Wednesday, May 21, 2014

Flaming Steamboat Shah Alam

Minggu lepas aku dan member-member ofis (Aisyah, Ida, Wawa dan suami serta anak, Bobo, Mastura and Safuan) pergi makan steamboat. Lama dah plan since last makan-makan dulu kita ikutkan la member-member nak berkumpul nak rapatkan silaturrahim. Dulu pergi Pak Usu Steamboat Seksyen 13 Shah Alam, kali ni ingat nak pergi Flaming Steamboat. Semuanya duk bergendang kat telinga aku, "Jomla kita gi makan-makan", "Cepat la cari tempat kita nak gi makan-makan". Semua memang bergendang kat aku sahaja, yang lain tukang follow saje. So kebetulan la masa duk cari-cari tengok kat MYDEAL ada wat offer berapa percent aku dah lupa tapi harganya sekepala RM22 sahaja. Tanya-tanya semua nak tak pergi semua setuju aku pun beli la voucher tu, aku tempah sekaligus, senang sekali kerja tak payah fikir banyak kali aku pun tak banyak kerja.

Kami semua pergi hari Sabtu, sebab pergi hari sabtu awal-awal kat voucer MYDEAL dah cakap kena bayar surcharge RM3. Still murah dari original price. Macam biasa makan takder la sangat (**tapi takder pun cam banyak jugak..hahahaha) tapi borak-borak, gurau senda tu yang berharga dan yang paling-paling berharga kenangan tu. Kalau pergi lain kali pun tak mungkin sama. . Bila next makan-makan pun tak tahu dah. Lagipun kebetulan Aishah last bulan 28/5 so kira sekali harung la raikan Aisyah.


Sape yang teringin nak pergi boleh la dapat maklumat dengan KLIK SINI for website and for FB KLIK SINI.

Jom lah kita tengok gambar yang banyak kat bawah ni tapi tak teratur ikut kronologi la yer. Malas I nak susun.



Ni iklan yang aku amik kat website Flaming Steamboat




Of cos mula dengan gambar I dan Ida




Aku pun tak tahu mana hil;ang gambar menu yang lain.
Tengok air pun jadilah yer.




Coffee and Tea




Nina a.k.a Bobo and Mastura





From Left: Mastura, Aisyah and Ida





Aisyah semangat la tu





Wawa dah nak balik kot masa ni.





Sebab Saif dah tdo tak boleh nak lama-lama




\

Semua dah licin, baru boleh bergambar dengan tenang






Mastura yang sentiasa kena buli





L-R:Bobo, Mastura, Aisyah, Ida belakang




Tambah aku jer




Haa ada pun  gambar safuan






Lepas ni malas nak tulis caption dahhhhh


























Us without Pak Epul (Suami Wawa) n Saif (anak Wawa)










Insyaallah moga kita boleh makan-makan next time.
Insyaallah






Tuesday, May 20, 2014

Festival Belia Putrajaya 2014

Festival Belia Putrajaya 2014 kembali lagi, seperti yang diwar-warkan di TV, radio, FB semua jenis media massa kini, semua pun tahu Festival Belia Putrajaya 2014 akan berlangsung pada 23,24,25 Mei 2014 di Persiaran Perdana Putrajaya.

Seperti tahun lepas Festival Belia, salah satu aktiviti nya adalah dengan adanya Jom Heboh. Tapi Jom Heboh bermula lewat sehari iaitu bermula 24 Mei 2014. Banyak aktiviti yang menarik sepanjang berlagsung Festival Belia kali ni. Bila aku pergi website Festival Belia banyak sangat aktiviti nya, tapi nak suruh aku cerita kat sini macam malas pulak. Apa kata korang rajinkan diri pergi baca kat website dorang.

Secara ringkas Festival Belia 2014 akan dibahagikan kepada empat arah iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat. Setiap bahagian akan ada aktiviti dan artis yang berbeza. So korang boleh gi terjah awal-awal website dorang untuk korang decide kat mana korang nak pergi. Tapi kalau korang rasa korang larat dan mampu untuk pergi keseluruhan tempat tak payah search bagai, kiranya buat suprise la tengok apa ada kat sana, kira cam asyik terfikir apa yang ada. Baru la best, tapi aku cakap awal-awal aku memang mustahil ok, mustahil nak habiskan semua tempat dengan keadaan orang yang ramai dan jauh-jauh. So awal-awal aku akan pilih kat mana yang aku nak terjah. Pergi tempat yang nak tengok jer, yang lain tunggulah lain kali kalau panjang umur. Insyaallah.

Untuk maklumat lanjut untuk korang, korang boleh la gi terjah website Festival Belia 2014 dan FB Festival 2014.

Untuk aktivit sepanjang Festival Belia 2014 korang boleh KLIK SINI


Seperti biasa aku sajikan kat korang serba sedikit la pasal Festival Belia 2014 and as usual TQ EN Google.




Festival Belia dari belia untuk belia




Save the date memeriahkan suasana



Cantik-cantik image untuk Festival Belia 2014 ni so aku tempek banyak-banyak buat kenangan.



Several activities
Full activities CLICK HERE




Ni map untuk guna pengangkutan awam
Maklum saja lah tempat yang ramai lagi baik guna pengangkutan awam, kurangkan jem




Tempat-tempat untuk kempat-empat bahagian
Utara, Selatan, Timur, Barat



Last but not least, kepada semua penggemar buku, pengggemar Big Bad Wolf ini berita baik sebab The Wolf is Coming to Fesrival Belia Putrajaya 2014.
Ini jugak salah satu booth yang aku akan terjah nanti. Beli buku tak pe tak basi kan.



So sape-sape yang nak pergi tu bolehlah rancang perjalanan anda. 




Monday, May 19, 2014

Floria Putrajaya 2014

Ahad lepas gi Putrajaya sebab nak ambik IC adik Ida. Masa on the way nak pergi banyak la jalan yang tutup. Pusing-pusing nampak billboard countdown Floria Putrajaya 2014. Sejujurnya tahun lepas aku tak pergi pun Floria, nak pergi tapi asyikla tertangguh sampai sudah tak pergi-pergi. Tahun-tahun sebelum tu semua pergi tapi tahun lepas jer tak ingat pasal apa tak pergi. Tahun ni tengok jer billboard Ida dah ingatkan nanti pergi google tengok tema apa, buka pukul berapa, dari bila sampai bila.
Untuk pengetahuan semua Floria Putrajaya 2014 akan diadakan di Pesisiran Presint 4, dibuka kepada  lawatan umum mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi – 10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).
Tahun ni tema adalah Bunga Begonia atau asam batu yang  berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika. Floria Putrajaya 2014 merupakan tahun ketujuh acara ini diadakan, Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pihak penganjur memang sedang giat membuat persediaan. Sekarang kalau korang gi Putrajaya memang boleh tengokla persediaan dia.
Menurut laman web Floria Putrajaya tahun ni diorang nak buat kelainan sebab peserta pameran akan diberi tema rekabentuk seperti  Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman MelawatMalaysia dan Taman Piala Dunia.
Selain tu, macam biasa la ada jugakla bazar dan pasar-pasar yang menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan,  pokok bunga berpasu, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap.
Haa mesti ada yang cakap banyaknya aku tahu, bukan apa aku daah pun pergi search dekat website dia. So kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal FLORIA PUTRAJAYA 2014, boleh la korang:



Gambar-gambar kat bawah tu credit to google la



Come and join the excitement of FLORIA PUTRAJAYA 2014




The Gardens and the activities




Set the date and we see there on 14 June until 22 June 2014



Theme is Begonia
Jom lihat keindahan dan kecantikan nya

Wait and see



Thursday, May 15, 2014

Sports Fair IOI Mall Puchong

Assalamualaikum semua. Hari lasa ari tu cuti sempena Hari Wesak kan. So dah namanya cuti kan makanya kepala ni duk la pikir nak gi mana. Walaupun duit takde takpe yang penting kita gi jalan. Biar mata ni tengok dan diri ni boleh berjalan semua settle. Aku kan jenis takder duit takpela tak payah beli kita tengok jer. Nak beli aim jer dulu nanti ada duit kita beli. Jangan nak ikut nafsu membeli sangat. Hahaha baik kan aku. (**~~~)

Ngam-ngam pegi ada sports fair kat IOI so gi la tengok apa yang murah dan boleh dibeli. Eh ada duit ke??Takpe gi tengok dulu Ida nak tengok swimming suit. So kira cun la niat dan ada pulak sports fair ni. Sape2 yang nak beli barang bersukan boleh pergi la, sempat lagi. Sports Fair ni sampai 25 May. Sape nak cari raket, bag, swimming suit, goggles, t-shirt, short dan macam-macam yang berkaitan dengan sport boleh la terjah. Murah ke tak jawapannya murah. Ada sale kan, sape member Aeon tu ada sale up to 70%. So pergi la terjah. Swimming suit pun murah jugak, yang dewasa ada yang kanak-kanak pun ada sale. Tinggal pilih dan bayar saje.


Orang pun tak la ramai sampai laga bontot ke apa, tak ramai sangat, still selesa memilih.


Ida, of course la aku yang paksa dia jadi aku nyer model
hahaha





yang ni aku tak tahu dia memang buat or bengang aku suh berdiri situ nak ambik gambar










Meriah dengan barang
orang tak ramai pun









Serbu la ramai-ramai IOI Mall Puchong for Sports Fair 8 May-25 May 2014.




Wednesday, May 14, 2014

Nur Iman Amani

For the first time I introduced kesayangan aku yang tak pernah menjengah dalam blog aku nih. aku tetap nak masukkan satu entry khas untuk Iman. sebab nanti Iman besar boleh Iman baca dan tengok betapa comel dia dan menghiburkan hati kami semua.

Iman sekarang almost 3 years old.
Dah besar, makin banyak akal, makin banyak cakap dan terutama makin dirindui.


Iman n Uteh

















Peace yang sentiasa tutup muka






Tuesday, May 13, 2014

Tutti Frutti Vs Big Apple

Masih berkisar cerita yang dah berminggu-minggu. Kira habiskan yang lama kat draft ni baru kita bukak cerita baru la ye. Nasibla kan mood nak update pun lemau jer memang tak boleh nak cakap apa la. So just follow the flow la kekdahnya. Hari minggu dua ke tiga minggu lepas kami (Ida, Aku n Gie adk ida) gi jalan-jalan, kiranya menghabiskan masa hujung minggu dan juga kita kenen-kenen la suh Mek Gie belanja. Orang kan dapat gaji baru. So apa salahnya kan belanja I ni moga murah rezeki.


Macam biasala kita gi yang dekat-dekat sudahla, kami gi Alamanda je. Jalan-jalan tanpa tujuan eh ada tujuan, tapi bukan tujuan aku la tujuan mek gie, dia nak beli seluar dan aku memang berjalan tanpa tujuan. Dah jalan-jalan memang mata tu melilau jer la mana nak makan, mana nak stop rehatkan kaki dan mana tempat nak suh mek gie belanja.

So end up mesti tempat kegemaran I la kan ke mana lagi ke Tutti Frutti dan ke Big Apple. Apa lagi yang aku suka semestinya makan kan.





ni I dan Ida punya.Mesti share sebab kalau beli sorang satu nanti tak habis.
Adat manusia atau lebih tepat aku la, makan nak berebut jer. 
Sorang satu xsyok. Kalau tak cukup baru gi beli sebekas lagi.
Then share lagi. Pelik memang pelik tapi Aku memang gitu. 
Dah namanya suka Strawberry kan so mestila ada buah ni.




Ida makan



Mek Gie dia makan sorang 
tak de orang nak share dengan dia


Happy la tu Zuraidah dapat makan aiskrim yogurt, nama yang Ida bagi untuk Tutti Frutti




Aku n Gie



Big Apple 3 pcs
Sorang satu kira cukupla



see kan cakap kesukaan dia
Kusyuk kau



nak letak gambar ni fikir banyak kali nak letak tak
tapi gasakla I letak sahaja
I n alien Big Apple
Marvellous




Monday, May 12, 2014

Kuih-muih Kelantan

Bila balik kampung banyak sangat wishlist yang nak ditunaikan. Salah satunya adalah memenuhi kehendak rasa hati yang rindukan makanan kelantan. Every time balik kampung wishlist memang berjela tapi dapat ke tidak biasanya akan bergantung kepada masa dan peluang. Kenapa macam tu biasala ko balik kampung dah sah-sah bukan tujuan untuk makan kan, mesti banyak tujuan dan kerja lain yang lagi penting nak settlekan. Makanya makan ni kira tak berapa nak penting la, yela kalau tak dapat tunaikan kira boleh la tunda bila balik lagi bukannya sekali tu jer pun ko balik.

Alhamdulillah balik hari tu berkesempatan nak memenuhi rasa kebetulan pulak kal chek nak gi Kota Bharu so kirim la mana yang dapat. Kira cam dah lama jugak nak makan ni. Tapi asyikla tak sempat so ni boleh kira rezeki la kan.

Jom I Introduce to you all
Kuih muih
......

..

..

.
.
.


.


Kuih Tahi Itik
orang lain panggil apa aku tak pasti
ni ubi keledek lenyek manis



Ni close up dia




Kuih Bunga Tanjung




Ketupat Daun Palas





Jala Emas





Haa ada yang teringin tak??