Sunday, January 2, 2011

sampai bila kan ku begini???

Assalamualaikum kepada semua....kalau aku dah mula perenggan dari tepi mesti ada yang cakap...haaa tu nak cakap berita sedih la tu...hehehe...tak semestinya kan...apa kata kadang-kadang kita tukar style pulak. kita cuba guna perenggan dari tepi.. bila tajuk pun macam orang sakit. ofkosla jiwa pun memang tak tenteram. kenapakah jiwa ku begini? sebab siapakah aku begini?hanya seorang yang mampu membuatku begini...tidak lain tidak bukan hanya Arawah Abah.... sesungguhnya bila rasa ini datang, aku perlu menulis kerana bila menulis ia bagaikan membawa pergi rasa-rasa ini bersama bait2 ayat ini...

bukan aku mahu melepaskan rasa ini pergi..tetapi jika aku terus diselubungi rasa ini.. air mata ini kan terus mengalir. air mata ini kan terus bergenang memenuhi kolam mata sebelum berjujuran meniti di pipi...emosi ku tidak akan stabil dan seterusnya mood ku memang terus down...

seperti yang selalu aku ceritakan..aku dan arwah abah sangat rapat...banyak impian yang arwah inginkan akan dia ceritakan padaku. setiap apa yang terlintas difikirannya walaupun ianya belum tentu dilaksanak juga akan diceritakan padaku. dan sepanjang itu bermacam-macam benda yang beliau inginkan. dan rasa inilah yang menjengah hati ku.

tadi aku ke IOI Mall...tiba kat satu kedai aku terpandang jaket yang laki selalu pakai tu..ala mcm jaket kulit gitu...then automatik aku ke kedai tu pegang jaket tu. dalam hati terdetik "owh jaket ni cantik nya...sesuai untuk abah....kalaulah abah ada confirm aku belikan untuknya." bila dah terdetik camtu..mula la macam-macam datang...last2 mood shopping hilang yang tinggal hanyalah rasa rindu yang teramat kepadanya....
AL-FATIHAH...

sensitif kan aku????tapi itulah aku...kadang-kadang aku terfikir...sampai bila aku harus begini...sampai bila aku akan melalui keadaan ini...walaupun perginya abah meninggalkan aku sudah 4 tahun...tapi bagi aku baru semalam aku dan abah bercerita..baru semalam aku dan abah bergurau...baru semalam aku dan abah berkongsi rahsia....

banyak yang ingin ku coretkan tetapi tangan ini bagaikan terbatas untuk terus menaip..ku kira sampai disinilah dulu untuk kali ini....

AL-FATIHAH untuk arwah abah....

salam




No comments:

Post a Comment