Wednesday, April 16, 2014

Lamb Grill

Ni cerita di petang sabtu bila balik dari kerja. Masih makan, tapi ni boleh kot nak kata sihat. Grill kan. Ni sebab nak try guna Happy Call Pan (pemanggang ajaib) Zuraidah punya, so why not kita try western kan. Kalau sedap boleh try and try again sampai kita bosan sampai kita malas nak masak.

Haa ni pun Ida yang bayar a.k.a belanja. Yerla kan orang tengah masyukk kan mestila bermurah hati.

Al-kisah nya Ida beli Happy Call Pan yang non stick tu, lama la jugak beli sampai sudah tuannya sayang nak guna, apa lagi I kan jealous tengok benda yang orang sayang, tu la teringin nak guna. So apa lagi cakap la jom kita beli daging kita try marinate then kita grill. End up I kan nak makan lamb so I beli lamb dia beli daging tapi dua-dua dia bayar la.. Hahaha. (*mati aku kalau dia baca aku gelakkan dia)

.

Rupa macam ni la Pan nya. tapi ni I ambik kat google la yer.
Tq En Google. Sentiasa memberi gambar yang baik untukku.



Ni hasil after grill, dah aku sorang yang makan lamb, makanya aku jer la yang hadapnya



Tak tahu korang nampak tak kesedapan nya
Tapi serious memang sedap
I yang grill kan (**sesekali puji diri sendiri)
Sila abaikan guna pisau itu. Tiada pisau lain dah.
So guna sahaja apa yang ada janji kenyang.



Alhamdulillah




Tuesday, April 15, 2014

Anis Chocolate Cake

Hari ni entry makan, esok entry makan, lusa pun makan, macam mana badan tak naik-naik. Niat nak kurus, niat nak slim memang tinggal angan-angan. Bila nak bersungguh-sungguh pun tak tahu. Nafsu makan ni kuat sangat. Pantang nampak dapur, pantang nampak makanan mulalah rasa nak makan je. So salah sapa? Salah kan la diri sendiri yang tak sedar-sedar diri.

So tajuk menggambarkan segalanya. Ni aku tak beli pun dan memang dah lama aku tak beli, ni namanya rezeki setiap pagi. Ada saje huluran makanan nak mengeyangkan aku. Ni hadiah dari Mc Gie la ni. Pagi-pagi dah menambah lemak dalam badan yang tersedia banyak.  

Nak tahu sedap ke tidak ke? aku rasa semua dah tahu kot. Famous kan cake ni. Sape yang tak pernah dengar. Tapi untuk aku yang sukakan manis ni pun aku tak berapa gemar sebab MANIS yang amat. Macam makan GULA manisnya. Tapi sesekali ok kot. Menambah gula dalam badan. Hahaha (*kalau Dr  baca ni mati kena bambu)..



Introduce:







Inside
Meleleh tak ko tengok?





See MANIS pun tetap LICIN
itu namanya orang suka makan
apa pun licin, apa pun sapu
REZEKI kan jangan di tolak




Alhamdulillah kenyang.

Chris Colfer

Amboi tajuk bukan main kan. Macamkan nak cerita pasal Chris Colfer saja. Padahal takder maknanya nak cerita pasal Chris Colfer tu. Ni kisah malam semalam la, tak boleh tidur punya pasal apa lagi buka novel. Jahil sungguh orang tak boleh tidur buka Quran baca aku ni buka novel pulak (*nanti ada la ni nak condem ni)...gasakla kan.


Haa ada ke yang tak kenal, meh la aku tempek kat sini Chris Colfer hasil dari en google.


Hensem kau.
Nak tahu pasal dia? korang google la sendiri.


Back to the real story, sebenarnya masa duk membaca novel tu baca satu pharse dari Chris Colfer ni, memang kita selalu lalui pun so memang duk la teringat.

"When people hurt you over and over, think of them like sandpaper. They may scratch and hurt you a bit; but in the end, you end up polished and they end up useless" 

Betul kan hidup ni macam-macam orang kan, macam-macam perangai so kata-kata ni mampu memberi semangat dan menambah kecekalan menghadapi orang-orang sedemikian.




Monday, April 14, 2014

Mangga Muda vs Buah Kundang vs Buah Nam Nam

Tengok tajuk pun dah tahu kan nak cakap pasal apa. Percaya atau tidak ni la yang kami makan pagi-pagi tadi. Gila kan, memang gila pagi-pagi makan asam. Nasibla dah tak belajar kalau tak mahu cepat lupa. (*eh betul ke teori ni?)

Masam tapi sedap. Bila sedap masam ke manis ke belakang kira.


Buah Nam-nam  ni pulak ada satu, tapi rezekila kan. Dah bobo letak pagi-pagi masa tu yang ada cuma aku dan Ida so memang rezeki la. Ngap dulu sebelum yang lain sampai.

Thank You bobo for the Fruits.





Sedap kan
Terliur lagi masa tengah taip ni pun





The Only ONE NAM-NAM Fruit




Fish Aquarium

Assalamualaikum

Tengah mencari mood nak merepek meraban kat sini so as usual kita mula dengan refreshment la..

ni fish aquarium kat Shineway Putra Height masa aku pegi wax kereta.

Tertarik tengok ikan-ikan ni excited bila org tala kamera kat dia.


Subhanallah. ikan ni pun cantik-cantik.





















Sekian


Love all


Meet next entry yer.




Sunday, April 13, 2014

Assalamualaikum aku kembali

Assalamualaikum. Last post hampir setahun 7 bulan yang lepas. Boleh dikatakan ramai yang dah lupa kewujudan aku disini (**eh aku ada follower ke?)..

 Dari last post banyak yang nak kongsi. Banyak yang nak tulis sebab banyak yang dilalui. Last post September 2012 baru umur 24 tahun sekarang dah 26 tahun.

Dulu ada 2 orang anak saudara sekarang ada 5 anak saudara. Tapi ada jugak yang sama cam masih kerja tempat sama, masih tinggal tempat sama dan masih orang yang sama. hahaha.

Dalam tempoh dua tahun macam-macam dah berlaku yang aku lalui. Banyak sangat kalau nak flash back pun memang tak terkira. So yang lepas tu lepas lah, yang kedepan Insyaallah semua akan tercatat disini. Berharap jugak semangat yang terbit ni tidak luntur. Mula-mula terbit hati nak tulis entry baru macam teragak-agak yela kan, dah lama tak tulis nak tulis ayat pun cam tulis delete tulis delete je. Tapi takpe slow-slow lama I'll back to normal.hahaha.

 Untuk permulaan aku bagi tengok kesayangan-kesayangan aku.


First time kenalkan diorang kat sini. Kat FB tu mmg dah ada.
Introduce Siti Aishah and Asyraf



Tahun ni pun Alhamdulillah rezeki kami.
Kawasan rumah baru.



Ni time raya 2013.
Tema : Grey





Haa ni pun dulu nya wajib ada di entry aku.
Amin.
Dah besar dah dah sekolah pun.




Haa ni pun belum pernah menjengah ke blog ni.
Iman adik kepada Adam n Amin.

Yang lain-lain dalam hidup aku pun kesayangan. Tapi cari-cari gambar takde pulak.


So wait for the next entry yer.


Till meet again.


Love all








Friday, September 21, 2012

Salam

Assalamualaikum semua....tq all....

Monday, August 6, 2012

Salam

Rindu nya nak menulis di sini....haaaa tulislaaa...heee

Tuesday, June 19, 2012

meneruskan yang tertangguh

Assalamualaikum semua..wahhhh berhabuk betul...hmpir setahun xmenjengah...insyaallah... Ku datang kali ni berterusan..insyaallah.. Nanti kan coretanku yer..kepada yang xjemu menjengah terima kasih banyak2... Sekian dlu untuk sekarang.. Salam...

Friday, September 9, 2011

Sakitnya


Senang nya kalau nak tengok luka kat tangan
sakit pun boleh nampak...

tapi kalau sakit hati

susahnya nak meluahkan

aku tak tahu nak tulis camne
nak gambarkan camne

argh!!!

susahnya
tapi aku terlalu ingin berkongsi
aku mahu ia pergi
pergi jauh dari aku