Wednesday, May 7, 2014

Uncle Jack @ Giant Putra Height

Cerita lama, lama dfah sampai aku pun dah tak sure bila pergi. tengok la punya berkurun hari ni baru nak blogkan maka itulah hasilnya. Pegi makan-makan sambil jalan-jalan habiskan duit. (***macam kaya sangat kan nak habiskan bagai...). Nak makan tengahari tak tahu nak ke mana so pergilah ke tempat yang paling dekat, Giant Putra Height. Dah memang kat situ ada Uncle Jack pegi jer la bawak adik-adik kira okla.

Dah agak lama rasanya Uncle Jack ni buka kat sini tapi aku baru beberapa kali pergi. So far servis dia memang lambat la sebab kaunter satu, kadang-kadang kaunter satu orang pun satu. tu lah yang amik order, yang amik duit, yang prepare makanan, yang packing. kira jimat sorang boleh wat semua. sebab tu yang jadi lambat. tapi still boleh bertolak ansur la. Penyabar kan aku???


Uncle Jack sini memang meriah
sentaiasa je ramai


menyelerakan x??




Izawani n Humairah (anak sedara Ida)



Ida n Nadhirah



Irah



Sedap ke x masing-masing pergi try
tapi bagi aku okla
\


Tuesday, May 6, 2014

Pauh Epal

Fresh dari kampung



Menjejes tak air liur?





Menarik!!




National Achievers 2014 Congress

Last Week aku terima email dari popular, 100 pelanggan pertama akan dapat tiket free to National Achievers 2014 Congress on 23-25 May 2014. So time receive email just macam betul ke aku boleh jadi among the first customer. then apa salahnya kan mencuba, isi borang then submit.

Esoknya dorang reply email cakap berjaya. 
Dia reply macam kat bawah ni:




Then 3 hari lepas baru pihak Success Resources call for confirmation and dia tanya ada tak kawan-kawan lain yang member popular nak join.
So aku just email nama Ida jer la.

Ada yang lain nak join? boleh email aku nanti aku forward email Mr Ben tu.

E ticket dia akan bagi sehari sebelum event.
Aku memang tak pernah join pun. Tapi teringin nak dengar talk Nick Vujicic ni.
So why not. Ada yang nak join lagi jom la sama-sama.

Masa email tu jugak Mr Ben cakap aku boleh bawak 2 orang kawan yang BUKAN member popular tapi kena bayar only RM50 instead of RM 197 per person.

Ada nak pergi email kat aku yer...

Sape-sape yang nak tahu lebih lanjut boleh




National Achievers 2014



the achievers



set the date



Friday, May 2, 2014

DaripadaNYA kita datang KepadaNYA kita kembali

Assalamualaikum semua. Lama menghilang mencari-cari mood, nak betulkan balik perasaan yang kacau bilau, perasaan yang tak tenteram. Susah kan bila sedih, kecewa, takut dan lagi susah kalau semuanya bercampur baur. Kalau semuanya boleh diluahkan dengan menulis disini aku pasti melakukannya. Tapi tak semua aku mampu berkongsi disini kenapa aku tiada jawapannya.

Dalam masa terdekat aku mengalami dua kehilangan, dua kehilangan yang abadi, pergi yang tak mungkin kembali, pergi untuk selamanya kepada PenciptaNYA, sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah moyangku dan arwah nenekku. Saat ini aku terimbas kembali saat aku mengalami dua kehilangan pada 2010, terdetik dihati seperti dulu "cukuplah ini sahaja Kau ambil dariku Ya Allah, izinkan aku untuk terus menyayangi yang lainnya", menitis air mata saat kata-kata ni terlintas difikiran. Tapi aku tahu kuasaNya tiada tandingan, aku REDHA.

Bila kesedihan menjengah aku teringat kata seorang sahabat "Yakinlah bahawa setiap dugaan dan cabaran yang kau terima tu sebagai peringatan agar kau tidak terus terleka, maka dengan cabaran itu kau terus bangkit untuk terus taat dan patuh kepadaNYA. Berbahagialah dengan dugaan yang menjengah kerana itu tandanya Allah tidak lupakan kamu dan Dia mengingatkan mu untuk terus ingat kepadaNYA kerana apabila kesusahan muncul perkara pertama yang kau sebut adalah Ya Allah. Mungkin dengan dugaan itu kau tersedar dari kelekaan kau membuat dosa atau mengingkari perintahNYA, mungkin dengan kesedihan yang dihadiahkan oleh Allah itu bakal menjanjikan sesuatu yang terindah untukmu. Sentiasa bersangka baik dengan setiap dugaan yang diterima, InsyaAllah kau akan tabah. Maka bersabarlah". Terima Kasih wahai sahabatku, andai kau membaca coretanku ini sesungguhnya aku amat menghargai kata-kata kau ni. Terima Kasih.

Jika kau tanya aku sedih? jawapan aku YA aku memang sedih, kerana setiap kematian yang aku hadapi mengingatkan aku tentang MATI. yer MATI itu pasti. Setiap yang hidup pasti melalui saat Kematian.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.


Al-Fatihah






credit to google






Thursday, April 24, 2014

Strawbery

Last weekend Esah pegi Cameron so dengan baik hati dia bawak sebekas untuk kami di lab.
Rezeki di pagi Isnin

Strawbery....
Currently being one of my favourite fruits
Sejak bila jangan tanya I tak sedar..Gilo kan sendiri suka pun tak tahu.
Takpe aku memang suka makan kan
tapi sekarang I memang sangat suka
sape nak pegi Cameron nak kirim





Best but Masam
Tapi sebab SUKA and FREE of course bertambah sedap





Thanks Sah
Lain Kali pegi beli lagi
walaupun lepas kita terpisah
Cehhh





See merahhhhhhhhh
Sedaappppp








Wednesday, April 23, 2014

Makan-makan

Lepas kami shopping kat Main Place lebih tepat popular hari tu, apa lgi jom lah kita mencekik, mengisi perut yang meminta-minta untuk diisi.

Tanya-tanya nak makan mana, zass ke kampung tengah Puchong, makan la situ lagipun aku dan ida dah biasa makan kat situ. Sedap dan yang penting cepat.

Kejap jer proses makan, takder nak borak apa memandangkan semua pun lapar kan. So zas zas licin.

Kalau nak tanya tempat tu nama dia tak ingat la tapi dekat jalan nak gi Putra Height dari Puchong tu ada petronas so masuk simpang situ. Dalam tu banyak kedai-kedai makan. Yang aku makan tu sedapla yang lain tu Sedap ke tak aku tak pasti la. Hahahaha.


Irah makan nasi USA





Nasi goreng Paprik aku punya





Nasi Goreng Ikan Masin Ida punya






Uteh makan bihun tomyam
kata uteh kurang sedap sebab warna dia putih




Aduhh kecur pulak tengok gambar makanan ni. Huh lapar pulak rasa...


Tuesday, April 22, 2014

Popular Main Place USJ 21

Main place kat USJ 21 boleh di katakan baru lagi buka. Tapi aku kan suka tempat baru, sebab nanti parking free and banyak sale (**dasar kedekut kan..hahahaha). Banyak kali sangat sampaikan kat mana kedai, kedai apa semua dah boleh hafal. Yerla kan Main Place tu takde la besar sangat compare to IOI Mall, Alamanda tapi ok lah. Dekat je dengan tempat keje and rumah kan so boleh la nak lepak-lepak.

Pada yang tak tahu Main Place ni kat mana GPS koordinate (N03 01.578, E101 34.897). Sekarang musim baru buka so jengah mana-mana memang sale saje la, sape rasa duit ada lagi dan takde tempat nak pergi boleh terjah Main Place ni.

Back to the title of the story, semalam aku pergi popular sambil-sambil paw Irah sebab dia dapat voucher buku. Hari ahad tu dah pegi dah usha-usha tengok banyak jer sale, novel ada sampai 30%, ada item PWP memang murah, buku-buku banyak jugak sale. So lunch semalam gigih gi Pos Malaysia ambik surat. Punyala rushing sebab tu jer masa yang ada, nasib baik sempat pegi balik waktu lunch hour tu.

Malamnya gi la Popular Main Place, sekarang memang sale kaw-kaw la. Seronok tengok mana-mana tampal sale. Banyak jugak beli tapi aku punya hanya 4 novel dan 2 calculator untuk budak-budak lab aku. Lepas siap beli belah baru la gi makan.


Ni brochure Popular @ Main Place
Sekarang ada sale start 18 Apr-4 May 2014
So sapa yang nak serbu jom la





So sape yang beli 100 keatas dapat Voucher and mug tu
so semalam aku beli semua tu dapat la voucher and mug tu
Ok la walaupun simple tu jer free gift nya
Tapi adatla sape yang tak suka benda free kan





Ni kepunyaan aku semalam
dah siap balut pun 3 buah
lagi satu pending nak balut
dah balut bolehla baca
FYI 3 buah kebawah tu aku beli dengan rebate 30%, menantu vs mentua tu 10%
murah kan
3 buah bawah baru RM 49 dan paling atas RM28-10%





Haa kan tadi aku cakap ada PWP kan
dua buah calculator kat atas tu salah satu item PWP nya
aku beli satu hanya RM 7.00 sahaja
murah mana nak dapat lagi kan




Haa kat bawah ni list PWP tu
memang murah
bagi aku la
hahaha



Beli barang RM30 keatas boleh beli satu item gitu






Sekian

Jom pergi Main Place
Ada sape2 yang nak belanja I x??







Monday, April 21, 2014

Pos Malaysia

**Luahan perasaan seorang pengguna

Balik rumah 15hb tengok dalam bilik ada kad dari pos malaysia mengatakan ada surat berdaftar kena gi collect kat pusat serahan nya. So masa tengok ok lah dulu pernah gak gi amiik kad kredit uteh so ok la boleh gi sabtu.

Then adik aku cakap sabtu ahad tutup la. haa mula la panas hati, asal la tutup sabtu ahad. kalau ahad tu boleh consider lagi ni sabtu. bukan apa dah sah-sah la dia gi antar kat rumah tu tak dapat maknanya orang tu kerja la kan, pastu dia tutup pulak sabtu ahad, so bila agknya korang boleh gi amik surat tu????memang ko kena purposely cuti untuk ambik surat tu, takpun masa rehat ko kena rush pergi ambik. kalau pos tu seminit dua dari ofis aku takpe jugak, nak gi sana pun jem lagi.

Aduh memang panas jer fikir-fikir balik. Tapi nanti mesti ada yang cakap masuk lewat la, balik awalla. kalaulah ofis aku ni boleh macam tu takpe. I punya ofis straight ok!!Huh memang panas je. Tapi panas-panas pun tu surat kita so memang kena redha jer la. tapi until now aku pelik sangat kenapa tak buka hujung minggu tu. At least buka la hari sabtu. Aduhhh...penat terkejar-kejar.

Yang panas nya sebab pos laju buka jer sabtu sebab tu masa dapat surat aku punya la positif silap cop kot. ni untuk yang lain kot. So aku try jugak la pegi hari sabtu tu tapi non hado tutup rapat. Nasibla aku ni pengguna yang banyak bebel. Semua pun tak puas hati. Ada tak yang sependapat dengan aku???


Kalau mana-mana yang tak setuju dengan aku takpe duk diam-diam je. Ni luahan perasaan aku kan. Hahaha. So aku punya suka la kan.





Kami tidak berjaya menyerahkan item anda





ini jadual nya
dalam masa 15 hari kena gi ambik kalau tak return to sender



lihat waktu operasi.


itu sahaja



Friday, April 18, 2014

Sarapan pagi secara berjemaah

Pagi tadi ada makan-makan potluck versi pagi. Tapi memandangkan banyak sangat makanan hari ni menjadi potluck sarapan + lunch. So kira save la hari ni memasing makan ni jer la dari pagi sampai lunch. Ni sebab bobo la bawak sebekas besar bihun macamkan dalam Spectrum ni ada 50 orang. Alhamdulillah rezeki kan apalagi makan jer la. Orang suh makan jer pun. Bukan kena masak bagai. Dah konsep potluck kan memang meriah dengan macam-macam makanan sampai tak tahu nak makan yang mana dulu.

Antara makanan yang ada nasi lemak ayam masak merah, nasi impit, lontong, kuah kacang, bihun, kuih muih, agar-agar, buah-buahan and last sekali ais krim. Ais krim pun ada memang terbaik kan dari main dish hinggalah ke pencuci mulut. Memang terbaik geng Spectrum ni kalau bab makanan. Semua complete.


Jom layan gambar yang super best!!!






First round
First ko. memang terbaik kan..




Mastura n ais krim memang tak dapat berpisah
Ais krim + Mastura = TERBAIK!!





Pilih jangan tak pilih







Mastura nnnnnnnnnn makanan





See nampak x?
Meriah dan banyak kan
Memang terbaik!!





Sedap!!







Macam-macam kan kalau dah jumpa makanan






Aisyah






Mastura n Yana




Eh asal gambar Mastura jer ni? Macam kan blog dia pulak.
takpelah sekali sekala
takder salahnya.


To Mastura:
Banyak kan gambar mu?
Suka x?




Nak di jadikan cerita masa nak ambik gambar semua pagi tadi telefon pulak habis bateri. Atas ihsan Thulasi dapat la gambar-gambar ni. Tq Thulasi for the pictures.


Terima kasih utuk semua sebab bawak makanan yang sedap. Terima kasih semua warga Spectrum diatas makanan dan kerjasama semua.


Lain kali kita makan-makan lagi.







Thursday, April 17, 2014

eoe online printing services

***INI BUKAN SPONSORED ENTRY

Kita berhenti seketika untuk entry makan dan makan. Kita tukar topik pulak. Ok seperti yang aku cakap kat atas ni bukan sponsored entry ni hanyalah entry luahan hati seorang pelanggan yang hatinya sentiasa puas dengan service yang ditawarkan oleh pihak eoe online printing ni.

First time aku guna service printing onlline ni dah lama sejak 2009 lagi, tapi biasala masa tu kan student, nak print gambar kena la simpan duit. Dah namanya student kan kena la sedar diri, setiap kali nak print tu tunggu kumpul banyak-banyak sebab untuk RM 35 keatas memang delivery free. So nak buat apa membazir bayar delivery charge baik la kita kumpul gambar tu jadi banyak then print sekali gus. Senang tak banyak keje, tak payah bazir masa banyak kali.

Ni yang terbaru la aku submit hari khamis petang, upload semua gambar, bukan banyak mana kali ni sebab time semangat nak print ni tiba-tiba tak bawak pulak external hard disk so print yang mana ada jer la. Harga memang dari dulu sama, tu yang aku tahu sebab asal aku nak print aku buka website dia memang macam tu la harganya. Aku print 4R hanya RM0.30 sekeping. So ari tu print semua lebih kurang 150 keping so free delivery la. Submit gambar hari khamis petang, Sabtu pagi dah dapat semua gambar. Cepat dan Effisyen.

Tak payah susah-susah nak gi kedai, hantar then siap ambik takpun kena tunggu. Aku kan memang bangsa malas hal-hal remeh camni so print online la senang.

Sebabkan external tak bawak memang aku print gambar yang kat telefon je la. So kakak-kakakku andai korang baca ni jangan tanya pulak yer. Aku gitau siap-siap gambar yang lama-lama belum print. Gambar raya tahun lepas pun belum. Tunggu lain kali, bila tu kena tengok mood la yer....


See banyak kan



Dia memang wrap pakai bubble wrap ni
So memang gambar tak comot la
Kedut ke terlipat ke memang tiada




Banyakkan
Baru berapa ringgit.






Ni semua memang gambar baru
katanya orang suka bergambar kan
hadapla nak masukkan dalam album nanti



So kalau korang berminat nak try boleh la gi website dia