Saturday, October 16, 2010

terima kasih kawan...


sekarang lebih kurang kul 11.30 malam
aku masih ber YM dengan seorang teman
seorang sahabat
yang dikurniakan NYA untuk membantu aku
untuk menolong aku
untuk menjadi telinga dan mata kedua saat aku dirundung keresahan

tenang nya boleh berkongsi dengan nya
boleh meluahkan pe yang aku pendam
walaupun hanya tulisan
nyata ia ubat untukku

nyata ia mengembalikan ketenangan aku

terima kasih sahabat
maaf aku tidak nyatakan disini namamu
walua apa pun
andai aku baca kembali entry ini
aku akan mengingati bahawa engkaulah orang nya

ada sebab kenpa aku merahsiakan nama mu

tapi saat kau baca entry kau tahu
engkau lah org nya teman

dari zaman belajar sampai sekaranga ko tetap sudi mendengar
setiap keluhan, setiap luahan
setiap bait ayat yang keluar dari aku
setiap perkataan yang aku luahkan

terima kasih sahabat
sesungguhnya budimu xampu aku balas
aku hanya mampu mendoakan
agar persahabatan ini kekal hingga akhir hayat
insyaallah





owh sahabat aku rindukan kalian....




berlegar2 mencari idea


salam
ada yang masih berjaga macam aku
aku masih berjaga
kerana rindu untuk menaip disini
rindu kepada kawan2 sekalian

hehehe
tapi aku xder idea lagi
dah lama xtulis
idea pun xnak kuar

klu pasal kimia tu ada la
tapi nak citer kat sini wat pe kan
hehehehe

any idea for me???

RINDU!!!!


aku rindu
rindu kat kawan2
rindu kat family
rindu pada semua yang ada kaitan dlm hidup aku


rindu!!!
rindu!!!
rindu!!!

Thursday, October 14, 2010

kepada kawan2 aku mmg sudah konvo


salam semua
haa
amik ko tajuk aku ari nie adalah ayat penyata
hehehe

kenapa lah tiba2 cakap pasal konvo
ada beberapa teman email tya
ko dah konvo belum

haaa
kat sini aku jawab biar semua tahu
hehehe

sesungguhnya aku sudah konvo
28hb ari tu lagi
dah lama
tapi satu gambar pun xtunjuk
huhuh

nak tengok ke??
nnti ada kesempatan aku share disini..

fikiran tengah kacau
jiwa tengah tak tenteram
so 

idea dan mood nak berblog
adalah kelaut
huhu



Wednesday, October 13, 2010

kenapa begini???


salam kawan2
sihat semua
sesungguhnya aku sihat fizikal tp sesungguhnya
dalaman aku sangat tak sihat

entah mengapa sekarang banyak benda yang aku fikir
satu demi satu berlaku dalam hidup aku

aku terfikir-fikir ini dugaan atau balasan untukku

dan aku juga terfikir-fikir kenapa aku di uji sebegini saat aku keseorangan
saat aku amat merindui arwah...

dari satu kesedihan ke satu kesedihan menjelma

banyak yang ingin aku kongsikan tapi aku tak mampu untuk menulis
aku tidak tahu mengapa kerana inilah kali perkara
aku merasakan menulis tidak boleh menenang kan aku

huh
penat berfikir
penant mencari penyelesaian
penat



Sunday, October 10, 2010

reunion SKBJ tahun 6 2000


salam semua
syawal dah pun meninggalkan kita
tapi aku baru terhegeh-hegeh nak update pasal reunion
ingat yang aku cakap aku gi reunion??
yang raya ke-5 hari tu
hahaha


syawal ke-5 hari kejadian
tapi dah abis syawal pun xterupdate lagi ceritanya
memang lembap la
hahaha




haaa ni sebahagian dari perempuan yang ada
nak tulis nama pun duduk xteratur


 mmg bahagia la kami
walaupun dah 10 tahun xjumpa tapi bila jumpa
macam dah kenal rapat sgt
mmg best la
seronok sangat



meh nak kenalkan:
tudung hitam corak (fairuz), pegang kamera (nini), tudung grey (azmira),
sebelah azmira (watie), (mc na), (afidatul), aku
baju merah (seda), depan tudung hitam(baiziah), baju kurung (yati), kanan sekali(gmah).
haaa dapat pun kenalkan
hahaha



dr kiri: mamat, watie, afidatul, aku



haaa ni dah gambar giler2
pantang nampak org hala kamera
semua berlari
kejar kamera
memang semua giler gambar
hahahaha




 with suriati
kawan lama nih
tadika, sekolah rendah, berpisah sek men, jumpa kat matrik berpisah balik bila gi u





Halal ke tidak???

sekarang ni isu halal jadi hangat diperkatakan
yer la macam confuse yang mana halal yang mana x??
untuk kepastian check la sendiri kat web halal.gov.com

check la untuk kepastian

sedih ni baik baca.. suami yang terlalu menyintai isteri...

ni aku copy dr note eryn esa...aku xkenal pun dia..tapi sebab aku syahdu sangat baca..aku nak jugak korang baca...


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

10.10.10


salam semua
selamat pagi
aku tengok ramai ang wat entry ari ni
so aku nak wat gak

hahaha

cantik kan no tu
10.10.10

sape lahir ari ni???
selamat hari lahir

haaa
esok birthday ma

miss u mom

buat Dr. SMS selamat pengantin baru


Saturday, October 9, 2010

kerinduan merepek di sini


salam semua
nampaknya masih ada teman yang sudi menjengah
walaupun aku tidak mencoret apa2
tapi ada jgk yang sudi menjengah
terima kasih kawan2 sekalian

sejak dua menjak ni
tak tahu la apa yang merasuk
tapi rasa ingin menulis tu membuak-buak 
tapi apakan daya
kekangan masa
kekangan idea yang membataskan aktiviti repekan aku disini


ada yang rindu dengan perkembangan aku
ada yang rindu nak tahu aktiviti aku sekarang
tapi sebetulnya ada ke??
hehehe
kalau takde pun xpela
izinkan ajer aku syok sendiri
hehe


kadang2 banyak yang ingin di coretkan
yang ingin aku kongsikan
seperti yang pernah aku katakan
sememangnya menulis merupakan terapi buatku


ada yang msg aku tanya
lama tak menulis
ada jumpa terapi baru ker???
hahaha
jawapan sebetulnya tiada
mana ada terapi baru
menulisla ubatnya
tapi sekarang macam agak terbatas sedikit

kerana aku merasakan ada yang tidak menyukainya
andai aku meluahkan semuanya disini
tapi tengokla macam mana
macam sekarang berbagai idea ada di minda

tapi minda ku juga aktif menapis apa yang boleh dicoretkan disini

hehehe

aku takut untuk berjanji lagi
kerana janji hanya tinggal janji
tapi blog ni terabai begitu sahaja

tunggu dan lihat saja lah
dengan keadaan fikiran ku sekarang
adakah aku mampu melaksanakan apa yang sangataku rindui
rindu untuk berblog
untuk menulis 
dan berkongsi bersama kalian


crdt to p.google..