Wednesday, September 1, 2010

kerinduan yang membuahkan rasa sensitif


salam semua
salam ramdhan
hari ni dah 23 hari puasa
alhamdulillah
dapat berpuasa

tajuk nya panjang
dan maknanya pun panjang
makna tersirat lagi panjang

dua tiga hari ni aku memang rindu sangat arwah
dah lama jugak tak rasa rindu sangat2 macam ni
sekarang ni asal teringat jer kenangan dulu
nasihat abah dulu mesti bergenang air mata
kerinduan tu rasa macam tak terbendung dah


aku fikir2 tak tahu nape macam ni
bila rasa sedih + rindu macam ni
mula la rasa2 lain pun nak bergabung sekali

mula la sensitif tak tentu pasal
asal kena marah sikit nangis
asal kata2 menyakitkan hati sikit nangis
mula la rasa hiba macam kena teruk2
rasanya dah tiga hari macam ni

kata-kata, nasihat, senyuman, gurauan abah semua bagai bermain2 difikiran ni
kalau ikut hati tak nak tulis kat sini
tapi aku sedar aku hanya mampu tenang bila menulis
sedikit lega bila menulis sambil menangis macam ini

walau apa pun kerinduan ini tidak akan luput selamanya
aku bukannya nak hilangkan rasa ini
tapi aku hanya mahu kurangkan
kerana kerinduan ini membuatkan aku rasa sedih 
senang terasa


ya Allah...
tabahkan hati hambamu ini...


No comments:

Post a Comment