Monday, September 8, 2014

Family Day Spectrum Part 1

Assalamualaikum semua, selamat pagi, selamat bekerja. Semua pun Monday blues kot. Takpe-takpe bukan kamu sorang saja, aku pun sama. Ok pengumuman, ini entry fresh a.k.a tidak basi (**erkk statement berani. hehehe). Alhamdulillah buat pertama kalinya terlaksana jugak family day ofis aku ni. Walaupun adhoc punya perancangan, tapi alhamdulillah dengan izinNYA aktiviti ni berjalan lancar. Lambat daripada masa yang dirancangkan tu adalah normal. hikhik.

Ok ni hanya part 1 ok sebab aku nak asingkan preparation dan jugak hari berlangsung. Kenapa nak asingkan of course sebab gambar adalah sangat banyak. Aku nak letak semua kat sini. Biar korang muntah hijau tengok gambar-gambar kami semua.

Ok aku ditugaskan prepare hamper untuk semua peserta yang akan main sukaneka nanti.So aku on jerla, bila lagi kan nak menyumbang tenaga dan idea. Asal berkaitan dengan makanan kan of course aku on saja.




Sotong, salah satu menu untuk bbq.
Actually ni safuan kena buat tapi of course la kena la tolong kan since dia pun tolong aku dan ida gi beli barang.
So aku dengan hati yang tulus ikhlas (**sila muntah) memang nak tolongla.
Kira membalas jasa safuan, kalau tak tolong mau terberak safuan nak settle kan 3kilo sotong and 4 kilo udang.






The prawn






Dah siap basuh semua letak garam dan kunyit settle.
Korang bayangkan Ida sorang yang basuh ni semua.
Hebat gila dapat basuh sotong 3 kilo, udang 4 kilo.
Aku memang salute la dengan Ida, aku tolong siang udang ngan sotong jer.
Tu pun dah lenguh gila kot pinggang aku.







Sotong dan kepala






Dah siap letak garam dan kunyit apa lagi.
Jom la kita cucuk dia.
Korang bayangkan esok nak drive gi PD lagi, malam tu buat semua ni settle 1.30 pagi.
Gila kental la kan kami buat semua ni.







Dah settle bab sotong dan udang.
Yang tu aku buat malam sabtu.
Yang part hamper ni aku dan ida settlekan petang sabtu balik keje tu.
Barang-barang nak letak dalam hamper.
Sila abaikan tisu dapur, pampers n rak pinggan (itu aku punya).






Kenyang la korang dapat jajan banyak-banyak ni.

















Ok dah settle isi semua barang dalam paper bag ni.
Kira adilla semua dapat cuma amount barang dalam bag tu yang lain.
















Meriah semuanya.






Spectrumlab Family Day 2014
Ni baju kami, so wait for next entry yer.


Salam sayang semua.




Sunday, September 7, 2014

Amin Admit at KPJ Selangor

Last week Amin admit kat KPJ Selangor sebab gastrik. Sekarang dah discharge dah. Bermalam kat hospital 3 malam lepas tu Alhamdulillah dah sihat. Masa aku sampai nak melawat nampak cergas jer, dah dekat aku nak balik baru lah nak melepek, saja la tu nak memanja.




Masa aku sampai takder nya nak berbungkus macam ni.
Bila aku cakap nak balik dia cakap sejuk so nak slimut.
Nak sangat selimut kan macam ni lah rupa nya kalau mokwe ko selimutkan ko.





To Amin : Jaga diri elok-elok tau, jangan malas makan lagi. Jangan sakit-sakit dah tau!!
Jangan pentingkan game saja, makan tu penting. Love you so much darling!!





Bila tengok abang dia selimut, Iman of course la nak jugak.






Ni orang sihat yang selimut.

End ~~~



Saturday, September 6, 2014

One City Skypark

Salam semua, apa khabar semua? Sihat tak hari ni? Terkejut tak tengok ada up entry hari? Sila terkejut. Hahaha. Tapi maaflah semua entry basi jugak, slow-slow kayuh lah kan. Better late than never kan!!

Kami gi jalan-jalan masa adik-adik aku datang nak bawak pergi floria ari tu. So sebelum gi floria jomla kita pergi One City dulu. Lagipun dekat saja dengan rumah kami, takde masalah nya. Adik-adik aku pun belum pernah pergi, so jomla bawak dorang merasai saat indah kat skypark (**erkk indah ke tak tak sempat nak tanya adik-adik aku la). Kalau tak indah pun at least pengalaman la pergi tingkat 10 One City tu.

Dah alang-alang nak bawak Irah dan Ika, aku suruh la ajak Adam dan Amin sekali, anak saudara aku tu pun belum pernah pergi lagi. Cakap kat Amin nak pergi One City, apa lagi pergi la gebeng dekat ibu dia nak pergi yang dia nak pergi satu bandar. Apa-apa saja la Amin.



Cik Ka dan Amin





Ni dekat e-hotel sebelah One City.
Nasib baik budak kan, cuba aku yang duduk situ, agak-agak Ok x?





Cantikla view dari skypark ni malam-malam












Nampak tak berapa lama dah gambar ni terperuk kat draft
Masa transformer lagi





Tengok June lagi sekarang September Zunaidah
Nasiblaaaa
Again better late than never
hikhikhik










Tol USJ, Highway, Main Place

























Ni floor cermin yang boleh nampak bawah tu.
Berani kan diorang.
Nak suruh aku berdiri atas tu ambik gambar.
Sila berangan, memang tak akan ada la gambar aku kat situ.





Aku tukang snap boleh la.
Nak berdiri atas tu kirim salam.
Ko tengok memang jelas la kat bawah.
Aku duk tepi pun gigil kot.


















Gambar ni kira penutup entry aku lah.






Friday, September 5, 2014

Pantai Bisikan Bayu

Assalamualaikum. Salam sayang semua. Cewahh salam sayang lah sangat. Saja la kan dah seminggu menghilang haruslah nak sayang-sayang, baru orang suka kan. Ok2 masih aktiviti yang lama tapi tak seberapa lama. Agak-agak korang paham tak? Dah-dah melalut tak tentu hala, kita straight to the point saja.

Raya hari tu kitorang pergi beraya kat pantai. Kerja gila kan macam takder tempat lain nak beraya, tapi ada kami kisah. Selain memenuhi permintaan anak-anak saudara, kita penuhi jugak permintaan hati masing-masing yang ingin melepas rindu pada pantai. Bermadah nya entry kali ni. Sila muntah!!

Raya keberapa aku pun dah lupa, maklum saja lah hari ni syawal dah pun meninggalkan kita semua, so ingatan pun dah meninggalkan aku (**hahahaha..gurauan saja). serius aku dah tak ingat raya keberapa pergi, kakak-kakakku boleh tolong ingat kan? Kami pergi pantai awal pagi la sebab takut panas dan bakal menambahkan kehitaman kami. Sampai tu pun takder orang lagi, dalam pukul 11 pagi dah panas kami pun dah balik.

Jom lah kita menjamu mata dengan pemandangan yang indah!!





Adam yang kegembiraan.
Adam dan pantai sangat serasi. 
Kenapa serasi sebab adam memang suka gila kalau kita cakap nak pergi pantai.
Bila ko dah TERcakap nak pergi pantai ko dengarlah dia bergendang dengan ko dengan soalan-soalan: 
bila nak pergi?, hari ni ke kita nak pergi?, jadi ke kita nak pergi?. See excited kan Adam.





My LOVE a.k.a My Mom




Amin
Yang kat belakang baru nak bentang apa yang patut





Mok Su Banu dan Iman
See Iman pun dah bukak pampers bersedia nak terjun dah tu





Yang terawal bersama pantai









Kami yang malas menerjah pantai.
Kami hanya rajin sengih dan snap photo














Bergambar la selagi terdaya




Apakah?










Masa ni dah start panas dah
Terik kot walaupun baru pukul 9 pagi.





I snap U, U snap I la kekdahnya kan


Aku sekarang malas nak buat ending boleh??
Ok stop disini sahaja.