Ahad lepas gi Putrajaya sebab nak ambik IC adik Ida. Masa on the way nak pergi banyak la jalan yang tutup. Pusing-pusing nampak billboard countdown Floria Putrajaya 2014. Sejujurnya tahun lepas aku tak pergi pun Floria, nak pergi tapi asyikla tertangguh sampai sudah tak pergi-pergi. Tahun-tahun sebelum tu semua pergi tapi tahun lepas jer tak ingat pasal apa tak pergi. Tahun ni tengok jer billboard Ida dah ingatkan nanti pergi google tengok tema apa, buka pukul berapa, dari bila sampai bila.
Untuk pengetahuan semua Floria Putrajaya 2014 akan diadakan di Pesisiran Presint 4, dibuka kepada lawatan umum mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi – 10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).
Tahun ni tema adalah Bunga Begonia atau asam batu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika. Floria Putrajaya 2014 merupakan tahun ketujuh acara ini diadakan, Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pihak penganjur memang sedang giat membuat persediaan. Sekarang kalau korang gi Putrajaya memang boleh tengokla persediaan dia.
Menurut laman web Floria Putrajaya tahun ni diorang nak buat kelainan sebab peserta pameran akan diberi tema rekabentuk seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman MelawatMalaysia dan Taman Piala Dunia.
Selain tu, macam biasa la ada jugakla bazar dan pasar-pasar yang menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan, pokok bunga berpasu, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap.
Haa mesti ada yang cakap banyaknya aku tahu, bukan apa aku daah pun pergi search dekat website dia. So kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal FLORIA PUTRAJAYA 2014, boleh la korang:
Gambar-gambar kat bawah tu credit to google la
Come and join the excitement of FLORIA PUTRAJAYA 2014
The Gardens and the activities
Set the date and we see there on 14 June until 22 June 2014
Theme is Begonia
Jom lihat keindahan dan kecantikan nya
Wait and see
No comments:
Post a Comment