Monday, April 26, 2010

bersiaran dari Bandar Saujana Putra


salam semua
aku bila dah mula bercuti
macam ni la
blog pun di anak tirikan
sekarang aku dah selamat meninggalkan UTM
sekarang di Bandar Saujana Putra
kat rumah abang

bila nak balik kelantan??
insyaallah hujung minggu ni

sabtu tu abang datang UTM
amik aku
then tido satu malam
baru balik

banyak ni entry tertangguh
huhuhuhu
insyaallah
malam ni aku start marathon entry yer



untuk perhatian semua:
aku sekarang ngah cari kerja
sape2 yang ada kerja kosong let me know yer
email aku
edah_jue@yahoo.com
huhuhu

tq in advenced

Saturday, April 24, 2010

kenangan akhir berjalan2...


salam semua
aku baru je balik jalan2
niat asal nak gi funfair dekat plaza angsana
sekali dah takder
dah alang2 keluar pe lagi
jom ke danga bay
huhuhu

dah sampai nak gak main permainan kat situ
so pe lagi
masuk la black hole
memang menakutkan
dup dap dup dap
takut weiiii


tak tahu la sebenarnya takut tak
ntah2 sebab aku penakut
sebab tu la macam menakutkan
hehehe


best
jalan2 bersama atiq, pqa, ros n ctot
nak tgk gambar???
tunggu la
masih kat ros lum bergigi biru lagi
hehehe



Friday, April 23, 2010

berkongsi


salam semua
aku baru saje balik
dari mana tu???

dari berkongsi pengalaman dan rasa dengan kawan
niat aku hanya satu
untuk berkongsi pengalaman
dan aku mengharapkan diorang bakal merasai apa yang aku sudah lalui
apa yang aku lalui bersama teman2 sangat indah

tidak ternilai dengan kata2
dan itulah yang aku kongsikan...
aku berdoa diorang bakal merasai keindahan itu
insyaallah


perkongsian itu bukan menunjukkan aku bijak atau terlebih pandai
tetapi sekadar untuk berkogsi
dan memberi sokongan

sesungguhnya UKHWAH itu sangat indah
tidak percaya???
bacalah entry2 yang pernah kucoretkan berkaitan JKM '08



siap sudah PSM...


alhamdulillah
akhirnya berjaya jua aku menamatkan PSM
dengan penuh cabaran, dugaan, dan macam2 lagi
air mata tak payah cakap la berapa gelen dah abis
huhuhu
demi mu PSM
semuanya aku sanggup

dan tadi tamatlah semua rasa itu
bila aku menandatangan borang penyerahan tesis

alhamdulillah
terima kasih ya Allah kerana mengizinkan ku menamatkannya

semua nya penuh pengalaman


buat supervisor ku
terima kasih banyak2 diatas segala tunjuk ajar
terima kasih kerana sabar dengan ku
terima kasih untuk segalanya

buat penasihat akademik ku
terima kasih diatas nasihat dan dorongan
terima kasih kerana ambik berat pasal saya
terima kasih untuk segalanya

buat semua pensyarahku
terima kasih untuk segalanya


buat bonda tersayang
terima kasih ma diatas sokongan itu
terima kasih ma kerana tidak putus2 memberi ku kekuatan, memberi ku kata2 nasihat
terima kasih ma kerana berada disampingku semasa ku betul2 hilang pertimbangan
terima kasih ma kerana ma tidak pernah memperkecilkan we
terima kasih kerana terus menerus memberi cadangan dan sokongan
terima kasih ma kerana mendoakan we
terima kasih untuk semua yang ma lakukan tuk we
terlalu banyak yang ma berikan untuk we
TERLALU banyak
semuanya kan we kenang selamanya
jasamu memang tidak dapat kubalas

kepada adik beradik ku
terima kasih jua untuk anda semua


kepada kawan-kawan ku
andalah teman dikala aku tension
anda lah kawan untuk menggembirakan aku
terima kasih teman terutama buat:
atiq, rose, ctot, kak ina, ana, aini,pqa dan semua sahabat2 JKM serta kawan2 sekalian


terima kasih banyak2
terima kasih tuk segalanya



Thursday, April 22, 2010

kembali


alhamdulillah
selamat sampai di UTM lebih kurang kul 6.30 ptg
ke lambat lagi
ntah la
tak tengok jam betul2
aku agak2 jer la

semua cerita insyaallah bakal menyusul
nantikan yer
=)

jom rehat bersama-sama...

salam


Wednesday, April 21, 2010

sahabat


salam semua. selamat pagi. masih entry auto publish..kalau nak ikutkan aku nak publish ari ni(20/4)..tapi aku rasa cam banyak lak entry ari ni...aku tunda la untuk ari ni(21/4)...
tapi isi nya tetap sama. sekadar luahan rasa seorang sahabat.

saat aku mencoret kisah ni, sebenarnya jauh disudut hati aku , aku sangat rindu kan nya. merindui seorang sahabat. seorang sahabat yang satu ketika dahulu sayang padaku. yang mengatakan betapa berbaloinya jika aku menyayanginya. tapi entah mengapa, sehingga kini aku masih mencari makna kata2 itu. dimana hasil nya diatas tindakan itu.

ketika aku mula menyayanginya aku tidak pernah mengharapkan balasan. tidak mengharapkan apa-apa janji daripadanya. tapi disitulah silapnya ketika itu, terlalu banyak yang dia janjikan untuk ku tapi hingga kini semua nya tidak ditepati. semua janji itu bagaikan dibawa angin lalu. bagaikan bercakap diangin lalu.

tapi tidak bagi aku. aku masih ingat setiap janji-janjinya. tidak mengapa aku tidak akan menuntut janji itu. cuma aku mendoakan suatu hari nanti dia bakal sedar yang aku masih menyayanginya seperti dahulu. seperti hari pertama gugurnya perasaan benci itu.

mesti ada yang tertanya-tanya...dimana istimewanya sahabatku ini... kalau anda bertanyakan itu, jawapan nya hanya satu aku tidak tahu. yang pasti soalan itulah yang berlegar2 difikiran ku dari dulu. bila dia susah aku resah bila dia sakit aku risau bila dia gembira aku gembira bila dia sedih aku sedih. begitulah aku. bagaikan seorang kembar dengannya merasakan apa yang dirasainya. tapi itulah kenyataan nya. itulah yang aku rasakan.

tapi walau apa pun yang terjadi..aku bersyukur. sekurang-kurangnya Allah memberi aku peluang untuk menjadikan dia sahabatku dan mengizinkan aku menyayanginya.


p/s: sahabat...masihkah kau ingat?????


Tuesday, April 20, 2010

3 Hari 2 malam disini


salam kawan2
ini adalah entry autopublish seperti yang diwar-warkan
sebab aku gi sana xbawak laptop
jadinya terima lah ia seadanya
hehehehe

aku pun tak pasti masa entry ni publish aku kat mana

kalau nak tahu tunggu la aku balik
hehehe



ok sudah2
berteka-teki ajer aku ni kan
maafla kalau ada yang tak sabar nak tahu
hehehe
perasan lak kan

ok2 semua dengar sini
jangan gaduh2 nak teka

sebenarnya aku ke sini
..
..
..
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..




eh2..kat mana ni??
cantiknya....



wahhhh...
indahnya ciptaan NYA







ishhhhhh teka-teki lak kan
hahahaha
disinilah aku bakal menjejak kaki
insyaallah

...
...
..
.
.
..
.
.
.
.
.
.





haaaa
nampak x????
itu dia PULAU SIBU


giler show off kan
aku bukan nak show off la
sebab aku gi sana bukan bersuka ria
tetapi untuk kem

sape area2 situ
jom singgah2
hehehehe


p/s:gambar2 tu semua google yer...aku tak tahu pun keadaan kat sana macam mana...dah balik nnti aku upload tuk korang yer.....so doakan aku selamat pergi dan balik...aminnn


jom berangkat kesana



salam

selamat pagi


bakal berangkat kul 8.30 pg...kejap je lagi...
kemana tu??????
nak tahu????

tunggu la next entry
hehehehe


moga2 semuanya berjalan lancar...aminnn

kawan2 semua doakan aku selamat pergi dan balik
insyaallah


bakal menghilang lagi


salam semua
ada yang ternanti2 entry baru???
maaf sangat2

yer la kan ari tu dah cakap bakal kembali
tup2 hilang tanpa entry pulak
huhuhu

apakan daya aku
aku hanyalah seorang pelajar tahun akhir
maka aku sangat bz dengan TESIS ku
sesi edit mengedit berjalan selama habis final exam


dan akhirnya
alhamdulillah
dengan bantuan aini dapat jua tesis itu
dihantar untuk dijilid
alhamdulillah
dengan izin NYA

syukur



jadi kemana menghilang aku dah terjawab kan
tapi aku bakal menghilang tanpa entry lagi
akan sunyi jua blogku


insyaallah akan ada entry auto publish akan menyusul
bukan pe
aku xnak la blog ni sunyi jer kan


rajin2 la datang menjengah teratak ku ini
=)

bakal menghiang selama 3 hari 2 malam
ni pun baru siap kemas
....


kemana kah aku 3hari 2 malam?????


.............
..
..
.
.



Sunday, April 18, 2010

Al-Fatihah...


KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam.




al-fatihah untuk achik
takziah untuk keluarga beliau



SEREMBAN: Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku.

“Apabila sedar, saya berada di tepi lebuh raya dan dalam kesakitan,” katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Katanya, mereka bertolak dari pejabat perniagaan buku dan produk kesihatan milik Achik di Muar, Johor, kira-kira jam 7 pagi semalam ke Angkasapuri dan bertolak pulang ke rumah penyanyi itu di Seremban 2, kira-kira jam 4 petang.

Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia.
“Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak," katanya.

Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian.

Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu.

Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.

Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.

Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS. “Maaf... Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana,” katanya.

Sebelum kemalangan, Achik bersama Nana baru saja menjayakan persembahan bersama RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV2, iaitu program hiburan Gah 1. Mereka sempat mendendangkan lagu baru, Cari Ketenangan dan Achik sendiri menyanyikan lagu solo barunya, Engkau Yang Ku Cinta.

Usaha mendapatkan komen Nana mengenai kejadian itu tidak berhasil apabila dia tidak membalas kiriman SMS mahupun menjawab panggilan telefon.


AL-FATIHAH