..
hehehe






da tayang kan
tapi nak gak tayang lagi sekali
heheh
kenangan ni buku nih





zoom sikit
SIMPOSIUM PSM




eh mane presenter ni???




haaa
ada pun
sape ni eh
xcam la pulak...
huhuhu
acik rabun huhuhu





penonton yang datang




makan2 first day
seronok lagi ni
yang dah lepas memang syurga la rasa
hehehe
pe pun makan tetap makan
makanan free kan





makan time
masa ni yang dah lepas lega la
yang belum memang dup dap dup dap
huhuhu
termasuk la aku




fana n aku




sape bentang ni haa
jap2 macam kenal
haaa da ingat masa ni shuhad present





suasana para penonton
macam2 gaya ada ni





hajar n yanti




ish
yanti ni amik gambar tak kasi tau
kalau x leh senyum,
hehehe
"eh2 idah...org present kat depan tu.."





yanti n kak fariza
tq kak run kan GC MS sy
hehehe dan2 tu ucap terima kasih
huhuhu





haaa
seperti biasa
kita akhiri dengan gambar aku la kan
hehehe
aku n pye
tersenyum riang


alhamdulillah abis sudah PSM
penutup pun dah abis
nanti aku upload gambar lagi

tunggu...........