Friday, December 12, 2014

Makan-makan at D'Kayangan Buffet Steamboat

Salam semua!! Bulan Oct ari tu aku join reunion spectrum makan Steamboat. Boleh ke kira spectrum sebab yang anjur dan join hanya geng-geng aku je (geng selok ngango). Hahaha.  Kira halal la kan. Dah lam jugak tak makan steamboat, last aku pergi makan steamboat dengan kawan-kawan spectrum jugak bulan 5 aritu. Tapi ni geng yang masih di Spectrum. Ni pergi makan steamboat lagi tapi pergi try tempat lain pulak. Try makan kat D'Kayangan Steamboat. Ni first time la aku pergi, masa nak pilih tempat ni macam-macam la cadangan dan halangan tapi Alhamdulillah akhirnya terlaksana reunion geng selok ngango siri 1. 


Cerita pasal geng selok ngano next entry la yer.



Intro of course la gambar kami.
Tema pink tapi bila semua dah kumpul takder pun temanya.
Menyampah betul!!





Wa, aku jaja gambar laki mu!!
Yes, D'kayangan steamboat adalah pilihan jalan-jalan cari makan





















Ni antara makanan yang aku snap.
Ada la beberapa lagi tapi spoilt mood aku sebab panas.
Tempat kitorang duduk tu memang panas giler.
Suruh on kipas pun on sekejap je.
Lepas tu tutup, kedekut @@$$**!!
Geram betul, lagi satu memang aku tak puas hati la sebab tak banyak choice pun.
Saiz pulak alahai keciknya.. hurmmm..
Kalau compare dengan flaming steamboat lagi banyak choice and makanan kat flaming.
Memang spoilt betul la.
Tak seperti yang dibayangkan.
Sebab sebelum nak pilih tempat tu aku la yang google dan baca review orang.
Tapi bila pergi ermmm tak best nya!!!!!
Menyesal pun ada tapi tak pe lah at least dapat jugak kami berkumpul.
So redha je la, lain kali tak pergi dah.




Nak, jamu mata!!




Thursday, December 11, 2014

Happy Birthday to me

11.12.14,
Selamat bercuti warga Selangor.
Selamat Ulangtahun Keputeraan Tuanku Sultan.
Happy birthday to me!!



















Nak kek!!
Nak Hadiah!!

Sekian!!


Wednesday, December 10, 2014

Mycybersale 2014

Mycybersale 2014, berlangsung 29 Sept - 1 october 2014, yes I know, ini cerita 2 bulan lepas. Takpela kan 2 bulan punya cerita pun asal niat nak kosongkan draft ni. Draft bersepah tapi publish nya tidak.

As usual aku kan pantang dengar perkataan sale, apa lagi memang tangan ni laju jer nak gi cari. Masa nak berlangsung tengok orang update kat FB pasal mycybersale ni, so aku pun teringin jugak nak mengambil bahagian. 



credit to en google.
YES It is Malaysia's Biggest Onlline Sale.




Aku beli buku jer
Bukan beli benda lain pun.
Aku beli novel dan majalah.
Novel ada sale jugak.
Majalah aku beli sebab majalah harga RM 1 jer sebuah.
Murah kan. So tak rugi pun beli.
Beli dulu baca ke tak belakang kira.




Novel









Majalah





Macam-macam beli.


Semua total hanya RM 100.50.

Murah sangat!!
korang beli apa time #mycybersale ??



Tuesday, December 9, 2014

Print Gambar at Photobook

Salam. Sapa-sapa yang megikuti aku dari dulu memang tahu aku suka print gambar via online. Alasan aku masih sama sebab senang, cepat, tak payah tunggu dan sebagainya. Banyak la kelebihan kalau online, yer la aku kan memang dasar pemalas.

So sebelum ni aku memang print via eoe online. Ni kira kali kedua aku guna servis photobook. First time masa buat soft cover photobook yang aku dapat free kat groupon tu. Kali ni pun aku beli voucher dia agak lama dah. Beli masa photobook ada buat promotion buy 1 free 1. Maknanya beli 100 pcs pric pic ko akan dapat lagi 100 pcs print for free. Itu voucher yang aku beli. Macam biasa nak expired voucher baru hegeh-hegeh nak buat. Masa aku submit project ni lagi 2 hari nak expired voucher dia.

Kalau yang kreatif suka kot print via photobook ni. Bagi aku yang tak berapa kreatif ni malas weh, nak edit photo bagai. kalau memang korang aim nak print edited photo, yes photobook ni adalah yang terbaik. Kalau sekadar nak print aku lagi prefer eoe online. Tapi masa aku beli voucher aku tak tahu pun purpose dia. So aku beli sebab murah. Walaupun tak menepati apa yang aku nak, still aku sangat berpuas hati dengan servis dia. Kebetulan pulak masa nak print tu aku baru lepas pergi Red Carpet I-City, so kira cun la tengah banyak gambar boleh la aku edit semua tu. Perancangan Allah tu memang indah kan!!





Packaging still sama.
Kemas!!





100 pcs.
Dia akan bagi preview semua gambar yang korang print for free.
Bagus kan





Preview
















Sekian!!






Sunday, December 7, 2014

Red Carpet I-City Shah Alam Part 1

Salam semua. Mood tengah rajin kan. Kita clearkan semua draft yang ada. Aku buat 2 part la senang, ni sampai cerita sebelum masuk dalam red carpet. Isi dalam red carpet aku buat part 2 yer. So yang part 1 ni korang tengok la apa yang ada. Agak-agak bosan scroll laju-laju yer.

Aku pergi dah lama, cuti Hari Malaysia kalau tak silap. Tengok bulan 9 punya cerita baru hari ni baru aku nak publish. Memang la menyesakkan jiwa orang yang nak baca. Tak pe gambar-gambar ni tak basi pun kan? So korang buat-buat baca ni macam cerita baru batu berlaku minggu lepas la. Hahaha.

Orang lain dah berkali-kali pergi sejak dibuka kan, aku ni la baru nak pergi. Dah pernah terbakar pun kat Red Carpet I-City tu. Aku baru nak sampai.Tak pe lah yang penting sampai jugak kan. Jomlah tengok gambar, aku tahu korang penat kan nak baca apa yang aku taip kan? Aku paham sangat lah.





Of course gambar sebelum pergi kena ada.
Senang nak rujuk di masa akan datang.





Parking agak mahal.
Kalau tak salah ada dua rate:
Sebelum 6 ptg dan selepas 6 ptg.
So aku pergi pagi satu jam RM 3.
selepas 6 ptg kalau xsilap 1jam=RM5 kalau tak silapla.
Aku pun ingat-ingat lupa la,





Happy la dapat pergi I-City





Red Carpet




Ni semua lepas pukul 6 baru buka.
Pagi-pagi takde.





Sini permainan budak-budak.
Orang tua boleh tengok jer





Pagi lagi aku pergi, orang tak ramai pun lagi.





Lain sangat dah I-City daripada yang aku pernah pernah 3 tahun lepas.
















Nah aku belanja peta I-City kat korang


















Kami






Nah operation hour Red Carpet kalau sesiapa berminat nak pergi.
Tapi masa ni aku fikir malam-malam mesti seram kan sebab banyak patung.
Dasar penakut!! Hahaha







Rate Red Carpet
Ni harga beli kat kaunter.
Aku beli online murah sikit. Tapi berapa tak ingat.
Rasanya lebih kurang sorang RM3 kot beza dia.
Kalau berminat nak beli online boleh pergi SINI
Ada less sedikit berbanding beli kat kaunter.
So boleh la kalau yang pergi ramai.
Jimat la jugak.


Patung-patung dan kami tunggu part 2 yer!!!


Sekian






Friday, December 5, 2014

Safi Balqis White Trilogy 2 in 1

Salam semua. Rindu aku kan?? ok takpe meh aku mengubati kerinduan korang. Seingat aku sepanjang aku ada blog tak pernah kot aku review pasal pencuci muka yang aku pakai kan. Kali ni aku nak blogkan sebab aku rasa pelik sangat masa pakai dan aku terpaksa google sebab nak tahu sebab dia yang pelik tu. So meh la aku pulak share apa yang aku rasa pelik.

Nak dijadikan cerita aku dah bosan pakai pencuci muka nivea so alang-alang dah habis aku pun ajakla Ida gi Guardian. Kira cun la dapat gaji pencuci muka habis, so jomla kita gi tengok apa yang berkenan di hati. So tengok-tengok aku nampak pencuci muka ni " Safi Balqis White Trilogy 2 in 1". 2 in 1 sebab pencuci + toner. Kira ko pakai ni tak payah pakai toner. Berkenan dah masa ni. Tambah pulak botolnya cantik. Memang betul la packaging jadikan peranan nak menarik perhatian pengguna. 

Nampak lawa kan, teringin la nak try. Pagi esoknya terus pakai, masa pakai tu "eh, apasal berangin jer muka aku ni". Pastu aku cerita kat Ida, aku pun fikir masa tu aku baru tukar pencuci muka kot. Esok-esok ok kot. Hari seterusnya pun sama, rasa berangin jugak. Terus tak sedap hati baca semula label mana la tahu aku ni tersalah beli benda lain. Baca banyak kali still tak jumpa jawapan, still sabar lagi sebab fikir muka aku ni sensitif kot. Bila hari ketiga pakai pun berangin, apa lagi cakap kat Ida "esok saya nak google pasal pencuci muka berangin ni. Asal la berangin ke muka saya ni yang masalah".  Google la aku dengan gigihnya, jumpa review ramai blogger pasal pencuci muka ni. Memang berangin. Orang lain pakai pun sama. So bukan masalah aku la kan, lega lah rasa.

Tapi serius aku pakai dah beberapa hari ni, aku still tak boleh terima kenapa pencuci muka kena berangin bagai. Menyesal pun ada tak google dulu pasal pencuci muka ni. Kalau aku tahu berangin tak nak aku beli. Tapi dah beli kan pakai je la sampai habis, nak buang sayang pulak duit aku. Ke ada yang nak?






Gambar ihsan en google
Cantik kan?
sapa-sapa tengok pun teringin nak try.
aku beli yang ni la.






Ni lagi satu jenis yang ada.
tapi aku lagi berminat yang oren tu, so aku beli oren.


Sekian!!



Friday, October 17, 2014

Tomyam

Assalamualaikum semua. Semua rindu aku tak. Wahh gila lama malas update. Macam terlupa ada blog pun ye jugak. (eh bukan aku memang selalu lupa ke??). So alang-alang dah lama kita kasi up entry yang menyenang kan mata. Kasi yang lite-lite dulu.

Yang heavy-heavy (apa yang heavy aku pun tak tahu) kita up kendian. So meh aku bagi korang tengok kenikmatan tomyam yang Ida masak.

Masak tomyam ayam+cendawan+cauliflower+carrot. Pastu nak makan dengan nasi boleh, dengan mee boleh, dengan bihun pun boleh.





Nah. Letak maggi jadilah maggi tomyam







Letak bihun pulak
Dua-dua pun sedap.



Sekarang macam-macam nak fikir. Takpe rezeki Allah ada dimana-mana.

Sekian!!


Saturday, September 20, 2014

Open House 2014

Ada yang terkejut tengok tajuk tu? Mesti ada kan. Hahaha. Memang aku buka tersalah type or tersalah letak tajuk. Itu memang tajuk dia. Boleh pulak satu entry ni termiss. Takpelah sesekali kita buat entry #TROWBACK.



Ni open kedai Kak Yah kat medan selera.
Ni pinggan ke-2. Pinggan first tak snap sebab excited sangat nak makan sampai lupa nak snap.
Pinggan pertama adalah nasi minyak.
Kedua ayam bakar dan bihun sup.






Ke-3 nasi impit + kuah kacang + puding + Teh O
Alhamdulillah kenyang







Ni Open house rumah Wawa











Aku masak ni
Sedap. Sendiri puji.











Menu rumah wawa













Bawak Iman beraya






Sekian.