Saturday, June 26, 2010

anne bercerai talak tiga


salam semua
apa ke jadah kan tiba2 tajuk macam tu
huhuhu
bukan pe
aku blogwalking aku tengok ramai sungguh yang mengomen pasal ni
hurmm
aku tak tahu nak komen pe

penangan artis memang macam ni
tu la kalau dah jadi artis kan
tak der private2 dah
semua orang tahu

walau pe pun
aku cam terdetik gak la
"ishh kesian anne,...dah la pregnant"

moga anne tabah menghadapinya
insyaallah


Wednesday, June 23, 2010

double A Luck draw contest

salam semua
aku masih berminat nak join contest
hehehe

blogwalking di pagi hari
tengok contest ni
macam menarik
eh2 bukan macam lagi

memang menarik
gabungan 2 blogger berlainan jantina yang kreatif
hehehe


so kepada yang berminat
leh la 




dan yang kat bawah ni aku copy dari blog alengz



Hadiahnya juga menarik! Setiap pemenang akan diberi header blog percuma + Topup RM10!

..

..


Syarat-syarat penyertaan :

2) Tulis entry pendek bahawa anda telah menyertai lucky draw ini. (jangan lupa link ke blog Azreen & Aleng )

3) letakkan kedua-dua banner di dalam blog anda (sidebar) <---copy banner code yg telah disediakan.

4) Sila tinggalkan link entry anda di dalam komen mengikut jantina (Kategori Lelaki : Azreen, Kategori Perempuan : Aleng )

5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Julai 2010.




so apa lagi...
jom join ramai2





Monday, June 21, 2010

kasihkesyurga contest....

salam
apa khabar??
sihat??
haa nampak tak tajuk tu...
pe lagi kalau bukan aku masuk contest
kira dah lama jugak la aku tak menjoin contest
ni dah start balik

kita mula join yang senang2 dulu
amik mood dulu
tadi blogwalking tengok der contest
bagai pucuk dicita ulam mendatang lah(..ish betul x ni)...
hahaha


dah2 berbalik pada contest
contest dianjurkan oleh kasihkesyurga

jom teka duit kat bawah ni


teka:

RM 143.50


teka:

RM 6550


nak tahu lebih lanjut 




tarikh tutup : 13 JULY 2010 (Ahad) kol 12.00 mlm....

jom join ramai2




Sunday, June 20, 2010

happy father's day

Al-fatihah untuk arwah abah...

selamat hari bapa kepada semua bapa2 didunia..

tanpa anda siapalah kami...

miss u so much ABAH!!!


Friday, June 18, 2010

18 june 2010


salam semua
ni aku nak update semalam
tapi ya Allah memang menguji kesabaran yang teramat sangat
nak upload sekeping jer gambar nya
tapi lamanya memang bisa membuahkan kemarahan


ok2
berbalik kepada tarikh diatas
hari ni 18 june 2010
ari lahir my sis in law

to kak su selamat hari lahir 
semoga panjang umur
semoga dimurahkan rezeki
semoga dikurniakan baby lagi =)
semoga bahagia hingga akhir hayat
semoga dikurniakan kesihatan yang baik

HAPPY BIRTHDAY



Wednesday, June 16, 2010

mengidam kah????

salam semua. adakah tajuk itu mengundang kontroversi...hahahaha...bukan pe. aku blogwalking dua tiga hari ni asyik citer pasal durian jer. tergugat weiii iman ni. teringin la pulak nak makan. tadi pun k.na tanya sis in law bila musim durian. aku terus cam uishhhh sedapnya kalau dapat makan durian ni

ermmm...ader ke yang nak belanja aku makan durian ni???jom la wat pahala belanja aku...heheheh...

owh durian..sedapnya. huishhh sambil taip ni pun macam dah kecur air liur.

sape rasa2 ada kebun durian yang tak habis nak makan tu apa kata pass kat aku sikit...hehehe

mahu DURIAN!!!!!!
=)

berlegar-legar mencari idea


aku sebenarnya nak update banyak benda
tapi tu lah
idea tak datang weiii
puas dah aku melangut depan laptop ni
idea xkeluar-keluar
nak tulis ayat pun tunggang langgang
asyik tulis delete tulis delete
tension lak

huhuh
ada idea??
bagi aku sikit
hehehe


Tuesday, June 15, 2010

melayan keindahan di i-city


salam semua. selamat petang. rindu pulak rasa nak menulis ayat-ayat skema. entry ni aku nak praktikkan la. ye la lama-lama tingalkan nanti lupa pulak...hehehehe. hujung minggu lepas fikir-fikir mana la sasaran nak menghabiskan masa. lagi pulak ma ada kat sini. jadi nak la bawak ma jalan-jalan. dah macam tu macam-macam tempat la yang disebutkan. aku nak gi situ ko nak gi sini...ermm macam-macam. gitu la dah namanya adik-beradik ramai. maka idea nya pun haruslah berlambak. dah habis fikir-fikir wat keputusan nak gi i-city. aku pun tak pernah pergi. so siap-siap berdesup pegi.

jem tak payah cakap la. dah namanya hujung minggu, cuti sekolah pulak memang sah-sah la ramai orang. nak ambik gambar pun bergilir. nasib baik la banyak benda leh amik gambar.

peringatan awal-awal. gambar adalah sangat banyak. dah katanya suka bergambar. hehe layankan ajer.

jom kita lihat apa yang ada....




"burung merak"
mula-mula sampai terus serbu ambik gambar
hahaha
makanya ada la yang sorang berkorban nak amik gambar
hehehe






ma, anu, k.na n ika




ramai orang pun ada kami kisah
kami nak amik gambar jer
heheheh






"rusa"
ni abg lak amik gambar
tengok punya ramai sampai amik gambar pun ada orang lintas depan
tapi nak wat camne kan
sabar jer la
kata nya tempat awam
berkongsi la jawabnya






kak ipar, amin n adam







kami di pokok bercahaya putih






cantik kan???







"ulat"






"rama-rama"






"panda"











haaa
nampak tak betapa ramainya
orang malam tu
ke ada blogger kat sana??
maaf la kalau ada yang terserempak ngan aku
aku tak perasan pun
huhuhuhu









dah masuk dalam building dia
dia wat cam tempat salji
cantik sangat












"pokok limau mandarin"
ke salah..alah hentam jer la
heheh





"belalang"





"kaktus pink"



lepas je gambar ni bateri kamera dah flat
dah takder la gambar nya
hehehe

sikit kan penjelasan
aku malas nak terangkan
korang interpret sendiri la gambar yang ada
hehehe

nak tahu cantik x??
teruja tak korang tengok...
apa kata pergi la sendiri
hehehe

tak nyesal punya

cantik...







keindahan di i-city

salam
masih lagi berusaha upload gambar secara pukal
hehehe
tengokla nanti
next entry memang muntah tengok gambar
hahaha

jom tengok gambar ni dulu




gambar intro






cantik atau tidak???
memukau x???




Monday, June 14, 2010

SMC day 1

salam semua
fuhhh
seminggu jugak baru sambung tuk day 1
kan ari tu aku cakap tak der gambar kan
semalam baru copy gambar
boleh la publish draft ni
dan inilah dia
kejadian hari pertama adam kat wad

temperature mula2 masuk wad 38 je
petang tu macam dan ok sikit

boleh main2 dah

then malam tu sekali temp 40
pe lagi nurse mandikan sebab nak turunkan suhu



budak demam yang beransur sihat






nurse mandikan
kesian lak
dah la air cond
mandi lak tu
menggigil la jawabnya







nurse yang gigih membantu
terima kasih semua dr dan nurse


adam sekarang dah sihat dah
discharge hari khamis ari tu

alhamdulillah semua nya ok



Sunday, June 13, 2010

ke i-city shah alam


salam
lama juga tak menjengah
internet bagaikan on off jer
susah sikit nak update
hehehe

semalam ke i-city
first time aku pegi
gi ngan family
bawak ma jalan-jalan


seperti biasa banyak gambar yang diambil
nantikan yer sambungan nyer
heheheh
nanti internet ok sikit aku update
=)



Thursday, June 10, 2010

meneruskan perjalanan ke.......


ni kiranya sambungan entry semalam la yer
giler punya malas nak sambung
lambat jugak baru sambung
kalau aku tak sambung ada tak yang maki
hahahaha

nak wat camne kan
kita hanya merancang
hahahaha
dan-dan tu jugak nak cakap macam tu
nasib la manusia sekarang ni

dah2 melalut jauh
kita straight to the point
hahaha

jom tengok gambar
dah penat-penat aku snap tengok la
takkan nak wat perhiasan jer kot
kan kan kan kan


destinasi sebenar adalah samar-samar
so uteh tanya nak gi mana
aku dah malam sebelumnya mimpi nak makan satay
pe lagi jomgi taman warisan
makan satay
hehehehe


dah dekat nak sampai tu tiba2 terlintas lak
ishk pe kata kita gi alamanda
hahaha


dah namanya kaki shopping
dan-dan tu jugak ada idea
nasib badan betul
so masuk alamanda jap
pusing-pusing
cuci mata
puas hati semua
jom makan

lapar

tapi kita hanya merancang
hehehe

hujan la pulak
nak makan satay tapi hujan macam mana ni
apa kaitan lak kan
yer la
kedai kat situ tempat makan satay bawah payung
kalau dah hujan
takder maknanya nak makan
nanti tak pasal-pasal basah
demam kang sape susah...


pastu mula la tanya2 lak nak makan apa
aku masih tetap pendirian
hehehe
nak makan satay nyer pasal

akhirnya dapat makan satay tapi kat umah jer la
bungkus sajork
pe pun asal makan satay
itu sudah cukup
hehehe


jom layan gambar2



otw 
amin dengan gaya mata yang digemari sekarang





senyum gembira





kami bertiga
ika kat belakang tak nak join





sampai sudah di alamanda




dah malam kan
tengok
tudung anu pun dah ke mana


tunggu satay


sambil tunggu ambik gambar dulu
baru best
dalam kereta pun jadi
asal ambik gambar
kan kan kan kan





wif ika




wah ma posing tak hengat...
heheheh





muka berlagak!!!






aku akhiri dengan posing mata amin terbaru
dia ingat hensem kot macam ni
apa2 je la baby
asal baby happy=)



Wednesday, June 9, 2010

bonda menjenguk cucu tersayang


semalam kan aku der gitau ma datang shah alam kan
yer la
ma datang tengok cucu kesayangan dia masuk wad
alang-alang dah cuti sekolah kan
apa lagi
datang la shah alam
sambil2 dapat la jalan2


cadangnya malam tu nak gi jalan2
so sebelum tu gi SMC dulu
jengah la adam dulu
borak2 dulu
gelak2 dulu
baru kita gerak gi jalan2



abg dengan laptop
anu tekun memandang kamera
ma yang tekun menonton tv






amin yang baru siap mandi
apa lagi
cubaan nak snap gambar seksi
hehehe






adik ku yang bonsu
amin tu sibuk jer
orang nak amik gambar dia pun nak





haaa
tengok la sendiri
betap kusyuk dan tekunnya mereka menonton tv
sanggup tu languk lama2
nak wat camne SMC punya TV tinggi
hahahaha





asyik amik gambar orang jer kan
alamatnya takder la gambar kita
aku nak la jugak ada di tempat kejadian
maka inilah buktinya
hehehehe





adam dah siap mandi jugak
adam nak jadi model langsir
=)








kalau dah anak sedara ambik gambar kat situ
haruslah mak sedaranya nak jugak
haish
susah jugak yer kalau semua nak bergambar
hurmmmm


itulah serba sedikit lawatan bonda ke SMC melawat cucu tersayang


selepas itu kami ke?????
????
??


walau sakit...game tetap tidak dilupakan...


salam
selamat petang
aku rasa la kan
ramai gak kan orang yang macam tu
sakit2
demam2
tapi game tetap layan
sambil makan ubat pun jadi

kuat betul kan penangan game ni
ishk ishk

tak payah cakap orang lain la
aku pun sama
tak kira pe jadi pun
nak jugak main game
hehehehe


ni pulak kisah adam
pasal sape lagi kan aku nak citer
kalau bukan amin
pasal adam la pulak
tak pasal adam ada la pasal family aku


ni gambar aku snap semalam
masa aku jaga dia semalam tu
aku datang jer dia ngah main game

then dalam kul 9 gitu kena la pakai nabulizer(betul x eja ni) tu
sanggup tu main sambil pegang
rela xnak berhenti main
punya la gigih kan
hehehe


jom tengok gambar dak semangat main game ni





see
sebelah pegang mask ke ntah nama pe
sebelah lagi tekan mouse
bijak2....




haaa
tekan keboard pun boleh
ni bukan lakonan ni
ni kenyataan





zoom ckit
abaikan la kaki xcantik kat belakang tu
hahahaha






pandang sikit
haaa
ni lah orang yang dah sihat tu

=)


mahu berhenti disini saje