Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


sekarang semua hangat memperkatakan pasal filem ni kan. tapi seperti biasa. 
aku adalah ketinggalan. aku tak gi tengok lagi. hajat hati memang teringin sangat nak tengok. tapi tak yang nak teman. ada sape2 yang sudi teman aku gi tengok wayang???

ataupun ada yang nak cerita aku. review sikit pasal citer ni






tengok thriller dia macam best sangat






nak tengok!!!




johor Part 2

Salam semua. ada yang rindukan kehadiran entry disini? mesti ada kan.. hahaha. aku nak jugak wat entry tapi nak wat camne kan banyak sangat kekangan nyer. aku memang kagum sangat bila blogwalking tengok orang yang ada suami ada anak then keje lagi tapi masih boleh membuat entry. kalau masa kat tempat keje tak payah cakap la aku memang tak duduk depan komputer. jadi memang tak de la nak tengok internet semua ni.

tapi memang certain blogger yang memang wat entry bila balik keje kan
aku memang kagum macam mana la boleh wat entry. dulu mula-mula aku keje aku fikir maybe aku mula-mula keje kot jadi memang macam ni. so bila lama-lama macam sama gak so memang tak tahu nak wat camne. semalam kul 9 mata dah berat. ngantuk yang amat. 

hish dah jauh bertukar dari tajuk sebenar. tajuk sebenar nak citer pasal jalan-jalan berhujung minggu di johor. 
ok ni sebenarnya lebih kepada gambar dari kamera. saje nak letak sini. nak jaja kat semua orang kan..
hehehe


jom tengok gambar yang ada




ni lebih kurang setengah jam sampai kot
amin pun dah mandi



rumah bak. kali kedua gi umah baru bak.
kali pertama pegi tak amik gambar pun. so sekarang nak gak amik gambar
naka jugak letak kat sini..





ni uteh kot berminat
cantik tak??




irah n kaksu
baru lagi ni
masih2 berehat





senyum lebar
makin gemuk kan dia





adam yang merajuk
amin yang tak kasi aku masuk dalam gambar
irah yang semangat nak bergambar
aku yang memang nak menyakat amin

hehehe
itulah keadaan masa ni
hehehe





uteh n irah bersama kak su 







amin lagi yang memang sukakan kalau nak amik gambar





haaa
ayat dia
ini rumah amin






berlari kesana-sini bagaikan
inilah padang permainan ku
hahahha






lantai umah bak
berkenan dengan corak ni


gambar kat bawah ni semua gambar keesokan harinya
masa dah nak balik
dan semua berbaju kurung
except adam, amin dan abg la..




uteh n irah





amin







malas nak letak caption dah boleh

hahahha


















ni dah malam
on the way nak antar irah kat kolej
dah bosan
mula mencari idea


apa lagi kamera ada
amik gambar la
















sengal kan. tak der keje macam tu la
hahhaa



seronok sangat gi kali ni..kalau diikutkan ni kali ke-6 aku kesana. memang seronok. kalau boleh nak gi lagi...



kepada bak sekeluarga:
terima kasih kerana menerima kedatangan idah sekeluarga. terima kasih kepada semua kerana masih menyayangi idah seperti dulu. layanan yang mak sekeluarga berikan masih seperti hari pertama idah menjadi sebahagian keluarga bak. terima kasih diatas semua kasih sayang ini...



Wednesday, March 16, 2011

anak sedara yang dibuli mak sedaranya


Salam semua...macam menakutkan je tajuk...hahahha. adakah adam dan amik sampai lebam-lebam kena dera dengan aku???sebenarnya teringin nak tengok macam mana la kalau dua orang budak ni pakai tudung. masih hensem ataupun dah bertukar menjadi AYU???


aku tengok macam bertukar jadi AYU. dah hilang hensemnya..hehehehe

haaa
pe kata korang??



tengok ni

.................
.............




..........
.........












....



adam yang malu-malu
tapi nak gak pakai
hehehe





see hilang lelaki nyer
hahaha




wajah hensemnya




nak gak tunjuk gigi yang takder tu
hahaha




\
giliran amin lak
ni lagi la nampak ayu giler
hahaha
hilang hensem serta merta





eeeee
geram la tu




alalallala
amin ni





wajah lelaki nya
habis serabai rambut
pakai tudung nyer pasal
hehehe










Tuesday, March 15, 2011

Botol susu BPA

salam
masih berkisar pasal botol susu BPA
gigih google sana-sini
nak mencari info pasal ni
ni pulak aku copy dari http://www.rosalik.com/?p=85



PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.
Berikut adalah kesan buruk BPA:
  1. Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  2. Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  3. Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  4. Masalah kegemukan atau obesiti
  5. Kecacatan pada bayi baru lahir
  6. Menambahkan risiko kematian bayi
  7. Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  8. Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  9. Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

ada sape2 nak share pe2 lagi???


Pengharaman Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol A

copy dari SINI


JATA.gif 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.

Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.  

Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.  

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
  14 MAC 2011 




Botol Susu Bayi Polikarbonat

salam semua...awal aku update kan...baru saje selesai uruskan semua yang tertangguh.. untuk selesaikan nya aku amik half day ari ni. alhamdulillah. semua settle moga-moga semua yang di rancang berjalan lancar. insyaallah.

berbalik kepada tajuk. dari semalam kecoh pasal ni kan. walaupun aku bukan seorang IBU tapi aku merupakan seorang IBU SAUDARA dan ada dua orang anak yang suka hisap botol susu. makanya aku pun mula la google sana-sini cari pasal botol susu ni. end up alhamdulillah aku jumpa banyak info.

ni copy dari LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN KESIHATAN


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



haaa..itu sedikit sebanyak info yang aku dapat. aku tengok botol adam dan amin pun ada yang BPA ni...so kena amik tindakan ni. buang semua yang ada BPA...

tapi yang aku sedikit hairan la., eh sedikit ke??banyak sebenarnya. kenapa nak haramkan tahun depan? kenapa tak serta merta???
ada yang boleh jawab???


berhujung minggu di pendas


menunaikan janji untuk upload gambar
tapi hanya gambar dari phone aku
dari kamera belum lagi
nanti la yer


jom tengok gambar yang tak seberapa



on the way ke PD
semangat nak bergambar
lama tak gambar syok sendiri
tengok dah senget benget
kena praktis balik ni
nanti lama-lama tak dapat nak bajet..hehehe





haaa nampak pun
mesti gambar empunya blog dan adam dulu
dah aku nyer phone
gambar aku harus ada kan
hehehe





aku dan uteh



sampai pendas tak der wat apa pun
makan-makan , borak-borak jap then tdo
dah penat kan


esoknyer gedik la nak ikut bak gi laut
tapi rugi la sebab aku lupa nak bawak phone atau kamera
yer la excited nyer pasal sampai lupa
huhuhuhu

so kenangan hanya terakam dalam diri sendiri jer la
tak dapat nak share ngan korang

tapi memang best
angkat jaring
tapi aku hanya tolong TENGOK
bak mana la kasi aku tolong wat
tolong tengok boleh la
hehehe

dah balik mandi-mandi pakai siap-siap nak balik
gi balik tengok bak keluarkan ikan yang lekat kat jaring




bak dan ijat




tekun jer wat keje
aku pun tekun gak
tekun MELIHAT
hehehe





ni dah nak siap dah
panas weiii






curi-curi amik gambar bak
kalau bak tahu agak-agak dia marah x??
hehehhe





ayu x??
hahaha
tiba2 gedik nak amik gambar cenggini
hahaha






aku sudahi dengan gambar bak

:)

nak berhenti macam ni boleh?

penutup cantik sikit next entry yer...

salam semua





Monday, March 14, 2011

berhujung minggu di Johor

Salam semua. lama tak berupdate kan. haaa tengok tarikh tu. jadinya hujung minggu aku adalah di Johor. dah la hujung minggu cuti sehari setengah jer. nape sehari setengah. dah sabtu nya aku keje half day. makanya hujung minggu untuk berfoya-foya hanya tinggal sehari setengah. tak puas memang tak puas tapi sekarang ni dah biasa dah. rasa sebati dah keje hari sabtu.

ok-ok. kita berbalik kepada tajuk. sehari setengah pun jadi ke Johor. plan last minute gak tapi macam biasa la kan. kalau plan lama-lama last-last mesti tak jadi. kalau last minute punya plan biasa nya ON jer. itulah kami pun. plan sabtu kita gi johor. so apa lagi jom.

dah pegi johor mesti la pegi PENDAS kan. itu kan acara wajib. sejak aku tinggalkan johor tak pernah lagi la aku gi sana tak singgah di PENDAS.

ok nak review sikit. tapi gambar next entry yer. tak transfer lagi. balik keje kul 1 tepat aku turun. then balik siap-siap kul 2 gerak. then gi amik adik kat PD dulu. baru gerak gi Johor. jem sebelum exit ayer keroh sebab ada accident. lori sebuah, kereta 5 buah. dekat sejam jem kat situ. kul 8 mlm baru sampai gelang patah umah bak.

sampai saujana putra semalam dalam kul 10.30 mlm..ingat nak update blog tapi apakan daya...mata dah berat. so tido jer la...

:)

terima kasih bak sekeluarga diatas layanan kepada kami...

Thursday, March 10, 2011

I AM NO 4

salam semua. terima kasih la ada yang sudi menjengah walaupun tak berupdate. bukan tak nak update. tapi kali macam balasan lak kat aku. yerla biasa banyak sangat alasan asyik malas jer. kali ni idea mencurah-curah hati pun meluap-luap nak menulis tapi internetlak wat hal. ish macam-macam betul.

dan ini entry pertama bulan mac.

ok2 berbalik kepada tajuk "I Am No. 4" dah 2 minggu kot tengok tapi duk kat draft jek. tak terpublish.. habis internet asyik down jek. ok ni gi tengok wayang. mengidam la dah lama kot tak gi tengok wayang. so tak gaji pun on jer la. ada yang nak belanja kan. hohohoho


jom tengok gambar..


seperti biasa. harus amik gambar tiket dulu
dah namanya nak tengok wayang
kena beli tiket dulu
dah beli amik gambar



yer hanya bertiga
dan seat nya adalah depan
first time kot aku tengok wayang duk depan macam ni
tapi disebabkan nak tengok
pasrah jer la






kami berdua
jom tengok wayang





giler kan
kat sini pun nak bergambar
\macam tak pernah jumpa poster

hahaha





haaa
ni lah orang yang bayar tiketnya
kami tolong tengok saje



citernya best
kalau boleh nak tengok lagi sekali




apa motif gambar ni eh???
owh
nak amik gambar sendiri
tapi sebab dah lama tak posing sendiri tersasar sudah
hahaha






wat jahat kat dia
haaa
makan


:)


nak siapkan entry macam ni
blh??
salam