Thursday, March 4, 2010

keliru @ serba salah @ takut dan macam2 lagi


assalamulaikum teman2. apa khabar anda semua? alhamdulillah aku sihat sahaja.

mesti ada yang macam eh nape intro aku macam pelik kan? tengok tajuk lagi la pelik. yes!!tajuk itu menggambarkan keadaan aku sekarang. menggambarkan betapa gelisahnya aku. 2 hari lepas aku mendapat "sesuatu" yang tak aku duga. yang tak pernah terlintas difikiran aku yang aku akan mendapatkannya. tapi aku tidak tahu kenapa dan mengapa "sesuatu" itu datang jua kepada aku. dan kerana "sesuatu" itulah aku berperasaan begini. aku tak tahu nak klasifikasikan "sesuatu" itu sebagai apa (nikmat ataupun ape-ape la). tapi saat aku menerima "sesuatu" itu, fikiran ku terus memikirkan apa pandangan kawan2 ku??, apa yang dikatakan mereka?, apa yang mereka fikirkan?, adakah aku akan dibenci selepas ini?, adakah aku akan kehilangan sahabat2 ku?.,,, dan pelbagai lagi persoalan timbul ekoran daripada "sesuatu" itu....sesungguhnya kalau aku diberi peluang memilih, aku tidak mahukan nya. bukan aku nak bongkak atau sombong tapi aku hanya merasakan diri aku tidak layak menerima "sesuatu" itu. aku tidak tahu mahu berkongsi dengan siapa. sudah 2 hari ianya memenuhi ruang pemikiran ku, sehinggalah sebentar tadi aku mengambil keputusan untuk bercerita dengan seseorang. dia yang memberi semangat kepadaku dan dia yang menyuruh aku menulis disini tapi dengan menyembunyikan apa "sesuatu" itu. alhamdulillah nampaknya dia memahami aku. kerana aku tahu dengan menulis ini aku beroleh ketenangan. menulis jua bagaikan satu terapi untuk aku..


p/s: alhamdulillah aku sedikit tenang sekarang..
: maaf teman2 ku.. bukan aku tak nak berkongsi apa "sesuatu" itu. tapi belum tiba masanya..aku perlukan masa...
:maaf andai ada yang tidak puas hati...segalanya akan terjawab nanti.. masanya akan tiba..


No comments:

Post a Comment