Tuesday, April 22, 2014

Popular Main Place USJ 21

Main place kat USJ 21 boleh di katakan baru lagi buka. Tapi aku kan suka tempat baru, sebab nanti parking free and banyak sale (**dasar kedekut kan..hahahaha). Banyak kali sangat sampaikan kat mana kedai, kedai apa semua dah boleh hafal. Yerla kan Main Place tu takde la besar sangat compare to IOI Mall, Alamanda tapi ok lah. Dekat je dengan tempat keje and rumah kan so boleh la nak lepak-lepak.

Pada yang tak tahu Main Place ni kat mana GPS koordinate (N03 01.578, E101 34.897). Sekarang musim baru buka so jengah mana-mana memang sale saje la, sape rasa duit ada lagi dan takde tempat nak pergi boleh terjah Main Place ni.

Back to the title of the story, semalam aku pergi popular sambil-sambil paw Irah sebab dia dapat voucher buku. Hari ahad tu dah pegi dah usha-usha tengok banyak jer sale, novel ada sampai 30%, ada item PWP memang murah, buku-buku banyak jugak sale. So lunch semalam gigih gi Pos Malaysia ambik surat. Punyala rushing sebab tu jer masa yang ada, nasib baik sempat pegi balik waktu lunch hour tu.

Malamnya gi la Popular Main Place, sekarang memang sale kaw-kaw la. Seronok tengok mana-mana tampal sale. Banyak jugak beli tapi aku punya hanya 4 novel dan 2 calculator untuk budak-budak lab aku. Lepas siap beli belah baru la gi makan.


Ni brochure Popular @ Main Place
Sekarang ada sale start 18 Apr-4 May 2014
So sapa yang nak serbu jom la





So sape yang beli 100 keatas dapat Voucher and mug tu
so semalam aku beli semua tu dapat la voucher and mug tu
Ok la walaupun simple tu jer free gift nya
Tapi adatla sape yang tak suka benda free kan





Ni kepunyaan aku semalam
dah siap balut pun 3 buah
lagi satu pending nak balut
dah balut bolehla baca
FYI 3 buah kebawah tu aku beli dengan rebate 30%, menantu vs mentua tu 10%
murah kan
3 buah bawah baru RM 49 dan paling atas RM28-10%





Haa kan tadi aku cakap ada PWP kan
dua buah calculator kat atas tu salah satu item PWP nya
aku beli satu hanya RM 7.00 sahaja
murah mana nak dapat lagi kan




Haa kat bawah ni list PWP tu
memang murah
bagi aku la
hahaha



Beli barang RM30 keatas boleh beli satu item gitu






Sekian

Jom pergi Main Place
Ada sape2 yang nak belanja I x??







No comments:

Post a Comment