Tuesday, August 19, 2014

Sambutan Hari Raya Ofis 2014

Assalamualaikum semua, terkejut tak tengok hari ni ada entry lagi. Gila bagus kan. Mood tengah elok rajin nak menyiarkan entry kan so kira nasib baikla, takder la korang buka blog aku ni asyik la pandang entry sama. Tak ke bosan tak berupdate. So tak nak bagi bosan, kita selang seli kan la siarkan entry baru dan entry basi. Bukan setakat lama dah tapi basi terus aku bagi, kalau orang yang nak beranak, dah beranak dah.  Ok ni kira entry baru la sebab baru jer berlangsung hari Sabtu hari tu (16 Ogos 2014, 20 Syawal 1435H). So hari ni baru 19 Ogos 2014, kira fresh lagi la.

Sambutan hari raya ni berkonsepkan potluck. Bawa makanan sorang sikit bila kumpul jadi meriahla. Pilih jer nak makan yang mana. Nak makan semua pun boleh. Antara menu yang ada, Nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam, roti jalan+kari ayam, pulut kuning+kari ayam, nasi lemak+ayam goreng, bermacam jenis kek dan roti, moon cake,popia sayur, kuih-muih dan buah-buahan. Meriah dengan makanan, aku makan semua kecuali pulut kuning jer. Hebat kan aku melantak.

Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat rakan-rakan ofis untuk semua makanan yang marvellous itu. Alhamdulillah, semua pun happy.

Nak dijadikan hal pulak, gambar yang au snap pakai telefon aku semua hilang. Stress betul bila tengok, nasib baik gambar raya family aritu aku dah trnasfer siap-siap. Maka gambar-gambar ni adalah ihsan  daripada semua rakan-rakan ofis.





Nasi Lemak Part.





Makan....




Our big boss





Foods.
Meriah kan???
Walaupun portion tak besar tapi berlebih-lebih makanan, siap boleh tapau buat balik.
Kami ni berapa orang sangat kan yang ada.





















Dah siap makan apa lagi, BERGAMBAR lah kami.
jomla kita bersuka ria.





Satu Malaysia!!!!





Lab Department
From left: Yana, Thulasi, Wawa, Ida, Aku, Mas, Malar, Kak Rajes.




Office Department
From left : Sinor, Kak Yah, Kak Su, Alin, Ms Lee, Ms Yong, Kak Prema, Kak Effa, Kak Ina, Safuan.



Us with big boss















Selfie or should be wefie time.





Us
















Sekali lagi:





























Beg banyak ni sebab dah nak balik.
Cuma settle kan sessi menapau makanan sahaja.





Disebalik tabir sebelum bergambar diluar





Wefie selagi larat



Sekian part ofis.
Insyaallah next entry Family Raya pulak.





Thank You to all for the pictures.

Monday, August 18, 2014

Pastamania at KLIA2

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raa Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 22 Syawal baru aku nak menjengah nak ucapkan kat semorang. Orang lain dah tutup buku kot pasal entry raya. Aku baru nak ucap. Tapi takpela maafkan aku yer. Maaf ku pinta kalau selama aku menulis ada yang mengguris hati korang. Maafkan aku juga sebab sentiasa mungkir janji, yela cakap nak update selalu tapi hampeh kan. Ni pun lepas sebulan baru muncul, entry dekat draft pun makin meningkat. Bila entah aku nak publish. Semua pun memerlukan masa dan tenaga. 

Entry pasal floria aku masih lagi berhutang, tu tak tahu bila bakal terpampang ke muka blog. Tapi yang pasti akan ada sebab yerla kan kenangan tu sayang aku ambik gambar. Tahun depan senang nak tengok. Kenangan dihujung jari jadinya. Entry raya tunggu sikit masa lagi, dah nak siap.

Back to the story, aku gi pastamania kat KLIA2 ni lebih kurang bulan 5 or 6 ari tu. Ko tengok 2 bulan lepas punya cerita korang kena hadap. hikhikhik. Lama sampai aku pun ingat2 lupa dah hari kejadian.

Jomla tengok gambar:




Harus aku nak tunjuk tiket parking.
Kira ni first time aku jejak KLIA2 lepas KLIA2 ni bukak la.




Jakun, macam tak pernah jumpa lagaknya.
Do I care?





Ambik kanan yer, kita gi tempat parking dulu.





Sawan cermin kan, sah2 la kita kena ambik gambar kat toilet.
Pakai baju kurung OK!!





Snap here and there




Masa ni sebab baru buka kot banyak jugak la sale nya.

Eh jauhnya gambar-gambar daripada tajuk.
Tak jumpa-jumpa lagi pastamania nya.
Sila bersabar..




Bear








Sticky
Kreatif


















Ok sudah sampai pada tajuk utama
Kami makan-makan kat pastamania.






The Menu





































Itu sahaja menu yang aku rajin nak snap
yang lain ada lagi, nak tahu pergila jengah sendiri.
Masa ni air dah sampai so aku tutup menu, jomla hadap air pulak.





Hot cappucino
Pahit, tak sesuai untuk aku yang tak berapa gemar pahit.
Tapi as usual gatal nak order jugak.
tapi sebab takder air lain habis jugak aku minum.





Aku nak snap pasta tu sebenarnya.
bukan bontot pekerja dia tau.





Number of pasta served!!






Spaghetti Bolognese tapi mengecewakan aku.
Sangat2 mengecewakan, bukan aku malah semua yang kat meja aku yang order ni.
Sos dia rasa tomata semata, macam ko makan spaghetti dengan tomato puree rasa dia. 
Korang punya feeling maybe ok ke aku tak tahu la. Tu tekak kami yang duduk semeja.

Overall kat sana, servis lambat, air okla, makanan tak sedap. Tak sedap sampai kami semua tak habis pun makan.
Go and try, lepas tu boleh share dengan aku ok tak dengan tekak korang.


Salam. we meet other entry.