Thursday, April 8, 2010

final exam...


salam kawan2
mula2 nak mintak maaf
huhuhu

blog ku bakal dianak tirikan lagi
nak wat camne
pelajaran adalah perkara utama sekarang
so terpaksa weyyy
lupakan blog sekadar seketika
tapi seperti biasala kan


kadang2 ada gak aku berupdate
kalau dah tension berupdate la yer
hehehe

dah katenya menulis dapat hilangkan tension
hehehe


so tunggu dan lihat ajalah
semalam mograin ku menjengah lagi
lama jugak rasanya "ia" tak menjengah
tiba2 semalam
tanpa amaran "ia" datang lagi
eh2..pernah ke migrain ni bg amaran nak dtg???
hahaha


tapi takpe
sakit macam mana pun tetap maintain
kalau dulu sakit macam ni mula la nangis tak ingat
tapi sekarang
NO...NO...NO...
aku sudah biasa
hanya mampu telan pain killer dan bertahan
yeah!!!
aku boleh
hehehe



ishhhh
dah melalut panjang
niat sebenar hanya mahu berkongsi jadual examku yang memenatkan
hanya meminta belas ihsan
sekalung doa buatku
huhuhu
bantulah aku..doakan aku


ok nih jadual examku:

12/4-Natural product
13/4- Organizational behaviour
14/4- Industrial Organic Chemistry
15/4- Consumer

16/4--alhamdulillah selesai sudah!!!!


haaa
nampak x??
berderet ko...

aku harap korang doakan aku semoga:
aku terus sihat
aku boleh jawab exam
aku ditenangkan hati
dan semua2 la


hehehe


to all my friends
GOOD LUCK
ALL THE BEST

Wednesday, April 7, 2010

selamat hari lahir kakak ku...


salam
semakin hari semakin tak berupdate
kalau nak ikutkan banyk nak berupdate
tapi entahlah
semua benda malas skang ni


nak study pun malas
ishhh
tak boleh jadi ni
kena berubah ni
hehehe


ok berbalik kepada tajuk

hari ni 7 April 2010
genap 29 tahun
waaaa
kak, tua doh
boleh la tu makan nasi minyak
kami semua ni tak sabar nak dapat abang ipar ni
hehehe


kepada kakak ku:
selamat hari lahir
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
semoga mendapat apa yang diinginkan

selamat hari lahir




selamat hari lahir kakak



aminnn




happy birthday



happy birthday
all the best my sis




Monday, April 5, 2010

marathon movie

salam
apa khabar??
wah minggu final da start kat UTM nih
tapi aku tak startlagi paper
minggu depan first paper

alamak lupa lak nak post jadual exam
tunggu la kalau rajin aku update eh
hehehe


okeh!!
berbalik kepada tajuk
yer hujung minggu aku dihabiskan dengan movie
hahaha
marathon movie
tak sedar diri nak final
tapi sempat lagi tengok movie
aku pun tak tahu nape
hehehe


wat2 xtahu lak
hahaha


tiada alasan la
dah sajer2 nak tengok kan
sape suruh

masalahnya bukan satu tapi banyak
memang betul2 tak sedar diri nih
ish2 zunaidah ni
insafla....

lagipun kesian ctot download
takder orang nak tengok
hehehe

jom tengok cerita apa yang aku tengok



kiss me kill me
citer korea
tapi slow sangat la
sampai ngantuk aku tunggu apa la jadi lepas ni





adnan sempit
yang ni aku rasa ramai dah tengok ni
memang best
sakit perut aku gelak
hahaha
memang best



aeon flux
ni pun best



28 days later



28 weeks later
fuh tengok citer nih memang mendebarkan
memang best r



haaa
banyak tak??
tak pernah aku marathon movie camni
first time nih
hehehe


nak sinopsis??
cari la sendiri
mood malas menyerang
malas aku nak wat sinopsis satu2
hehehe
maaf yer kawan2

nak copy cerita pun maaf la
tak dok yer
semua dah delete lepas tengok
hehehe


itu saje

pics kredit to google....


anugerah bintang popular berita harian 2009


salam semua
aku baru je lebih kurang setengah jam la sampai bilik
gi tengok ABPBH 2009
semangat tu
tak pernah2 aku gi cari tv nak tgk anugerah ni
juara lagu pun aku tak tengok
dengar kat radio n tengok online jek
tapi entah nape
tiba2 rasa ak tengok
lagipun paper start minggu depan
apa salahnya kan
hehehe

aku tengok kat blog list aku ni pun da start dah update pasal ABPBH
aku rasa majoriti tengok kan
tak pun tunggu la esok
mesti kuar paper nya
hehehe


gila malas nak tulis nama panjang2 kan
biarlah da pagi2 ni
malas la pulak
hikhikhik


tapi pe pun tahniah buat DATUK CT kerana menyandang juara
tahniah2
buat FBI n FAFAU juga tahniah
aku memang terhibur la kalau dengar hotfm pagi2
memang best r dorang


tak lupa jugak kepada semua yang menang
tahniah



wah esklusif ni
aku wat entry
dah aku tengok aku wat la entry nya
heheheh

ok lastly tahniah tuk semua yang menang
tanpa peminat siapalah artis
hehehehe


ayat biasa kita dengar kan
hehehe


Sunday, April 4, 2010

lagi pasal presentation PSM


salam
PSM dah abis kan
tapi macam biasa la kan
aku baru terhegeh-hegeh nak update dalam blog
alasan adalah????
xder alasan lah kali ni
boleh??
hehehe


PSM dah abis
penutup pun dah
tapi entry nyer belum kuar2 lagi
apakan daya aku hanyalah manusia biasa
hahaha


entry pasal majlis penutup nanti2 la
itu pun xtahu bila
kalau mood ner ado memang cepat la
kalau idok memang lambat lagi la
huhuhu

ok jom tengok gambar yang aku snap sepanjang present PSM
jom2 tengok
paksaan ni..
hehehe






da tayang kan
tapi nak gak tayang lagi sekali
heheh
kenangan ni buku nih





zoom sikit
SIMPOSIUM PSM




eh mane presenter ni???




haaa
ada pun
sape ni eh
xcam la pulak...
huhuhu
acik rabun huhuhu





penonton yang datang




makan2 first day
seronok lagi ni
yang dah lepas memang syurga la rasa
hehehe
pe pun makan tetap makan
makanan free kan





makan time
masa ni yang dah lepas lega la
yang belum memang dup dap dup dap
huhuhu
termasuk la aku




fana n aku




sape bentang ni haa
jap2 macam kenal
haaa da ingat masa ni shuhad present





suasana para penonton
macam2 gaya ada ni





hajar n yanti




ish
yanti ni amik gambar tak kasi tau
kalau x leh senyum,
hehehe
"eh2 idah...org present kat depan tu.."





yanti n kak fariza
tq kak run kan GC MS sy
hehehe dan2 tu ucap terima kasih
huhuhu





haaa
seperti biasa
kita akhiri dengan gambar aku la kan
hehehe
aku n pye
tersenyum riang


alhamdulillah abis sudah PSM
penutup pun dah abis
nanti aku upload gambar lagi

tunggu...........


indahnya pertemuan itu


salam
maaf xberupdate
mood kelaut
so nak update pun malas
huhhuu

wah
ni mesti ada yang kata pertemuan apa lak ni
ish tak boleh jadi ni
pertemuan idah dengan bakal mak mertua ke??
hehehe
takder la
belum ketahap itu lagi


tetapi pertemuan di alam mimpi
tetapi pertemuan yang ku tunggu2
sangat indah pertemuan itu walaupun hanya dialam mimpi
tetapi aku sudah berpuas hati
alhamdulillah


haa
mesti tertanya-tanya mimpi pasal sape la yang indah sangat tu kan
hehehe
indah la sebab sudah lama aku inginkan mimpi ini
sebenarnya aku mimpikan mama
masih ingat entry INI

aku mimpikan mama
memang sebelum ni ade gak aku mimpikan mama
tapi mimpi kali ni sangat berbeza
mimpi kali ni sangat indah
mimpi mama peluk aku
mama kiss aku
mama cakap mama sayang aku
mimpi yang panjang dan menggembirakan aku


aku happy sangat
sedar2 tengok jam kul 4.30 pg
moga2 ia bakal menjadi kenyataan
insyaallah

memang best la
klu ikutkan nak jer aku sambung tdo
n sambung balik mimpi tu
tapi mimpi mana la boleh sambung2
huhuhu


aku memang happy la
tapi kenapa kelaut moodnya hari ni??
kerana aku sangat rindu nak balik rumah
huhuhu


rindu ma + rindu adam n amin + rindu mama + rindu adik2
maka mood pun ke laut
huhuhu



Friday, April 2, 2010

alhamdulillah akhirnya aku berhubung kembali dengan nya


salam
selepas lebih kurang 2 tahun
aku tak dapat nak contact mama
memang lost contact
aku tak tahu kenapa

ada saje halangan nya
aku mesej jarang sekali delivered
dan itu menandakan mama tak dapat pun mesej aku
tapi aku tak pernah putus asa
walaupun tak pernah delivered mesej tu
aku still hantar mesej
tanya khabar berita n ucap birthday setiap tahun


mungkin ada yang kata aku bodoh
melakukan sesuatu yang aku pasti orang tu tak dapat menerima nya
tetapi bagi aku itulah kepuasan yang aku dapat

bila aku rindu mama aku mesej
bila aku mimpi mama aku mesej
bila alarm set 19 Mac berbunyi aku tetap mesej mama
walaupun selepas 3 hari mesej sending failed
aku tetap cuba


hanya itu yang dapat mengurangkan perasaan itu
setiap kali solat aku doa
moga2 aku dipertemukan kembali dengannya
aku mahu berhubung kembali dengannya


alhamdulillah
2 hari lepas aku terjumpa FB mama
masa aku tengok gambar tu memang xpercaya
aku tengok berkali-kali
dan hati aku terdetik "yer ni mama aku, mama yang aku cari"

malam tu memang aku betul2 bersyukur
doa aku termakbul
menitis air mata tanda kesyukuran
Allah menerima doaku
memang tak tergambar dengan kata-kata
apa perasaan aku malam tu


alhamdulillah
aku mampu berhubung kembali dengan mama


mungkin ada yang mengatakan kenapa aku sayangkan mama??
aku tiada jawapan itu...
walaupun aku tidak berjumpa dengannya sangat lama
tetapi perasaan sayang aku terhadapnya masih sama
masih seperti dulu
aku amat menyayanginya
sangat merinduinya saat ini



kepada mama:
kalau mama baca blog idah ni....idah mintak maaf dengan mama banyak2...mungkin ada salah yang idah pernah lakukan kepada mama...mama sentiasa dalam ingatan...idah rindu mama,..kirim salam kat abah..mama, i love u n miss u so much!!!




perginya penghibur tanah air AL-FATIHAH

salam
jam 12.30 pagi tadi
perginya seorang penghibur tanah air
iaitu din beramboi
celoteh beliau di radio bakal di rindui ramai pihak
berita DISINI

Thursday, April 1, 2010

presentation Final Project


salam
akhirnya beban dan debaran untu projek telah tamat
alhamdulillah
akhirnya berjaya jua

tapi apa pun itu merupakan satu pengalaman
pengalaman yang tak mungkin dapat diulangi lagi
pengalaman yang mendebarkan dan menguji diri

tarikh 30/3/2010 tak kan ku lupa selamanya
tarikh dimana aku membentangkan hasil kerja ku
saat itu gugup, debaran, cuak
semuanya berada ditahap maksimum


sampai tido pun mimpi2 supervisor
memang tido pun xlena
alhamdulillah
semuanya berakhir

sekarang hanya tumpu perhatian kat final exam
mood nak study final belum jua datang
uhuhu

macam mana ni
ish tak boleh macam ni
jom study kawan2
:-)


kami semakin erat bersama-sama


salam semua
selamat pagi
masih berterusan dengan kisah persahabatan kami
adakah yang bosan??
baru 2 entry
tak kan dah bosan kot
hehehe


kisah ini mengenai:
indahnya persahabatan yang dianugerahkan oleh NYA
rentetan peristiwa bagaimana kami menjadi sebuah "keluarga"
anda cubalah membentuk sebuah keluarga bersama rakan2
insyaallah, indahnya perasaan itu tidak akan kamu kesali
bahkan akan anda kenang selamanya

kisahnya tidaklah sehebat mana
tetapi tetap hebat dihatiku
dan ku coretkan ia disini sebagai kenangan dihari esok
andai kami tidak lagi sehaluan
ataupun andai kami terpisah kelak

coretan2 ini boleh ku jadikan sebagai salah satu sumber untuk mengembalikan kenangan yang pernah kami lalui bersama

penilaian setiap orang berbeza
setiap orang mempunyai cara masing2 untuk menyimpan kenangan
dan ini merupakan caraku
berkongsi kenangan dan pengalaman indah ini bersama teman yang lain
agar anda juga dapat merasai betapa indahnya sebuah persahabatan
betapa berharganya sebuah ikatan persahabatan


ini aktiviti ke-2 kami selepas kami dibentuk dan dididik
yang terlepas aktiviti pertama


aktiviti ke-2:
ejen minggu haluan siswa 2008/2009


***hari berangkat ke APBM

sebelum kami menjadi ejen untuk pelajar baru
kami perlulah dilatih terlebih dahulu
di latih dari segi fizikal dan mental
kem yang mencambahkan lagi keakraban kami
kem di APBM PD selama 3 H 2 M

masa ni memang ada yang kata kami macam berpuak
yer la kemana saje kami bersama2
masa nak pegi sana kami satu bas, tdo pun satu bilik
***laki perempuan asing la yer...nanti ader lak yg salah paham...
memang semuanya bersama2...



***di APBM

gambar atas tu sebenarnya hari last kem tu
dan yang kat bawah tu kami bergambar depan bilik kami
semua sekali satu bilik
takder pun yang berpecah
memang berpuak
hahaha



kami bahagia bersama
lalalala



***minggu haluan siswa 08/09

ni dah mula MHS nyer
ang kat bawah tu la sebahagian barisan ejen yang ada
sebahagian gambar bersama2 adik2 junior


diorang semua ni dah tahun 2...
dan bakal ke tahun 3 sem depan
dah nama nya first year kan
haruslah semua muka baik2
hehehe
adat la tu
=)



yang pakai vest UTM tu semua ejen
haaa
memang best masa ni

waktu inilah berlakunya "percambahan" itu...
hehehe
=)



kepada sahabat2 JKM 08
masihkah anda semua ingat kenangan ini?????

seperti kata2 yang kupinjam dari saudara pjoe

"KITA BUKAN TAK INGAT KISAH-KISAH LAMA,
TAPI KITA PERLUKAN SESEORANG YANG SUDI UNTUK MENGINGATKANNYA.
KENANGAN ITU MENJADI INDAH BILA KITA MENGENANGKANNYA.."


insyaallah
sambungan bakal tiba..
kalau aku terus bersemangat...