Thursday, June 19, 2014

Magic of the Night 2014 at Marina Putrajaya, Prresint 5 Putrajaya

Assalamualaikum, apa khabar semua? Ada yang rindu aku tak? Lama kan tak update sebab sekarang aku sangat la letih, sangatla banyak keje. Nasibla korangm, baca-baca jer terus kepada alasan nya, bukan apa aku tak nak korang salahkan aku. Hehe.

Ok2 kita terus kepada tajuk, Sabtu balik keje Ida tunjuk iklan dalam paper, Iklan pasal Magic of the Night. Masa tengok tu tengah letih kan sebab baru balik keje macam tak excited la. But as usual Zuraidah semua benda excited kan, so mula la nak pegi kan. Takpe kita tengok keadaan, kalau penat tak pergi, kalau Ok kita pergi. Alhamdulillah malam tu ok dah rasa, jom la kita pergi. Pergi dah lewat dah kul 9.30 pm baru keluar rumah.So macam biasala nak cari parking mak aii susahnya. Ada la tiga empat kali round cari parking.

Mohla kita tengok gambar dan korang perasan tak aku besarkan gambar. Bagi clear sikit.
Mula-mula nak pilih jer yang mana nak besar nak kecik, last-last aku tengok tak cantik.
Pelik benor sekejap besar sekejap kecik.
Jadi hasilnya nahhh besar semuanya.



Haa macam ni la iklan dalam paper tu, menarik kan??
tapi tak ingat nak snap kat papaer aku mintk kat En Google la.
So sape-sape nak bawak anak-anak jalan-jalan boleh la pergi.
masih sempat lagi nak pergi.
Dari 14 Jun-22 Jun 2014
5.00 pm-11.00 pm





Selain dari kedai-kedai jual cenderahati Upin-ipin ada gerai jual makanan dari setiap negeri.
Kira masing-masing jual makanan negeri masing-masing.
Selain tu, dorang ada buat aktiviti,
kepada yang berminat bolehla ikut schedule tu dan bawak anak-anak.





Ni versi aku yang ambik gambar di tempat kejadian
Sama jer tapi as usual I kan gatal





Orang yang excited nak pergi
Ni kira Layout dia semua la Bazar industri, Upin Ipin, Stage
So korang tengok sini tak sesat la kiranya apa yang nak dicari





Aku agak ni muka menyampah aku tak habis-habis nak ambik gambar
hahaha
nasibla ko!!





Haa ko nampak pullman hotel tu?
Buat yang tak tahu Marina Putrajaya ni betul-betul berhadapan Pullman Lakeside Hotel ni.





The billboard n Zuraidah





Ko tengok happy kan budak ni.






#VMY2014
Visit Malaysia 2014
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^^
^
^
^
^
^^
^
^^
^

After this aku jamu korang dengan gambar selfie.
Hahaha.
Second time guna.
First time guna masa gi  Festival Belia dan Jom heboh. Opppsss masih berhutang entry nih!!
ok jom jamu mata





Haa nampak kat belakang kami tu
Tu la gerai-gerai yang jual makanan.
sebab aku sampai ni dah agak lewat makanan banyak yang dah abis
takpelah dah malam, kita diet jer lah!! (**ayat pujuk hati)




Kejadian adalah nak ambik gambar tapi sebelum sempat ida duk tepi aku dah snap.
Maka inilah hasilnya.
Nasibla sapa suh lambat lari kat tepi.





Lagi selfie, lagi dan lagi sampai korang jemu
tak pe yang penting muka bahagia.




Masa ni dedua feeling oversea sangat
ambik gambar, tengok, gelak
semua macam tu
gilo selfie kan!!





I like this pic!!
walaupun mak aii tembamnya I..
Aku nak kurus!!!
berani ko buat pengakuan. hahaha





Lagi, lagi, lagi






Lagi selfie






Ni seberang jalan pulak
selagi larat kan apa ke hal
tala kamera then sengih then tadaaa hasilnya




Ni feeling nak muka glow la
hahaha





Kebetulan time aku duk selfie tu ada pulak bunga api
macam biasala bunga api cantik!!
so cam ngam2 la aku datang duk tempat strategik.
cantik, I Like!!





Lagi





Lagi





Ramai yang stop tengok












Tak nampak muka pun takpe.
Yang penting nak ambik belon Visit Malaysia 2014 tu.
Haa selain dari bunga api ada jugak bot berhias setiap negeri.
Semua cantik dan meriah.
Tapi sebab limit kamera henfon ni bila tala tak nampak pun corak nampak lampu jer.
so aku malas nak letak sebab bukan nampak apa pun.
nampak cahaya jer.
Maklumla I takder DSLR.
ada nak derma??





On the way bailk, macam biasa la singgah la
macamkan tak pernah datang PICC
tapi takpelah wat kenangan kan.
bukan kena bayar pun.



Ok sekian semua. Kita jumpa next entry!!



Friday, June 13, 2014

Photobook

Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Sihat? Just short entry aku nak publish. Kita bagi clear draft yang bersusun dulu. Memang baca entry basi la selalu. Tapi takpe walaupun basi tetap berguna sampai bila-bila. Hahaha. Memang bajet sangat kan. Ok back to the story, tahun lepas Groupon ada buat free soft cover photobook 20 pages by photobook aku tahu pun bos aku yang duk bagitahu. So as usual, korang kan tahu aku memang pantang perkataan FREE tu, so apa tunggu lagi klik BUY saje. Bukan kena keluarkan apa-apa, buat ke tak belakang kira yang penting kita "beli" dulu. 

Sebab benda free kan takder la senang macam benda berbayar, maksud bukan senang tu sebabnya korang kena download software dia then korang kena design sendiri. Aku download pakai photobook designer. Kira memang dari zero korang punya suka la nak edit macam mana, all about korang punya idea. Tapi photobook designer ni takder la kejam mana, dia ada la bagi template, design and quote sikit-sikit, yang lain pandai-pandai korangla. Ada ke yang nak belajar cara nak design guna photobook designer? Kalau ada nak tahu tanya la nanti, agak-agak ramai yang nak tahu baru aku buat entry. Gilo pemalas kan.

Beli tak silap bulan Okt 2013 kot, bulan April 2014 baru la hegeg-hegeh nak buat segalanya sebab coupon tu nak expired bulan May 2014. Memang dasar pemalas kan, tak nak expired tak kecoh-kecoh nak buat. Aku kan memang penyakit M tu lebih sikit. Pengalaman aku design photobook ni, of course mula-mula cam takutla I bukan manusia kretif, entah jadi apa la photobook aku nanti, masa tu memang risau gila. Yerla elok-elok photobook tu jadi lain macam. Tapi aku pun takder la membuta gitu jer buat, aku ada la gi google orang-orang yang pernah buat. Ada jer yang buat tutorial, so from there aku start buat sikit-sikit. Ambik masa 2 minggu jugak nak siap satu photobook aku ni. Yerla sehari bukan nya aku takder keje lain nak buat. Aku buat time ada masa. Tapi dah nak hujung tu semangat dah sebab dah nak siap kan so kira tak sabar nak tunggu photobook tu sampai.





Ni packaging yang dia hantar.
Just nice la sebab tak berlipat ke apa.
Sebab dia pakai kotak kan. So ok la memuaskan hati.
FYI, delivery charge not include dalam coupon tu so kenala bayar sendiri.
Murah saje, RM 8 sahaja for delivery.
Berbaloi la ko dapat sebuah photobook just for RM8.






Yes, diorang ada own box







Nah ambikaku tunjuk sikiy yang aku buat
takder la indah mana
tapi yang penting aku suka sangat






Ini jugak


Pengalaman aku buat photobook ni, ofcourse next time kalau ada duit aku nak buat lagi.
Nak kumpul gambar best2 then buat photobook.
Cantik colour dia, kertas dia pun ok.
Memang aku suka sangat.
So sapa2 yang berminat nak tahu pasal photobook sila la rajinkan diri anda terjah website dorang.

Selain soft cover photobook, banyak lagi perkhidmatan lain yang disediakan.
So tunggu apa lagi jomla terjah website photobook.



Sekian,
Pelanggan yang berpuas hati.




Monday, June 9, 2014

Macam-macam Ada, Selamat Menjamu Mata


Assalamualaikum, kita ambik mood dulu lah yer. Banyak bersusun draft tapi nak post nya tunggu la. Sekarang pun mood asyik la tak menentu. Jom aku jamu mata dulu. Yang terliur silakan pergi cari kat kedai.




Pizza Dominos Bobo Belanja




Ni pun sama Bobo belanja. Tapi masa ni aku kenyang.
Hanya mampu makan satu keping.
Takpela ambik nama rasa kan






Fridge magnet dari Faezah untuk budak-budak lab.
TQ jah walau dah takde di Spectrum masih ingat kami.
Tq Jah






Nasi goreng daging
Makan kat orchard harvest





Mangga or mempelam or pauh
Sedap, manis dan yang pasti murah 2kg=RM5 only!!





Strawbery, aku tak ingat sape bawak. Kalau xsalah wawa.
Sebab yang esah bawak aku dah buat ENTRY





Ni popia sayur
Mastura buat
Sedap. Mas lain kali buat lagi




Ni roti John special
Sedap



Sekian!!!
Korang dah makan apa?




Tuesday, June 3, 2014

Kids World Fair IOI Mall Puchong

Assalamualaikum, ada yang rindu I tak? Muntah hijau la sensorang baca ayat I ni kan. haha. Ok-ok kita jangan melalut jauh sangat kita terus ke tajuk utama. tengok dekat FB ada yang cakap kat Aeon IOI Mall ada buat sale. As usual lah aku ni kan pantang bunyi perkataan SALE nih. Menggagau lah nak tahu apa ada kat sana, apa yang di jualnya. Kalau nak ikut Duit tu tak der la seindah mana, Takpela tak salah kita pergi kan, beli ke tak tu belakang kira yang penting pergi and feel it.

Aku rasa semua yang selalu ke IOI Mall Puchong ni memang tahu kot, Aeon kat sini memang sangat suka buat sale. Macam yang hari tu aku pergi Sports Fair tu. Masa pergi sports fair tak der beli apa pun sebab I bukan selalu bersukan pun, kali ni pergi berserta MISI yang hanya terdetik dihati masa tu (**pecah rahsia dengan Ida). Misi nak cari baju raya, lebih tepat baju raya adik-adik aku. (**janganla nanti ada yang condemn I kat mana-mana yer, I sedar kita baru menjengah Syaaban tapi I dah siap beli baju raya. Jangan la condemn aku, aku hanyalah rakyat marhaen yang pendapatan tak seberapa. Ecehh. Kalau seminggu nak raya baru semua nak beli memang aku buat pengakuan berani AKU TAK MAMPU!!!). Kebetulan ada duit sikit boleh la beli kan untuk diorang dan aku macam terkejut pulak, eh tahun ni aku tak beli dan tak tempah pun lagi baju kurung, ini luar biasa. haha. Takpe la kita tengok masa, keadan dan kewangan la. bagi adik-adik dulu.

Memang sapa yang nak beli baju untuk anak-anak memang sesuai la pergi, memang banyak sale dan banyak jugak jenama yang ada. Tapi takder la jenama yang pelik-pelik. Normal brands la kan kalau kat Aeon tu. Walaupun aku ni belum kahwin dan ofkos belum ada anak, apa salahnya aku masuk kan sebab aku ada adik-adik dan ada anak saudara.

So kepada korang yang nak pergi KIDS WORLD FAIR ni kat IOI MALL PUCHONG boleh lah pergi. Masih sempat lagi.

KIDS WORLD FAIR from 27/5/2014-8/6/2014

Antara Brand yang ada Poney, Anakku, Snails and Son, Hush Puppies, Spiderman, Miki Kid, Baby Kiko, Cheetah Junior dan ada beberapa lagi tak ingat.


So apa lagi Jom la sama-sama membeli belah




As usual Ida model nya. Gambar kat stage wajib ada.
Susah jugak nak ambik gambar full sebab ramai orang kan.
Takpe saya faham keadaan sekeliling





KIDS WORLD FAIR IOI MALL PUCHONG







Spiderman in KIDS WORLD FAIR





Enjoy your holiday @Aeon Kids World Fair




Ni pun sama, gigih aku nak ambik gambar Ida kat entrance dia.
Tapi macam biasa la tempat ramai nak buat macam mana.
Orang lalu lalang tu biasa, tak payah nak marah orang la, ko yang gatal nak ambik gambar sapa suruh kan. so terimalah seadanya. Jangan nak komplen bagai.
 Percubaan Pertama






Percubaan Kedua still tak cantik.
Takpe kita tekan jer sampai cantik bukan kena bayar pun.







Yes clear. Ida n entrance Kids World Fair IOI Mall Puchong





See Meriah kan korang tengok
Nak rasa meriah tak?
Go, see and feel it. Haha









Macam-macam ada la. Baju, kasut, toys.
Tapi aku suka baju sahaja. Yang lain buat jamu mata jer/.







Spiderman T-shirt





Miki Kids. Cantik, cute, comel.
Aku berkenan tapi tak beli pun





Comel jer kalau Aisyah pakai ni.





Haa ni yang aku beli untuk Aisyah.
Cantik kan?




Sepasang dengan yang ni.
I like.





So pergi tu beli la Seluar jeans sehelai, T-shirt Nain 2 helai, T-shirt Ida 2 helai, Baju Aisyah sepasang.
Lagi 1 Blouse and T-shirt pink (Banu punya) tu aku tak beli kat IOI pun tapi kat Alamanda.
Senang terus settlekan. Ada rezeki boleh tambah lagi. Insyaallah





Masa dah siap beli tu ada pulak Mascot dia. Waa comel.
Aku suruh jer Ida gi bergambar dengan dia.






Dah siap pilih-pilih then bayar terus ke Alamanda.
Jauh kan kami berjalan.




Nampak ni kat sana. Ambik gambar tiba-tiba bergenang jer.
I Miss You so Much ABAH!!
sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah aku.





Happy Father's Day all Fathers in the World
Sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka disisimu.


Salam sayang dari aku. Kita jumpa next entry yer.