Friday, March 6, 2009

20 PERKARA PEREMPUAN TAK SUKA PADA LELAKI

.1. MENINGGIKAN SUARA


Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG


Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak- geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka...macam mana tu?

3. CEMBURU BUTA


Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu
buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


4. PANAS BARAN


Aduiii...masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. KAKI MEROKOK


Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan
benda berfaedah tak apa juga, ini tidak...asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak...membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


6. EGO


Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


7. MENIPU


Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA


Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia.Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. SUKA 'CUCI MATA' +


Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.
Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


10. PERASAN


Aduhaiii...lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu...ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...hahaha sedarlah!


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI


Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih...egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN


Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya...mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil
tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


13. MATA DUITAN


Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan...apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


14. KOMITED TERHADAP KERJAYA


Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang
kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


15. PENGOTOR


Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbausemacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau??
Entahlah...hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH


Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga
melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan
bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN


Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu
gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI


Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu
si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura- pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala,
tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT


Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut
dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu
helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO


Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! Sekian je hasil kaji selidik yang dilakukan...



8 sikap wanita disukai lelaki



artikel ni ader org email kat aku...
aku just nk kongsi...
huhuhu....


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami.Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. 1. Keanak-anakkan Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. 2. Penuh Pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. 3. Menghargai Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. 4. Menjaga Penampilan Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?? 5. Pandai berbicara Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. 6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. 7. Menghormati Diri Sendiri Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. 8. Simpati dan prihatin Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

jom balik umah.....

tinggal beberapa jam je lagi...
nak balik umah..
jumpe mak n adik2...
jumpe abg,kak ipar n anak2 sedara...
huhuhu....
xsbr nyer...
knape xsbr...
sbb nyer first time nk blik umah naik train tanpa family...
nak dpt pengalaman baru...
hahahaha..
mcm jakun jer...
mcm xprnh naik...
huhuhuhu....
doakan la aku selamat pergi dan balik...
insyaallah..

Thursday, March 5, 2009

anak sedara ku....



aku nk letak gmbr anak sedara aku plk...




ni muhammad adam...



ni muhammad amin....



insan yang membahagiakan kami sekeluarga...=)

Wednesday, March 4, 2009

PETUA MEMILIH SAHABAT



petua ni aku dpat dari seorang kawan...
dia srh aku bce ni lps dia bce blog aku...
so aku pn nk kongsi jgk dgn kwn2 aku...


“Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci, bersyukur kini padaMu Illahi teman yang dicari selama ini telah kutemui”

BERKATA HUKAMA’
“ Sekiranya kamu ingin mengetahui tingkah laku , peribadi atau kelakuan sesorang, adakah dia seorang yang soleh ataupun toleh maka tidak perlulah kamu bertanya A di sana- sini. Cukup dengan kamu melihat sahabatnya dan siapakah orang yabg disayangi maka dari situ kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang itu pasti akan mengikut peribadi sahabatnya”

BERKATA ULAMA’
“ Janganlah kamu bersahabat melainkan dua dari tiga orang iaitu :
· Pertama, orang yang pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu memberi manfaaat kepadamu.
· Kedua, orang yang kamu memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu diterima dan diamalkan olehnya.
· Ketiga, orang yang kamu tidak memperlajari ilmu daripadanya dan kamu tidak mengajarkan sesuatupun kepadanya, maka yang lebih baik bagi kamu ialah menjauhi diri kamu daripadanya.

NASIHAT AL-QOMAH KEPADA ANAKNYA

Berpesan Al-Qomah kepada anaknya, “ Wahai puteraku! Jika kamu ingin bersahabat maka carilah sahabat yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1- Jika kamu ditimpa bencana maka dia segera untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu.
2- Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan daripadanya maka dia akan segera memberikan bantuan.
3- Jika kamu merancangkan sesuatu maka dia akan membantu kamu dengan memberikan pandangannya.
4- Jika kamu mencceritakan sesuatu kepadanya maka dia akan membenarkannya.
5- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau percakapan kamu, dia akan menutupinya.
6- Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengannya maka dia akan membalas dengan baik.
7- Jika kamu menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik malah membalas kembali kebaikkanmu itu.
8- Jika dia mendapatkebaikkan dari kamu, dia akan mengingati, menghargai dan menyebut kebaikkanmu.
9- Jika kamu malu untuk meminta sesuatu pertolongan darinya, dia sendiri yang akan bertanya kepada kamu tetang hajatmu.
10- Jika berlaku perselisihan antara kamu dengannya, dia lebih suka mengalah demi menjaga dan memelihara hubungan persahabatan dengan kamu.

sahabatku....

dulu.....
aku ader seorang sahabat...
dia baik sgt...
dia suka tlg aku....
tp ntah dimana silapnyer...
tiba2 die berubah laku...
die bkn lg sahabatku...
die seperti orang asing...
sampai kini aku msh tercari2...
terpk2...
dimana silapku...
aku selalu berdoa...
moga suatu hari nnti aku akan mendapat kembali sahabatku itu...
mungkin ader hikmah disebalik nyer...
hanya aku yang tdk mengetahui...
aku yakin pada NYA...
ape yg terjadi pada ku ade sebab nyer...
cume aku mendoakan die msh mengingati ku sbg......
...........
...........
...........
,..........
...........
salah seorang sahabatnye....
insyaallah.....

Rumahku syurgaku....



hahahah...
pe motif tunjuk gmbr ni...
hehehe...
lembu ni da xder da skang...
rindu la plk...
huhuhu....






smlm aku da bli tket...
nk blik umah...
doakan aku slmt yer....
insyaallah...
rindu nyer nk blik..
huhuhuhu....

kem kecemerlangan akademik 2009,rebutia gombak...


....sblm tu kite kenang dulu kenangan lame...
...ini gambar kitorang JKM 08 mase mula2 sampai....
...muka pn ngntuk,...huhuhu..






...berbalik pada tajuk asal...
......kem ni best...
.......tp xder la sebest kem pemantapan JKM 08...
....hehehehe.......
......bkn nk berlagak...
.......tapi tu la kenyataan nyer....
...........gambar xdpt nk upload lg....
..............xamik pn lg........
...........huhuhuhu.........
......aktiviti kat sana best...
...nnti la tgk gmbr...
....yang penting aku hepy g sana...
...tu yang pntg...
hahahaha





p/s:maaf lame xupdate agak bz....

Monday, March 2, 2009

kenangan di rebutia...JKM 08 KRP



kami barisan JKM KRP 08...

gambr ni mase kami sblm jungle tracking...
jungle tracking yg sgt ltih tapi sgt besh...
besh sgt....
klu blh nk pegi lg...


Sunday, March 1, 2009

gambar lame2.....








buke puase..


aku n atiq..