Tuesday, June 3, 2014

Kids World Fair IOI Mall Puchong

Assalamualaikum, ada yang rindu I tak? Muntah hijau la sensorang baca ayat I ni kan. haha. Ok-ok kita jangan melalut jauh sangat kita terus ke tajuk utama. tengok dekat FB ada yang cakap kat Aeon IOI Mall ada buat sale. As usual lah aku ni kan pantang bunyi perkataan SALE nih. Menggagau lah nak tahu apa ada kat sana, apa yang di jualnya. Kalau nak ikut Duit tu tak der la seindah mana, Takpela tak salah kita pergi kan, beli ke tak tu belakang kira yang penting pergi and feel it.

Aku rasa semua yang selalu ke IOI Mall Puchong ni memang tahu kot, Aeon kat sini memang sangat suka buat sale. Macam yang hari tu aku pergi Sports Fair tu. Masa pergi sports fair tak der beli apa pun sebab I bukan selalu bersukan pun, kali ni pergi berserta MISI yang hanya terdetik dihati masa tu (**pecah rahsia dengan Ida). Misi nak cari baju raya, lebih tepat baju raya adik-adik aku. (**janganla nanti ada yang condemn I kat mana-mana yer, I sedar kita baru menjengah Syaaban tapi I dah siap beli baju raya. Jangan la condemn aku, aku hanyalah rakyat marhaen yang pendapatan tak seberapa. Ecehh. Kalau seminggu nak raya baru semua nak beli memang aku buat pengakuan berani AKU TAK MAMPU!!!). Kebetulan ada duit sikit boleh la beli kan untuk diorang dan aku macam terkejut pulak, eh tahun ni aku tak beli dan tak tempah pun lagi baju kurung, ini luar biasa. haha. Takpe la kita tengok masa, keadan dan kewangan la. bagi adik-adik dulu.

Memang sapa yang nak beli baju untuk anak-anak memang sesuai la pergi, memang banyak sale dan banyak jugak jenama yang ada. Tapi takder la jenama yang pelik-pelik. Normal brands la kan kalau kat Aeon tu. Walaupun aku ni belum kahwin dan ofkos belum ada anak, apa salahnya aku masuk kan sebab aku ada adik-adik dan ada anak saudara.

So kepada korang yang nak pergi KIDS WORLD FAIR ni kat IOI MALL PUCHONG boleh lah pergi. Masih sempat lagi.

KIDS WORLD FAIR from 27/5/2014-8/6/2014

Antara Brand yang ada Poney, Anakku, Snails and Son, Hush Puppies, Spiderman, Miki Kid, Baby Kiko, Cheetah Junior dan ada beberapa lagi tak ingat.


So apa lagi Jom la sama-sama membeli belah




As usual Ida model nya. Gambar kat stage wajib ada.
Susah jugak nak ambik gambar full sebab ramai orang kan.
Takpe saya faham keadaan sekeliling





KIDS WORLD FAIR IOI MALL PUCHONG







Spiderman in KIDS WORLD FAIR





Enjoy your holiday @Aeon Kids World Fair




Ni pun sama, gigih aku nak ambik gambar Ida kat entrance dia.
Tapi macam biasa la tempat ramai nak buat macam mana.
Orang lalu lalang tu biasa, tak payah nak marah orang la, ko yang gatal nak ambik gambar sapa suruh kan. so terimalah seadanya. Jangan nak komplen bagai.
 Percubaan Pertama






Percubaan Kedua still tak cantik.
Takpe kita tekan jer sampai cantik bukan kena bayar pun.







Yes clear. Ida n entrance Kids World Fair IOI Mall Puchong





See Meriah kan korang tengok
Nak rasa meriah tak?
Go, see and feel it. Haha









Macam-macam ada la. Baju, kasut, toys.
Tapi aku suka baju sahaja. Yang lain buat jamu mata jer/.







Spiderman T-shirt





Miki Kids. Cantik, cute, comel.
Aku berkenan tapi tak beli pun





Comel jer kalau Aisyah pakai ni.





Haa ni yang aku beli untuk Aisyah.
Cantik kan?




Sepasang dengan yang ni.
I like.





So pergi tu beli la Seluar jeans sehelai, T-shirt Nain 2 helai, T-shirt Ida 2 helai, Baju Aisyah sepasang.
Lagi 1 Blouse and T-shirt pink (Banu punya) tu aku tak beli kat IOI pun tapi kat Alamanda.
Senang terus settlekan. Ada rezeki boleh tambah lagi. Insyaallah





Masa dah siap beli tu ada pulak Mascot dia. Waa comel.
Aku suruh jer Ida gi bergambar dengan dia.






Dah siap pilih-pilih then bayar terus ke Alamanda.
Jauh kan kami berjalan.




Nampak ni kat sana. Ambik gambar tiba-tiba bergenang jer.
I Miss You so Much ABAH!!
sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah aku.





Happy Father's Day all Fathers in the World
Sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka disisimu.


Salam sayang dari aku. Kita jumpa next entry yer.


No comments:

Post a Comment