Monday, June 7, 2010

SMC day 2

aku masih di SMC
menemani adam lagi
dan adam pun madih lagi tido
lama sangat tdo
mungkin penangan ubat demam yang dia makan tadi kot

haaa
ada la tu yang pelik
nape tiba2 day 2 kan
mana day 1 nyer???

maaf la yer
day 1 bakal menyusul
sebabnya semalam mana bawak kamera
so gambar dalam kamera abg
nanti aku transfer aku update
sama jer kan

yang penting ada cerita kan

hahaha


jom tengok budak yang sakit tapi macam orang sihat
yer la semalam abg msg cakap demam dia 40..
panas tu kalau suhu sampai 40
aku yang dengar semalam cuak gak

alhamdulillah pagi tadi masa aku datang tengok
da ok da
nak tahu ok tak tengok la gelagatnya

hahaha





cubaan mengambil gambar sendiri
inilah hasilnya
orang yang sakit




haaa ni lak
cubaan mengambil gambar aku
ok la tu adam
boleh praktis lagi




ibu a.k.a sis in law ku
adam gak yang snap

ok la tu kan




yang ni orang sihat yang mengalahkan orang sakit
tgk2
sape atas katil tu
bukan adam tapi utehnya
ishk ishk....





yang ni sah2 bukan adam yang snap kan
kalau bukan adam sape lagi
kalau bukan aku
hehehe
cubaan adam nak panjat katil
see betapa sihat dan cergasnya dia kan






amin yang tak sudah-sudah membebel
huhuhu
ikut perangai sape ni baby??




adam eksyen berposing
tengokla mulut
siap senget2 lagi
hahaa




pura-pura tdo
layankan ajer
dah dia nak tengok macam mana gambar dia ngah tido
hahahha
macam-macam





last
cubaan nak amik gambar tag kat tangan tu
tapi yerla kan
dah kata amik gambar rag
haruslah ada gambar tuannya sekali
=)

itu lah sekitar dr pg tadi sampai sekarang


btw my mother datang shah alam
yer la kan datang tengok cucu
sambil2 jalan-jalan cuti sekolah

=)


doakan moga-moga adam cepat sembuh
insyaallah





bersiaran dari Selangor Medical Centre

assalamualaikum
sekarang aku di SMC
jaga adam
bukan jaga, menemani lebih tepat rasanya
sebab tadi lepas main game jer
tido
ni pun tdo lagi
Dr masuk check td pun dia tak sedar
memang nyenyak betul la tdo



yes kami di KPJ Selangor
aku berdua ngan adam jer
dah adam tdo jadinya tak der keje
tu yang amik gambar jer




ni gambar pagi tadi
otw nak gi hosp
amin tu nape la gitu




amin tgh sibuk nak pakai cap
tunggu uteh beli nasi lama sangat
tapi nasib baik sedap


sape2 yang berdekatan ngan SMC yang rasa2 nak jumpa aku
jemput2 la datang
hehehe


sama2 la doakan moga2 adam cepat sembuh...insyaallah..




Adam meraikan cuti sekolah di Wad


salam semua
lama jugak aku tak berupdate
idea takder
maka nya tiadalah repekan dari ku

adam a.k.a anak sedara ku
masuk hospital
demam
semalam masuk wad lebih kurang kul 1


nak update semalam lagi tapi cam tak sempat plk
tapi yer la kan tak bz pun
buat2 bz la
hehehe

nanti jap lagi aku masukkan gambar
tak transfer lagi dari kamera

ok
nantikan sambungan nya

...


Thursday, June 3, 2010

lama nya menghilang....


salam semua
lama kan xberupdate

nak wat camne kan
dah xtahu nak tulis apa
no idea la

xtahu la nak buang macam mana penyakit M ni

masalah betul

update pendek sajork!!!

insyaallah bakal update lagi...



Tuesday, May 25, 2010

istimewa kaum hawa

forwarded email
best nih...indahnya menjadi wanita...
=)


Franz menulis "Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGANLAH... WAHAI WANITA
Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai anak, isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah.

Sunday, May 16, 2010

ari ni genap 52 tahun


salam
aku baru jer post pasal hari guru
tapi tiba2 genap 52 tahun
siapakah itu??
siapa lagi kalau bukan arwah abah yang tercinta

kalau abah ada hari  ni abah dah 52 tahun

selamat hari lahir abah
love u

AL-FATIHAH


selamat hari guru


16 Mei
hari untuk guru2 seluruh Malaysia
tanpa guru2 siapalah kita
tanpa guru kita tidak menjadi seperti sekarang
tanpa guru kita tidak sebijak ini
tanpa guru kita tidak mendapat ilmu sebanyak ini

selamat hari guru untuk semua


terutama:

buat ibu ku yang merupakan guruku dari kecil
buat semua guru2 sekolah menengah kebangsaan agama wataniah machang
buat semua lecturer di kolej matrikulasi kedah
buat semua lecturer di UTM skudai
buat semua guru2 di SK bukit jawa(1)

terima kasih untuk semua ilmu yang telah diberikan
terima kasih cikgu
selamat hari guru


Saturday, May 15, 2010

selamat hari lahir my bro


salam
hari ni genap 32 tahun abg aku
selamat hari lahir abe..
love u!!!


last day


kita dah sampai di penhujung cerita
makanya
jom nengok gambar kami
sebelum berangkat pulang ke UTM
bye bye sibu
semoga kenangan yang ada kan kekal selamanya
insyaallah



senyum..
..




best kan???




terima kasih semua kawan2
all the best JKM '10


Friday, May 14, 2010

debaran semi final piala thomas


salam semua
wat pe??
adakah korang macam aku??
sedang menyaksikan semi final Malaysia vs China
berdebar nih
huhuhu

moga2 ada rezeki tuk malaysia mengulang sejarah 1992
insyaallah