Friday, April 2, 2010

alhamdulillah akhirnya aku berhubung kembali dengan nya


salam
selepas lebih kurang 2 tahun
aku tak dapat nak contact mama
memang lost contact
aku tak tahu kenapa

ada saje halangan nya
aku mesej jarang sekali delivered
dan itu menandakan mama tak dapat pun mesej aku
tapi aku tak pernah putus asa
walaupun tak pernah delivered mesej tu
aku still hantar mesej
tanya khabar berita n ucap birthday setiap tahun


mungkin ada yang kata aku bodoh
melakukan sesuatu yang aku pasti orang tu tak dapat menerima nya
tetapi bagi aku itulah kepuasan yang aku dapat

bila aku rindu mama aku mesej
bila aku mimpi mama aku mesej
bila alarm set 19 Mac berbunyi aku tetap mesej mama
walaupun selepas 3 hari mesej sending failed
aku tetap cuba


hanya itu yang dapat mengurangkan perasaan itu
setiap kali solat aku doa
moga2 aku dipertemukan kembali dengannya
aku mahu berhubung kembali dengannya


alhamdulillah
2 hari lepas aku terjumpa FB mama
masa aku tengok gambar tu memang xpercaya
aku tengok berkali-kali
dan hati aku terdetik "yer ni mama aku, mama yang aku cari"

malam tu memang aku betul2 bersyukur
doa aku termakbul
menitis air mata tanda kesyukuran
Allah menerima doaku
memang tak tergambar dengan kata-kata
apa perasaan aku malam tu


alhamdulillah
aku mampu berhubung kembali dengan mama


mungkin ada yang mengatakan kenapa aku sayangkan mama??
aku tiada jawapan itu...
walaupun aku tidak berjumpa dengannya sangat lama
tetapi perasaan sayang aku terhadapnya masih sama
masih seperti dulu
aku amat menyayanginya
sangat merinduinya saat ini



kepada mama:
kalau mama baca blog idah ni....idah mintak maaf dengan mama banyak2...mungkin ada salah yang idah pernah lakukan kepada mama...mama sentiasa dalam ingatan...idah rindu mama,..kirim salam kat abah..mama, i love u n miss u so much!!!




No comments:

Post a Comment