Monday, December 29, 2014

Mini Sewing Machine

Tajuk bahasa inggeris sekali sekali. Bukan apa aku rasa macam tak menarik nak letak tajuk " Mesin Jahit Kecil" tak best kan? So tak pelah baca title bahasa inggeris sekali tengok isi kandungan awat bahasa melayu. Tak pelah kawan-kawan, bahasa melayu kan bahasa ibunda. Ecehhh dan-dan kan. Hahaha. 


Ok-ok jom la kita tengok apa yang aku nak share dengan korang. Seperti tajuk diatas, aku ada beli Mini Sewing Machine bulan lepas. Ala masa online revolution tu 11.11.2014 kat Lazada. Murah jer aku beli ni RM39 sahaja.


Aku ni macam biasala hobi selalu berubah-ubah, memang dasar kan tak tetap pendirian macam tu la. Agak lama jugak aku duk usha mesin jahit mini ni. Ada la lebih kurang sebulan. Yerla tetiba aku jadi minat sangat nak menjahit baju. Minat punya pasal mula la google sana-sini pasal mesin jahit. Nak beli yang gabak terus Ida tak kasi. Katanya aku ni tak pandai, nanti dah beli rasa susah aku dah jadi malas. Dah namanya nasihat daripada sahabat yang lebih memahami aku, kita dengar la. So cari yang murah-murah sahaja. Kalau last-last terbiar pun tak der la menyesal sangat. hahaha.





Jumpa yang ni. Murah sahaja.
RM 39
beli pun COD senang.
barang sampai pastu bayar










Ni lah rupanya.
Masa dapat memang tak payah cerita la excited dia.
Berkobar-kobar. Standard la benda baru. Mestila semangat.
Macam-macam nak buat.
Hahahaha.







Aku suka Lazada ni.
Cepat servis dia.
Dalam masa 2 hari aku dah dapat barang ni.
Kemas jer packaging dia.






Taraaaa inilah dia mini sewing machine aku.
Comel jer.
Excited punya pasal, dapat petang tu, balik malam tu terus try.
Malam tu jugak jahit baju koyak, siap gi cari baju-baju nak jahit.
Memang semangat habis lah.
Tapi aku rasa ni perasaan normal kan? semua orang pun camtu kan!!!







Ok lah so far aku boleh jahit yang mana koyak.
Masa beli dia akan bagi percuma adapter, food pedal, tempat letak benang dan jarum.
Ok lah tu, sesuai untuk beginner macam aku ni.


So selepas sebulan korang agak-agak apa yang jadi dengan mesin jahit ni????


















Mesti korang ingat dah rosak???
TIDAK!!!
Masih elok berkhidmat.















Tapiiiiiiiiii agak terbiar dah!!!!
Semangat dah makin hilang.
Memang Zunaidah sangat lah.!!!
Nasib baik dengar nasihat Ida.
 Tak de la rugi sangat!!

Nasihat aku untuk yang berminat nak beli, boleh beli.
Ada banyak kelebihannya.





Ok bye!!


Wednesday, December 24, 2014

Masak dan Makan

Salam, amacam entry pagi semalam? Ada yang mengidam tak? Kalau mengidam maafkan aku. Tapi aku memang sengaja pun nak suruh korang teringin. Hahaha. Kejam sungguh blogger ini.

So aku still nak up gambar makanan yang ada dalam handphone aku ni. Aku nak clearkan gambar dalam phone tapi sebelum tu meh la aku abadikan semuanya di sini.


Sila kan!!!!











Ingat entry Halfest 2014?
Ingat Steak Hub?
Tak ingat pergi terjah entry berkenaan.
Ni fish and chips. Stock terakhir yang kami beli kat Halfest 2014.






Spagetti goreng
Ida masak







Homemade burger special
Aku masak
Abaikan ketidakcantikan burger tersebut







Burger buatan sendiri memang memuaskan hati






Bihun sup.
Tak pasti ni memang buat bihun sup ataupun sup tu balance daripada sup yang dimakan dengan nasi. Faham tak ayat aku nih?
Tak faham abaikan. Tak penting mana.



Sekian entry Masak dan Makan!!!!





Tuesday, December 23, 2014

Laksa Penang

Salam semua, sekarang semua entry bergambar. Kata-kata disebalik gambar korang reka sendiri. Hahaha zalim kan penulis blog ini. Tak pe la yang penting aku up entry baru kan!!


Sila menjamu mata dengan pemandangan yang indah lagi mengiurkan!!
^^^^^^^
^^^^



^^^
^^


^^^





Kuah Laksa yang panas diatas dapur









Laksa yang telah siap direbus setengah jam lamanya






Salad, lada penambah kepedasan, timun dan telur penambah selera








Campuran semua!!!
Sila-sila!!!







Monday, December 22, 2014

Petua Ringkas

Meh la cuba petua ringkas ni.

Kredit tu FB RR







































Ini betul-betul menjadi!!!








Let's try!!!




Tuesday, December 16, 2014

IOI City Mall Putrajaya



IOI City Mall Putrajaya dah mula beroperasi since awal November 2014 tapi lepas sebulan baru aku berpeluang nak pergi tengok apa yang ada. Lagipun masa dalam pembinaan lagi aku memang teringin nak tengok apa yang ada dalam IOI City Mall ni since aku lalu tepi highway tu tengok mak aii besarnya. Tak pasti ranking keberapa terbesar tapi aku dengar-dengar macam tu lah. Malas pulak aku nak pergi google info since internet ni pun asyik disconnect je.. arghh!!

Sebelum pergi of course aku akan buka website dia nak tengok apa yang menarik kan. Tapi masa aku buka tu tak banyak info yang aku dapat. Yang aku tahu ada Parkson, ada Tesco. So alang-alang adik-adik aku ada kat sini, so apa lagi redah jer la pergi. Sampai sana baru kita tengok apa yang ada. Baru kita fikir kita nak buat apa.





Masyaallah ramai gilerr orang. Maybe ramai sangat sebab hujung minggu, sebab baru gaji, sebab mall baru buka so parking masih free dan banyak sale. Banyak sebab kan, tapi biasalah kan nama pun shopping mall mestilah ramai. Tapi still ada kedai yang belum buka, food court pun belum buka juga. Tapi kedai makan lain banyak la, macam-macam kedai makan ada. Menarik la kalau ada yang teringin mencuba benda baru. Lagi satu aku tengok banyak kedai makanan korea, aku tengok jer la. Tak masuk pun, hehehe





See ramai kan!!





Dah December kan so mana-mana korang pergi memang akan jumpa decoration Krismas la kan.
Ok la tu cantik jugak.







Dorang tak nak pun ambik gambar tapi macam biasa kena paksa dengan aku.
Dorang kan pemalu.
Hahaha.. Dasar kakak kejam.






Christmas Tree disana- sini










Ni ibarat salji di pergunungan aku rasa.
Ke salah?
tappi betul dah aku rasa.






Ramai kan??






Bergambar kat cermin toilet adalah normal.
:)






Kami






Dah penat jalan-jalan macam biasa la lapar.
Jom la kita makan pizza
Nama nya tempat baru, pekerja pun baru kot. 
So as usual servis lambat, kelam kabut, tunggu lama baru datang ambik order.
Tapi still boleh accept la sebab tempat baru kan.










Keseluruhan IOI City Mall ni bagi aku ok la cuma sepanjang ko berjalan utara ke selatan memang susah sangat nak cari kerusi, ke tak der langsung sebab aku pun tak ingat. Yang aku tahu aku tak jumap pun kerusi nak duduk. Memang penat la kaki ko menapak nak cari kerusi. Tapi baru lagi kan mungkin masih dalam proses penambahbaikan, so kita bagi peluang dulu. Agak-agak tak puas hati korang pergi la tempat lain. Banyak choice kan :)

Owh sebelum terlupa, IOI City Mall pun ada ice skating, so korang yang memang suka skating bolehla try kat IOI City Mall pulak!!



Opening Hours IOI City Mall Putrajaya 
10.00 am- 10.00 pm





Monday, December 15, 2014

Reunion Ex Spectrum

Salam, aku nak sambung kisah makan-makan steamboat kat D'Kayangan Steamboat. Tapi entry kali ni lebih kepada entry memperkenalkan siapa yang terlibat untuk reunion kali ni. Kira aku nak belanja gambar wefie kami. Hehehe. Jangan bosan tau.

Eh dah habis intro? Err kira jadila kan gambar tu menggambarkan semua kisah yang jadi selepas makan. Adios!!





Fadzidah Hani a.k.a Joned (centre)






Nik Hasimah a.k.a Simah Selok dan Keisha comel






Paling kiri Nur Aisyah a.k.a Esah
Paling kanan Ummi Shafikah a.k.a tasa / ummi

















Kiri : Ida nampak separuh, aku, ummi, simah, esah, joned








Gila kan semua nak berhimpit kasi nampak muka






Kami. Haa ada pun gambar cikwa.

\






































Joned and Esah






Makan jer ko kan cikwa
















Laki Wawa, Simah and Joned.
Next reunion bertambah lelaki dan baby. Insyaallah










Total bill





Sebelum bersurai harus ambik gambar ramai.
Belakang dr kiri : Pak Epul (suami wawa), Simah & Berek (suami simah)
Tengah dr kiri : BF Joned, Wawa & Aku
Depan dr kiri : Joned, Ida, Esah & Ummi






Sekian, semoga ketemu lagi.


Nantikan reunion siri 2 pulak.


Salam!!