Tuesday, February 15, 2011

kasut bola kronos


salam
tiba-tiba rasa nak update gambar kasut adik tersayang

yer la namanya adik laki sorang
so bila nak apa-apa nak cakap tak boleh tu cam tak sampai hati
hehehe

so iyekan ajer lagipun dah pernah janji
kalau nak main bola mintak la apa-apa
tapi yang penting pelajaran tetap no 1

jangan pulak lepas ni result teruk sebab main sukan
hehehe

so masa bagi ni dah warning awal-awal
pasal main bola
pasal result semua
hehehe



haaa
ni lah kasutnya
merah hitam
tuannya memang peminat setia merah
so layankan ajer




first time kot aku dengar jenama ni

hahaha





tayang la kasut bola baru nya




ni lah tuannya
kena paksa bergambar
macam ni la jadinya
heehe


so ada sape-sape nak jadi sponsor kasut bola??hehehe

rasa cam nak beli lagi satu kat dia


salam Maulidur Rasul

salam maulidurrasul
so cuti!!!!

ada yang gi join perarakan kat putrajaya???

SALAM MAULIDUR RASUL kepada semua umat islam
:)











all pics credit to Google...


Monday, February 14, 2011

Ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab

Assalamualaikum kepada semua. sepatutnya entry ni post semalam. tappi tak tahu la kenapa broadband ni wat hal. upload gambar punya la lama. last-last aku hilang sabar terus off laptop..hehehe.. panas baran nyer pasal. 

panjang kan tajuk kat atas tu. tu adalah tajuk buku tulisan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. baru jer beli semalam. niat nak belinya dah 2 minggu. tapi semalam baru berkesempatan nak beli. tu pun dugaan dia mak aihh...bisa membuatkan patah hati nak beli.

cerita ringkasnya macam ni la. gi MPH. then masuk-masuk terus tanya sorang pekerja ni ada tak bukku tajuk ni. terus dia cakap. "takder buku ni dik. takder jual kat sini". so aku pun fikir cam agak tak logik. sebesar MPH tak kan la takde buku ni. yerla namanya pun MPH. tahu-tahu jer la semua buku ada. tapi tak nak bertekak sebab dia lebih tahu sal buku kat situ so aku pun keluar la. kecewa gak. then gi shopping kat parkson. habis shopping gi balik sebab tak puas hati nak gak cari. masuk tanya pekerja yang lain lak. dia pun check ada la buku ni. then dia pun cari. dekat setengah jam gak cari xjumpa-jumpa. masa ni dah putus asa dah..rasa cam redha jer la klu xdapat beli. pekerja sorang lg pun mintak maaf sebab xjumpa cari. dah nak keluar dah tiba-tiba pekerja lain pn cakap ada buku ni. memang ada. dia pernah tengok then dia cari. dlm lebih kkurang 5 min jumpa la buku ni...see mencabar nya nak beli sebuah buku...:)

cakap nak citer ringkas tapi panjang gak kan...hehehe...tu la alkisahnya. hehehe



ni la bukunya. lepas beli gi Mc D makan




mesti amik gambar
buku yang paling susah aku nak beli
macam-macam kan
hehehe





adam dan amin





adam ni suka wat muka macam tu
ingat hensem la tu











dua-dua nak wat muka camni
hahaha





adam pun nak baca buku ni
:)




alkisah mencari sebuah buku yang di idamkan


kegemaran adam dan amin di GIANT

salam...ada yang nak cakap ke rajin nyer up entry..hehehe. bukan apa tiba2 rasa cam eh nak post entry la. nak jugak rasa blog ni berupdate macam dulu. 
ni salah satu kegemaran adam dan amin.

kalau lama sikit tak gi giant mula la duk ajak gi giant. tak nak pegi kesian. yerla dah duk berzikir tepi telinga nak gi giant. aku dah tahu sangat dah. kalau gi giant tu. memang nak naik kereta yang RM5 (10minit)...bukan nak berkira pe. tapi kadang-kadang pegi orang yang jaga tu takder. so dah merajuk.

tapi kalau sekali dapat naik. senyum dia sampai ke telinga.



seee senyuman dia
memang membahagiakan




amin ni serius jer
tapi dalam hati mak aihhh
happy sangat tu





naik motor
naik kete




best kan sayang???

:)


haaa..rasa-rasa aku la. budak-budak memang suka kan main-main ni. dulu masa aku kecik-kecik ada jugak ke benda ni??tak pernah naik pun...hehehe



Sunday, February 13, 2011

selamat bertunang kakak ku

salam semua. lama kan entry ni tertangguh. dekat seminggu jer. so ada yang rindu. hahaa. giler perasan ada yang rindu. ari tu fikir nak post dari hari persiapan sampai majlis berlangsung. pastu tengok-tengok gambar yang ada adalah tak sesuai untuk tontonan umum.hehehehe... bukan apa muka tak payah cakap la.namanya penat... pakai baju pun memang la serabai semacam. dah namanya terlibat secara LANGSUNG dalam majlis. so daripada memalukan diri sendiri dan semua yang terlibat aku amik keputusan nak post pasal ari majlisnya saje..

haaaa..amik ko!! giler panjang intro nak terangkan nape tak citer detail.hehehe

tapi nak jugak cerita sikit-sikit. kami semua bertolak balik ari rabu (2/02/22)  malam. khamis pagi lebih kurang kul 4 pg kami sampai. sampai terus tido. pagi nya mula la kemas sana-sini.

petang lepas asar baru start basuh ayam, kupas bawang semua benda la sampai malam.
esoknya Jumaat(3/02/11) pagi sembelih biri-biri dan start la majlis sediakan menu semua. masak semua settle dalam kul 11++ pagi...

lepas kami pe lagi siap-siap la. lepas solat jumaat pihak laki sampai.

habis majlis lebih kurang kul 6ptg.

akhirnya akak ku menjadi tunangan orang
tahniah



bergambar
tuan blog mesti ada kan




hantaran untuk pihak laki



selamat bertunang kak chek




selamat bertunang Jue & Hanif



wif sepupu angah



sebahagian dari pihak kami




dah sampai rombongan nya
ramai macam nak kawen

hehehe



sarung cincin oleh bakal ibu mertua






dr kiri: bakal ibu mertua, ma, kak chek , bkl nenek mertua



kek tambahan dari moklong...




haaa

sekian sajer hutang entry sal kakak tunang

:)


Saturday, February 12, 2011

Azam Yusof


azam yusof
umur skang lebih kurang 3 bln ++ kot

lama dah tapi baru sekarang boleh upload
giler lama kan

saja nak abadikan foto azam kat blog nih
mana la tahu nanti azam dah besar baca blog ni

hehehe



azam yusof
tersenyum



paksa azam wat peace
giler jahat
paksa azam
hehehe






peace!!!





azam terlena walaupun di kacau

kak ana izinkan yer gambar azam kat sini

moga azam menjadi anak yang soleh
insyaallah



Ally Iskandar bertunang dengan Aisyah Zainal(naib juara gadis melayu)


salam semua
haaa
ambik ko
tajuk dia memang la

kalau korang terkejut
aku pun sama laa


tadi blogwalking ke blog abang Nara
mak aihh
senyap2 kan

pe2 pun tahniah Ally dan aisyah zainal

selamat bertunang


gambar pertunangan ally iskandar aishah zainal

akhirnya
tamat semua spekulasi gosip dengan siapa sebenarnya Ally Iskandar

:)





Monday, February 7, 2011

12 Jam dalam kereta

salam semua. lama kan menyepi. dah namanya balik kampung. bila dah tuan blog bercuti blog pun mesti ikut serta. hehehe. ni semalam punya cerita la. 12 jam dalam kereta. dalam perjalanan dari pasir puteh, kelantan ke shah alam. Ya Allah.. memang lama sangat. jem nya memang bisa melunturkan kesabaran.

sape yang menerima nasib yang sama macam aku?? mesti tahu kan betapa seksanya pinggang duk dalam kete. tapi alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai.

dah la penat kenduri tunang kak chek n kenduri tahlil arwah tak abis lagi. duduk pulak dalam kete lama memang mengundang kepenatan yang berganda-ganda lah.

paling lama jem lepas tol bentong. dekat 2 jam kat situ. memang penat lah.

nanti aku post psal kak chek tunang. first time terlibat secara langsung dengan majlis. fuhhh memang penat giler...

Wednesday, February 2, 2011

bonda nantikan kepulangan ku


insyaallah
malam ni kami bertolak balik ke kelantan

insyaallah

perasaan nyer xyah cakap la
xsabar sangat

xsabar nak jumpa ma

rindu2
lagi2 adam amin pun ada kat kampung

owh
sabar la hati

kawan2 doakan yer
hehehehe


Sunday, January 30, 2011

rindu kedua-dua puteraku

salam
haaa
tengok tajuk tu
yer aku rindukan puteraku


siapakah dia??
siapa lagi kalau bukan kedua anak sedaraku

dah namanya duduk serumah
tu la yang kena marah
tu la yang tiap hari dipeluk
tiap hari dicium

bila dah takder kat rumah ni
sunyi nyer

macam sekarang ni
sunyi jer
yerla dah dua-dua balik kg dah
follow kak chek blik

insyaallah
kami bakal menyusul hari rabu ni

waaa
sampai rabu sunyi la rumah ni
tersimpan rapi jer suara aku tak der diorang nih
huhuuhu




senyuman nya




bila bergaduh




bila berbaik




gelagat amin bila bergambar




hehehe
 serius
rindu giler kat budak-budak ni




miss u adam amin

:)