Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Sihat? Just short entry aku nak publish. Kita bagi clear draft yang bersusun dulu. Memang baca entry basi la selalu. Tapi takpe walaupun basi tetap berguna sampai bila-bila. Hahaha. Memang bajet sangat kan. Ok back to the story, tahun lepas Groupon ada buat free soft cover photobook 20 pages by photobook aku tahu pun bos aku yang duk bagitahu. So as usual, korang kan tahu aku memang pantang perkataan FREE tu, so apa tunggu lagi klik BUY saje. Bukan kena keluarkan apa-apa, buat ke tak belakang kira yang penting kita "beli" dulu.
Sebab benda free kan takder la senang macam benda berbayar, maksud bukan senang tu sebabnya korang kena download software dia then korang kena design sendiri. Aku download pakai photobook designer. Kira memang dari zero korang punya suka la nak edit macam mana, all about korang punya idea. Tapi photobook designer ni takder la kejam mana, dia ada la bagi template, design and quote sikit-sikit, yang lain pandai-pandai korangla. Ada ke yang nak belajar cara nak design guna photobook designer? Kalau ada nak tahu tanya la nanti, agak-agak ramai yang nak tahu baru aku buat entry. Gilo pemalas kan.
Beli tak silap bulan Okt 2013 kot, bulan April 2014 baru la hegeg-hegeh nak buat segalanya sebab coupon tu nak expired bulan May 2014. Memang dasar pemalas kan, tak nak expired tak kecoh-kecoh nak buat. Aku kan memang penyakit M tu lebih sikit. Pengalaman aku design photobook ni, of course mula-mula cam takutla I bukan manusia kretif, entah jadi apa la photobook aku nanti, masa tu memang risau gila. Yerla elok-elok photobook tu jadi lain macam. Tapi aku pun takder la membuta gitu jer buat, aku ada la gi google orang-orang yang pernah buat. Ada jer yang buat tutorial, so from there aku start buat sikit-sikit. Ambik masa 2 minggu jugak nak siap satu photobook aku ni. Yerla sehari bukan nya aku takder keje lain nak buat. Aku buat time ada masa. Tapi dah nak hujung tu semangat dah sebab dah nak siap kan so kira tak sabar nak tunggu photobook tu sampai.
Ni packaging yang dia hantar.
Just nice la sebab tak berlipat ke apa.
Sebab dia pakai kotak kan. So ok la memuaskan hati.
FYI, delivery charge not include dalam coupon tu so kenala bayar sendiri.
Murah saje, RM 8 sahaja for delivery.
Berbaloi la ko dapat sebuah photobook just for RM8.
Yes, diorang ada own box
Nah ambikaku tunjuk sikiy yang aku buat
takder la indah mana
tapi yang penting aku suka sangat
Ini jugak
Pengalaman aku buat photobook ni, ofcourse next time kalau ada duit aku nak buat lagi.
Nak kumpul gambar best2 then buat photobook.
Cantik colour dia, kertas dia pun ok.
Memang aku suka sangat.
So sapa2 yang berminat nak tahu pasal photobook sila la rajinkan diri anda terjah website dorang.
Selain soft cover photobook, banyak lagi perkhidmatan lain yang disediakan.
So tunggu apa lagi jomla terjah website photobook.
Sekian,
Pelanggan yang berpuas hati.
No comments:
Post a Comment