Tuesday, November 10, 2009

last paper!!!


salam semua..
akhirnya tiba jua ke penghujung nya
lebih kurang 3jam lagi aku akan menduduki paper terakhir
POLYMER
owh polymer...
so kepada kawan2 yang amik polymer
Good Luck..all da best..


Monday, November 9, 2009

kerana polymer....


sekarang da 4.20 p.m...tengah2 study ni boleh aku rasa ngantuk yang amat.ngah ngantuk ni..waaa.aku nak study.kalau aku tido xcukup 5minit kang.esok da paper da.huaarrgghh!!! aku ngantuk okey..jom kite nyanyi untuk hilangkan ngantuk!!...lalalalalala

keranamu POLYMER aku rela bertahan!!!yeah..chaiyok!!


kek for u...


salam
kan aku der wat entry ni kan
ingat x??
xingat boleh klik balik
so aku macam terlupa lak satu benda
hehehe

kepada ATIQ:
1.maaf xder hadiah.hujung sem da.aku sudah pokai
2.maaf jugak sebab kacau ko tido.kejut semata-mata nak suh ko dgr kami nyanyi
3. terimalah pemberian ku ini.walaupun hanya dialam maya.tapi ikhlas nih..hahaha
4. ko kan advanced dalam bab2 imaginasi ni so gunakan kelebihan ko sekarang untuk imagine kek2 ni ada depan ko...hehehe
5. last skali semoga berbahagia dan berjaya dunia dan akhirat
6. thanks 4 being my friend...susah dan senang..yeke??hehehe...

last betul ni
maafkan aku..



picture dibawah kredit to pakcik google..
tq pakcik google



kek barbie

lastly..coklat kek..


untukmu ibu...


belaian ibu-hijjaz

khas buat ibuku dan ibu2 diluar sana:


tertanam naluri keibuan amat mendalam
di jiwa insan yang mendambakan
kebahagian oh ibu
di bahumu tergalas beban
perjalananmu penuh rintangan
kau tititpkan kasih sayang sejujur pengorbanan
tak ku nafikan

di saat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapi mu penuh girang
bak si kecil kehilangan
kau insan penyayang
betapa ku merindu
lembutnya belaian ibu membuatku terlena

kupastikan dikau aman
dikurnia sejahtera
tak ku lupakan

diwajahmu berolah tenang
debar di dada kau rahsiakan
ku pastikan dikau aman
dikurnia sejahtera
tak ku lupakan


di saat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapi mu penuh girang
bak si kecil kehilangan
tiada aku tanpa ibu
hanya kau satu didunia
bertakhta dikau di jiwaku
kaulah ibu yang tercinta

kau insan pengasih
betapa aku mengharap
hadirnya restumu ibu
membawaku ke syurga

bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
darimu insan yang mendoakan
kebahagiaan anak-anakmu
oh... IBU..


ketika ini..bagai terbayang2 semasa ma menjaga aku tika aku demam..pengorbanan ma melayan kerenah anak-anak..pengorbanan ma menjaga kami semua disaat ayah pulang kerahmatullah...pengorbanan yang tidak terhitung dan xtertulis...owh ibuku...

emo betul...habis keyboard ku...

demimu ibu..



kalau boleh...


assalamualaikum semua...
sekarang dah 2.30 a.m...tapi mata aku masih gak xngantuk.so aku nak sambung study polymer sambil2 dengar lagu.tiba-tiba aku dengar lagu belaian ibu(hijjaz).terus berhenti study layan lagu dulu.hayati dulu.then bile da aku hayati betul2 menitis la pulak airmata ni.aku rindu mak aku weyyy.rindu yang teramat.last jumpa raya puasa hari tu.haa..da lama tu.da nak masuk 2 bulan kan.tu la sape suruh hayati time2 ni.kan da rasa syahdu jer.betul ni..aku sangat2 rindukan ibuku.teramat sangat.huhuhu...berhentila wahai air mata(pujuk diri sendiri)..sape lagi nak tolong pujuk..

kalau boleh SEKARANG JUGAK AKU MAHU PULANG JUMPA IBUKU
..."ma, we rindu ma"...

nak call.tapi confirm mak aku da tdo.
xpela sabar dulu


pesanan untuk kakakku..good luck paper pagi nanti...


aku sekarang rasa ni
..
.



dan sedang mengarang entry ni sambil
..
.

dan aku sangat rindukan belaian mu ibu


pics diatas belas ihsan pakcik google

last
ciuman kasih dr seorang anak
miss u so much mum
:-(




entry emo...

happy birthday AtiQ...


salam
hari ni 9 Nov 2009
adalah birthday salah seorang kawan ku
kawan yang bersama2 menempuh kesusahan dan kesenangan
ari ni genap la ATIQ 20 tahun
akhirnya masuk jua keangka puluhan
selamat tinggal zaman belasan
hehehe
atiq da tua
yeay
atiq kena matang
hehehe


so kepada ATIQ:

happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to ATIQ
happy birthday to u
..
.

selamat hari lahir
semoga panjang umur n murah rezeki
semoga dipercepatkan jodoh
hehehe
so inilah birthday girl nye

..
.


senyuman manis untuk semua...


Saturday, November 7, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

salam semua
tadi aku sempat berblogwalking seketika
aku jumpa kak eli wat contest BABY IN BLUE
aku pun teringin nak join
memberi support sesama blogger
hanya mampu memberi support
nak anjurkan sendiri masih tidak mampu
yer la student katakan
:-)
seperti biasa yang menjadi model nya adalah anak sedara ku
muhammad adam

jom tengok

ni yang aku copy dr blog kak eli

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Sempena meraikan our 5th Anniversary on 17th November 2009, saya dengan kecik besar hati ingin organized :

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009


TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

dan aku mempertandingkan gambar ni
adam da la xbanyak gambar baju biru
so ni la gambar nya



Nama: Muhammad Adam bin Zulisam
Umur: 4tahun

sekian saja..
itu lah dia..moga2 ada rezeki..
insyaallah...


malam ini...


perlawanan KELANTAN vs N.9....
sama kita saksikan...

:-)

Friday, November 6, 2009

berjalan...


salam semua..selamat sejahtera..aku baru je balik dari jalan2 bersama kak ina, atiq n rose...ingt x entry ni yang aku berimpian nak godek2 blog...huhuhu...tapi nak nuat macam mana akhirnya impian kekal impian..huhuhu...ada sebab yang tidak membolehkan aku untuk melaksanakan angan2 ku itu..huhuhu...nasib..

jauh langkah perjalanan aku ari ni..mula2 gi persada JB then gerak ke City Square, then ke Jusco bukit indah dan gi mengeyangkan perut di kedai payung...then balik ke UTM...kami keluar dari jam 5.30ptg hingga sampai UTM kul 11.30mlm...lama kan kami jalan...sampai naik lenguh kaki...

gambar aku xder la pulak...sebab bateri fon abis..huhu..nasib la entry xbergambar lagi..

so jalan sudah, makan sudah, bergumbira pun sudah....sekarang time to STUDY POLYMER...

study2...


Thursday, November 5, 2009

sekarang....


aku rasa ni sekarang...
huhuhu
aku xsuka
xsuka
..
.
.



tq pakcik google

tq pakcik google

pasrah n sabar!!!!!