pertama nya sedekah Al-Fatihah untuk arwah abah...
21 Mac 2006. tarikh ini segar dalam ingatan. tarikh dimana berakhirnya panggilan 'abah' dalam keluargaku. berakhirnya saat2 indah dan kenangan bersama abah. perginya dia bagaikan separuh nyawaku hilang ketika itu. di saat itu aku fikir "kenapa tidak diambil aku juga.alangkah baik jika begitu". tapi setelah beberapa bulan selepas tarikh itu, aku sedar setiap yang berlaku ada sebab dan hikmah nya. setiap perancangan yang telah dibuat NYA sangat hebat dan tepat. aku selaku hamba NYA harus redha menerimanya.
walaupun tarikh itu sudah berlalu 4 tahun. tapi aku merasakan baru semalam ia berlaku. masih ku ingat setiap pesanannya sebelum abah menutup mata. masih segar di ingatan kata2 ucapan tahniah nya ketika aku mendapat result SPM seminggu sebelum itu. kalau di hitung kembali terlalu banyak pesanan dan nasihat yang abah utarakan kepadaku..semua itu akan ku semat dan jadikan ia sebagai pedoman dan perangsang untuk aku terus menghadapi hari2 mendatang.
masih ku ingat selepas entry ni aku banyak menerima email dari sahabat2. email yang penuh dengan kata-kata semangat. terima kasih teman. tidak kurang juga ada yang berkata"ish ko ni. orang lain lagi teruk dari ko.hilang dua2 pun ader. xder pun sedih2.". waktu itu aku teringin untuk menjawab pernyataan yang dikeluarkan itu..tapi aku tidak berdaya. cuma satu yang ingin ku katakan rasailah sendiri baru ko tahu apa perasaan nya bila ko hilang orang yang ko sayang sekelip mata tanpa sebarang petanda.
ada yang nak tahu apa yang aku maksudkan tanpa petanda itu. tanpa petanda sebab aku xpernah terfikir dia akan tinggalkan pada hari itu.
21 mac 2006, seperti biasa tepat 21 mac setiap bulan semua pesara kerajaan akan dapat gaji. so abah merupakan salah seorang daripadanya. pagi2 tu abah cakap kat aku, "hari ni kan gaji, jom la kita gi beli barang". adik2 yang lain sekolah, yang ada ketika itu hanya aku, adik yg bongsu n ma. so aku on ajer, dah nak berjalan sape xnak kan.dan untuk pengetahuan masa tu abah yang drive. kami ber-4 pun gi la bandar pasir puteh, beli ikan, sayur semua la kelengkapan dapur yang takbeli lagi barang2 kering sebab pasaraya tak buka lagi.masa tu tinggal 15 lagi kul 10 pagi. aku tengok abah vcam dah letih masa tu, ma cakap xpayah la kita beli lain kali, tapi abah cakap nak jugak tunggu pasaraya buka kul 10. pasaraya bukak kami pun beli barang2. barang yang dibeli sangat la banyak. memang 2 kali ganda daripada biasa. pelik jugak tapi malas nak fikir. so wat biasa2 jer. lepas tu gerak balik, abah cakap nak tukar tayar kete, so tukar n siap semuanya balik umah. samapi umah lebih kurang kul 12 tgh hari. ma masak2 n aku n ma makan tengah hari dulu sebab kami lapar da. abah cakap dia nak tunggu adik2 aku balik sekolah dulu. n dia tido. lepas adik balik sekolah semua, makan nasi. sedang makan tu la abah jatuh n terus xsedar dan meninggal kan kami semua. dan azan asar berkumandang.
waktu itu aku yang paling tua dikalangan adik beradik aku yang ada kat umah. so aku la yang kena call abang n kakak2 aku untuk menyampaikan berita tu. memang tak pernah aku bayangkan yang aku akan buat semua tu.tapi itulah yang berlaku..
itu overall citernya...adala yang aku skip..aku taip ni pun aku dah tak tahan, dah berebut-rebut airmata ni kuar. so terima jela seadanya.
itu la kalau da Allah nak ambik dia tak kira orang tu sihat ke tak ke. bila dah tiba waktunya dia pergi jua. tiada yang mampu menghalang. orang yang paling rapat ngan aku pergi tinggalkan aku untuk selamanya.
semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...aminn...
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment