Assalamualaikum. apa khabar. malam baru update. maaf la. rasa serba salah pulak. yer la kan kawan2 datang jengah tapi entry masih sama.huhuhu... hari ni tiada jawapan kenapa blog ni tak berupdate. hehehe. cuma ucapan maaf mampu kuhulur....
tadi habis kelas dalam kul 5.30 ptg. balik2 terus buka FB. ***fuhh..memang hebat penangan FB...hehehe
tengok zaki tag gambar poster. ala poster yang ada kat side bar ni.. poster JKM 08. bila da ada yang timbulkan perkara ni apa lagi kenangan2 yang pernah dilalui bersama terus bermain2 difikiran. terbit pula perasaan rindu terhadap sahabat2 sekalian. untuk menghilangkan rasa "rindu" itu apa lagi buka la album gambar2 yang pernah terakam bersama2.
memang indah saat itu, memang indah sebuah persahabatan, ukhwah yang terjalin tak dapat digambarkan dengan kata2...
tak pernah aku bayangkan persahabatan ini akan terjalin, betapa berharganya sebuah persahabatan.
ada yang bertanya "korang ni kenal2 terus memang rapat ke??" jawapan "TIDAK". kalau nak penjelasan nya memang panjang. macam mana kami boleh bermula untuk bersatu dan bekerjasama serta dimana bermula lahirnya ukhwah diantara kami.. memang sangat panjang..
insyaallah selepas ni akan ada susulan gambar2 yang pernah kami rakamkan bersama...akan aku publishkan draft yang tersimpan...insyaallah...
ukhwah yang terbina
persis sekuntum bunga
meskipun kini kita terpisah
demi kasihnya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain dibayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama
saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang
mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat
dalam sanubari
bersabarlah dengan ketentuannya
ada rahmat yang tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi....
cebisan kenangan
amar
huhu
ReplyDeletemana ler kawan2 sekolah aku, kawan belajar aku
memang kenangan ler
haaa..kan zaman ber FB skang ni...apa lagi...cari melalui FB la..hehhehe
ReplyDelete