Wednesday, March 31, 2010

Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv

****sticky mode..entry baru scroll bawah,...tq..

salam semua
wah macam da lama kan tak join contest
tadi blogwalking ke blog noorafzan

nampak contest menarik ni
apa salahnya mencuba kan
mana la tahu ada rezeki
menarik kan??

jom join ramai2

dan ini yang aku copy dari blog nya




Untuk melayakkan nama anda dimasukkan dalam senarai cabutan bertuah, anda hanya perlu buat perkara-perkara berikut:

1. Buat 1 entry mengenai cabutan bertuah ini dengan menggunakan tajuk Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv. Entry itu mesti dibuat sticky mode sehingga tarikh tutup peraduan ini. DONE

2. Sila maklumkan entry yang telah siap dibuat kepada yuka dengan meninggalkan link anda diruangan komen di entry ini...DONE

3. Sila nyatakan referer anda bagi cabutan bertuah ini.------noorafzan

4. Tarikh tutup Cabutan bertuah ini ialah pada 31hb Mac 2010 pukul 11.59pm DONE

5. Cabutan akan dibuat secara telus dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

6. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia ( bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara pun boleh menyertai cabutan bertuah ini...tetapi hadiah akan diposkan kepada waris2 atau kawan anda di Malaysia )

Senangkan nak menang hadiah...jadi apa tunggu lagi...


so tunggu apa lagi
jom sama-sama memeriahkan contest ini


alhamdulillah DIN BERAMBOI kini stabil


salam kawan2 sekalian
alhamdulillah
aku baru jer lepas baca paper
baca kosmo

dorang cakap eh tulis din beramboi kini stabil
ni aku copy di SINI

Din Beramboi kini stabil

31/03/2010 8:15pm

KUALA LUMPUR - Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.

Sambil menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma, anak sulung pelawak itu Nil Aina Hadibah, 18, berkata kesihatan bapanya semakin baik berbanding semalam.

"Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma ”ditidurkan” oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Nil Aina berkata pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Katanya pihak hospital juga masih menjalankan rawatan susulan termasuk bagi mengesan sama ada pelawak itu yang dijangka dipindahkan ke wad biasa esok, mempunyai simptom dijangkiti virus kencing tikus.

Mengulas lanjut, Nil Aina berkata bapanya menunjukkan kurang tanda sihat pada hujung minggu lepas sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta yang kemudian merujuknya ke Hospital Selayang pada Isnin lepas.

"Saya dan mummy turut demam sejak minggu lepas dan kemungkinan papa berjangkit dengan kami tetapi demam saya dengan mummy tidak seteruk mana.

"Memandangkan demam papa tak kebah, papa buat pemeriksaan ke klinik swasta di Rawang sebelum beliau dirujuk ke sini (Hospital Selayang),” katanya.

Selain menjadi pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi, 44, juga adalah seorang kartunis dan pernah bergiat dalam bidang nyanyian.

Turut kelihatan melawat Din Beramboi di hospital hari ini ialah penyampai radio swasta terkenal, Linda Onn dan Halim Othman. - Bernama

kemana menghilangnyer????


salam
selamat pagi malaysia
wah2 sekarang nih bajet malaysia dah haaa


haaa tengok la tajuk sekarang ni
kemana menghilangnyer???

tak kan la korang tak leh nak teka lagi kan
dah sejak dua menjak ni asyik entry pasal PSM jer
maknanya aku menghilang sebab tu la jugak
serius weiii
rasa nak hadapi benda ni memang xdapat nak gambarkan la
memang seumur hidup aku takpernah rasa

memang teruk r penangan dia
huhuu

haaa
kerana inilah kami ketakutan dan berdebar sentiasa



haaa
tu diaaa
PROJEK SARJANA MUDA SAINS
SESI 2009/2010
itulah kami
warga tahun 3


ni lah buka yang kami dapat hari first
dalam tu ada abstract semua pelajar yang bakal present


cerita pasal aku present next yer...
huhuhu


DIN BERAMBOI kritikal


salam...

tadi balik dari presentation aku da prasan kat FB Fafau
yang mengatakan din beramboi kritikal
n memerlukan darah jenis O
so kepada kawan2 yang sekitar HOSPITAL SELAYANG
boleh la membantu

then try la tgk FB artis yang lain
FBI pun dah kuarkan status
n yang terbaru esma daniel pun tulis kat status FB jgk


so apa lagi
yang berdarah O dermalah darah anda
=)



so kepada yang jauh2
angxdapat menderma darah tu
kita doakanlah kesihatan nya
insyaallah


Tuesday, March 30, 2010

PSM-hantar slide presentation


salam semua
macam mana
ada yang rindu aku x??
hahhaaha

bajet sangat popular kan
tak pe la
bagi la peluang kat aku ni rasa popular
hehehe

ingat lagi x??
entry yang aku kena beratur 2 JAM SETENGAH
semata-mata nak submit slide presentation
kenangan tu weiii

kat mana lagi nak dapat kan
hehehe

klu xingat tengok sini


aku dah janji kan nak tunjuk gambar yang aku snap
ok ni dia
kalau korang taknak tengok pun tak pe
ni boleh jadi kenangan aku dengan kawan2
=)




disini kami kena submit
slide



haaa
nampak x???
beratur ko
masa ni aku dah beratur lebih kurang sejam dah
tengok berapa ramai lagi depan aku
memang hazab rasa
tapi cam seronok gak
sambil2 tu borak2
bila lagi kan
kata dah final year
hehehe




haa
lagi aku snap



suasana dibilik mesyuarat
borak jgn xborak



ini yang dah lenguh la kot
dah xtahan beratur
duduk jap
huh



belakang aku xpayah cakapla
ramai lagi
haaa
tengok la diorang kat luar lagi
huhuhu



depan: aishah
belakang: wani




eh2 faiz...
ang ko gi tenung awek org tu nape???
kang tak pasal2 ada yang lebam kang...
hehehhe

wani, imah n faiz




hajar




muka keletihan
senyum dalam paksa
huhuhu



puan ramlah...opppsss!!!
hehehe




piqa
peace ajer..muka nya xpandang..




tiqah n shu




last aku sajikan dengan muka aku n hajar
haa nampak..
kat belakang tu
ramai lagi


itu sajer...tunggu sambungan tuk
SESI PERBENTANGAN

=)


kembali bersiaran


just short update
untuk yang menunggu2 entry dari aku
insyaallah
malam ni aku kembali semula
akan aku cerita mengapa tidak berupdate untuk 2 hari
kenapa???

huhuhu

daa
nak gi tengok kawan2 sesi petang preseny
kepada kawan2 ku
GOOD LUCK!!!


Sunday, March 28, 2010

PSM- debaran makin terasa


salam semua
macam mana hujung minggu anda semua??

asih berkisar berkenaan
PROJEK SARJANA MUDA


hujung minggu aku hanya dengan slide sahaja
bukan pe
selasa ni dah present
so bersedia dari sekarang

takut nih
rasa macam tido xlena, makan xkenyang dah
huhuhuh

hari ni pun aku tengok status kat FB kawan2
rata2 mengucapkan GUD LUCK n debaran untuk presentation
insyaallah
fakulti sains UTM akan start presentation projek mulai esok
aku rasakan yang akan present esok debaran nya
tak payah cakap la
macam lari seratus meter kot

aku yang nak present esok ni pun berdebar macam apa
huhuhu

mintak2 lah dipermudahkan semuanya
insyaallah
moga lancar berkata-kata
amin...


kepada semua kawan2 yang nak present isnin, selasa n rabu
GOOD LUCK
ALL THE BEST!!!!



Saturday, March 27, 2010

Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD)



salam
tahniah buat Tan Sri Jins Shamsuddin
diatas kejayaan beliau mendapat PhD
kagum aku dengan semangat beliau

ni yang aku copy dari berita harian

2010/03/27

SINTOK: Pengorbanan dan kesungguhannya menuntut ilmu pada usia 75 tahun, akhirnya menghasilkan kejayaan apabila Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Kejayaan manis itu datang setelah beliau bersusah payah melengkapkan kajian tesis selama dua tahun.

"Saya tidak pernah menganggap semua ini cabaran walaupun terpaksa sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke sini kerana ia akan membuat kita mudah mengalah. Sebaliknya saya menganggap ia adalah satu tanggungjawab yang perlu diteruskan sehingga selesai. "Dengan kejayaan ini juga, saya harap ia dapat memberi galakan kepada semua karyawan seni terutama generasi muda untuk terus belajar sehingga ke akhir hayat," kata penggiat seni ini selepas menerima ijazahnya daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah yang juga Cancelor UUM.

Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin berkata, dengan memiliki ilmu serta pengetahuan yang tinggi, karyawan tempatan akan dapat menerbitkan karya seni yang lebih bermutu serta dapat menandingi filem antarabangsa.

Beliau melengkapkan tesis bertajuk "Filem Melayu 1930-an hingga 1960-an Sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara" di mana beliau memilih 50 filem Melayu sepanjang tahun berkenaan untuk dijadikan sampel kajiannya.

Antara filem yang dijadikan kajiannya ialah karya dan arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Antara Dua Darjat, Hang Tuah, Sejoli serta filem pertama lakonannya di bawah arahan P Ramlee iaitu Panca Delima.
"Bagi membiayai pengajian saya, saya membelanjakan wang sendiri sebanyak lebih RM30,000. Ketika diiktiraf sebagai Seniman Negara, saya menerima wang sebanyak RM60,000, jadi saya gunakan sebahagian daripada wang hadiah itu untuk membiayai pengajian saya ini," katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Jins berkata beliau berhasrat untuk memfilemkan kisah Pasir Salak dan riwayat hidup P Ramlee untuk tatapan generasi muda dan berharap ia dapat ditayangkan di luar negara.

"Selaras dengan prinsip hidup saya iaitu 'Melakukan yang terbaik, Memberi sumbangan kepada bangsa dan negara', saya akan terus menghasilkan filem yang dapat memberi impak berkesan kepada seluruh masyarakat," katanya yang kini bergelar Dr Jins. - Bernama


tahniah!!..


Friday, March 26, 2010

PSM-pembentangan


salam
memang sejak 2 menjak ni korang akan disajikan dengan citer PSM
pasal pe lagi kalau bukan projek ku itu
huhuhu

alhamdulillah
petang tadi dah antar slide presentation
kena beratur 2 jam setengah bar dapat hantar
huhuhu

memang letih
tapi pengalaman tu
lepas ni ade ko nak gi beratur sajer2 2 jam setengah??
hahaha
walaupun letih berdiri
tapi itu dijadikan sebagai pengalaman dan kenangan

mungkin sekarang rasa cam terseksa
tapi mungkin sape tahu
2 3 tahun lagi kalau jumpa balik member2
ingat pasal beratur 2jam setengah sebab nak antar slide
mesti seronok
"mungkin" situasi ini bakal terjadi
siapa tahu kan


tadi ader gak snap2 gambar2
nak upload
tapi cari2 cabel tak jumpa lak
ish katne ni
nanti la eh
aku cari kalau jumpa aku upload next entry


insyaallah aku bakal present
ari SELASA depan
30/3/2010
12.00 tgh hari

insyaallah
mudah-mudahan semuanya berjalan lancar
amin



earth hour



earth hour kembali lagi
jom sama2 kita menjayakan nya

sabtu ini
jam 8.30 malam
jom sama2 bergelap
kurangkan sedikit kepanasan dunia
huhuhu


so apa lagi
inilah masanya untuk berjimat

=)


Thursday, March 25, 2010

Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010




salam
wah macam lama la entry contest tak menjengah kan
contest ni aku tengok ramai blog yang aku follow join
so aku pun teringin la nak memeriahkan suasana gak
hehehe

apa salahnya mencuba nasib kan
kalau nak ikutkan
aku jarang la ada tuah kalau bab cabutan bertuah ni
memang susah la nak menang
tapi tak pe la kan
kita memeriahkan suasana jerr


so apa tunggu lagi jom join ramai2



so tunggu apa lagi

kepada kak malia n hubby HAPPY ANNIVERSARY
semoga berkekalan hingga akhir hayat
semoga terus berbahagia

ok jom terjah ramai2


presentation projek sarjana muda (PSM)


salam
sekarang ni aku rasa semua rakan2 bz menyiapkan slide
untuk presentation projek minggu depan
aku dah tunjuk kat lect tadi
macam biasa
banyak la kena comment
banyak yang kena betulkan
tapi takpe la
nama pun belajar kan


so kepada pelajar tahun akhir
yang akan present minggu depan

ALL THE BEST
GOOD LUCK



mencari cinta


email yang menjengah...sekadar perkongsian...



Suatu pagi yang dingin, terjadilah
satu perbualan antara seorang guru
falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?
bagaimanakah saya boleh
mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang
luas didepan sana. berjalanlah kamu
dan jangan sesekali kamu berundur.
kemudian ambillah satu ranting.
sekiranya kamu mendapati ranting
tersebut sangat menakjubkan, ertinya
kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan
tidak berapa lama dia kembali dengan
tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak
membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa
memilih satu ranting saja, dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur
kebelakang semula. sebenarnya saya
telah berjumpa dengan satu ranting
yang paling menakjubkan tapi saya tak
tahu apakah yang akan menakjubkan di
hadapan sana nanti, maka saya biarkan
ranting itu lalu saya dapati tidak ada
lagi ranting yang paling menakjubkan
selain daripada yang saya lihat tadi.
jadi saya tidak mengambil sebatang pun
akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut
bertanya kepada gurunya, apa itu
perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan
sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang.
tebanglah sepohon pokok saja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa
pohon tersebut adalah yang paling
cantik,segar dan tinggi, kerana kamu
telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan
tidak berapa lama, dia datang semula
dengan membawa sepohon kayu, walaupun
pohon tersebut tidaklah berapa segar,
cantik dan tinggi pada pandangan guru
tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa
kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab,
berdasarkan pengalaman ku sebelum ini,
aku hanya berjalan separuh daripada
hutan tersebut dan aku takut akan
kembali dengan tangan kosong. jadi
saya mengambil kesempatan menebang
pohon ini lalu dibawa kesini. pada
pandangan saya ianya adalah pohon yang
terbaik buat saya. saya tidak mahu
kehilangannya atau menyesal kerana
tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah
perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih
cinta, ditakuti anda akan terlepasnya,
dan janganlah terlalu memilih jodoh,
terimalah pasangan anda dengan
seadanya. Tidak ada manusia yang
sempurna di dunia ini. Setiap insan
pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

source:forwarded email

Wednesday, March 24, 2010

charger lappy ku


salam
untuk pengetahuan semua
cahrger lappy ku rosak
huhuhu

sebenarnya dah seminggu rosak
nasib baik la masih ada sahabat yang sudi menghulurkan bantuan
terima kasih ana
kerana bagi pinjam charger

so lepas tangguh punya tangguh
petang tadi pegi la cari chargernya
terseksa weiii nak wat keje tak der charger ni

survey nya 3 kedai jer
tapi kaki aku rasa macam nak tercabut da
lenguh
huhuhu
adakah ini kerana aku terlalu gemuk??
huhuhu..owh tidak..kena kurus la macam ni...
***apa motif bagitau kat sini???hahaha

tapi tadi pun gi survey takder yang original
dia kata kalau nak yang ori kena tempah
huhuhu

so takpela
aku beli jer la yang tak ori pun
dah tak sempat dah

so ada tak sapa2 yang dah taknak pakai charger laptop dia??
aku nak boleh???
laptop acer...

tq...

=)


di sini bermulanya kami




salam
aku mahu menyambung kisah persahabatan kami
hari ini aku pk aku akan mulakan dengan DIMANA kami mengenal erti persahabatan, ukhwah dan kasih sayang

kisahnya bermula apabila kami diwajibkan menyertai kem pemantapan
kem pemantapan merupakan kem yang dianjurkan oleh pihak kolej kepada barisan JKM
seperti tahun2 sebelumnya
kami pun sama cuma ditempat yang berbeza

pada 14/5/08-18/5/08
berkampung lah kami di KEM REBUTIA, GOMBAK

pergi sekadar memenuhi syarat yang ditetapkan
tapi ternyata apa yang kami dapat pelajari disana amatlah berharga

tunjuk ajar daripada pok nik dan semua fasi akan dikenang selamanya
disinilah bermula segalanya
pok nik lah yang mengubah kami
membentuk kami seperti kami sekarang

terima kasih poknik

ni aku nak share serba sedikit gambar bermulanya ukhwah kami
gambar memang banyak sangat
kalau nak upload semua memang tak dapat la



gambar kecik kanan: dalam bas...nak gi kem rebutia
gambar kecik kiri: selamat sampai...alhamdulillah




kat atas tu gambar before jungle trekking..baju kuning tu salah seorang fasi..bro khai
kiri: kami yang happy
kanan
lagi gambar mula2 sampai rebutia



kami beraktiviti bersama
susah senang bersama



di hutan




hari terakhir di rebutia
itulah poknik yang mendidik kami
terima kasih poknik


sape berminat nak kesini ini alamatnya:

Kem Dperkasa,
Batu 12 3/4 Jalan Bentong Lama
53100 Gombak Utara,
Selangor Darul Ehsan.



nantikan sambungannya....


Tuesday, March 23, 2010

indahnya persahabatan


Assalamualaikum. apa khabar. malam baru update. maaf la. rasa serba salah pulak. yer la kan kawan2 datang jengah tapi entry masih sama.huhuhu... hari ni tiada jawapan kenapa blog ni tak berupdate. hehehe. cuma ucapan maaf mampu kuhulur....

tadi habis kelas dalam kul 5.30 ptg. balik2 terus buka FB. ***fuhh..memang hebat penangan FB...hehehe

tengok zaki tag gambar poster. ala poster yang ada kat side bar ni.. poster JKM 08. bila da ada yang timbulkan perkara ni apa lagi kenangan2 yang pernah dilalui bersama terus bermain2 difikiran. terbit pula perasaan rindu terhadap sahabat2 sekalian. untuk menghilangkan rasa "rindu" itu apa lagi buka la album gambar2 yang pernah terakam bersama2.

memang indah saat itu, memang indah sebuah persahabatan, ukhwah yang terjalin tak dapat digambarkan dengan kata2...

tak pernah aku bayangkan persahabatan ini akan terjalin, betapa berharganya sebuah persahabatan.

ada yang bertanya "korang ni kenal2 terus memang rapat ke??" jawapan "TIDAK". kalau nak penjelasan nya memang panjang. macam mana kami boleh bermula untuk bersatu dan bekerjasama serta dimana bermula lahirnya ukhwah diantara kami.. memang sangat panjang..

insyaallah selepas ni akan ada susulan gambar2 yang pernah kami rakamkan bersama...akan aku publishkan draft yang tersimpan...insyaallah...

ukhwah yang terbina
persis sekuntum bunga
meskipun kini kita terpisah
demi kasihnya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain dibayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama
saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi

kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang
mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat
dalam sanubari

bersabarlah dengan ketentuannya
ada rahmat yang tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi....

cebisan kenangan
amar

keyakinan diri yang tinggi


sekadar perkongsian daripada pembacaan...


petunjuk orang yang mempunyai keyakinan diri:

  1. mampu melakukan kerja yang perlu dibuat walaupun tidak disukai
  2. berdaya tahan dan berdaya saing
  3. ada self-discipline, self-motivation dan mampu melakukan self-censored
  4. mampu meminta maaf jika bersalah dan memberi maaf jika dipinta
  5. sanggup mengakui kesalahan diri dan memperbaikinya
  6. meraikan perbezaan tanpa mewujudkan suasana konflik
  7. berdikari, proaktif dan produktif
  8. berani dan sanggup menanggung risiko

sumber: solusi isu No.17

Monday, March 22, 2010

highlighter bunga...

salam
gambar yang aku snap ni masa kelas keusahawanan
kelas punya la bosan
so apa lagi fokus pun bertukar la
dari elok2 concentrate blaja
berubah kepada snap gambar kiri kanan
dah snap tengok ngan member n gelak2

memang tak berfaedah la
tapi bila dah boring kan
seribu satu benda boleh jadi
huhuhu


sama la macam ni
meh nak tunjuk highlighter bentuk bunga kat korang

sebenarnya benda dapat masa pemilihan MPP hari tu
tapi aku tak dapat
sape gi awal dapat benda ni
masa aku gi mengundi da abis da
huhuhu

tak der rezeki



haaa
tengok ni
kalau macam ni ko kata ape??
teka2...




owh UTM tercinta



yeay!!!
boleh berdiri jua...
hahaha


merepek jer kan

menyesal korang baca kan
hehehe



ziana zain bersama anak kembarnya


salam
selamat pagi

baru jer lepas baca kosmo
lama dah cari gambar ziana zain n anak kembarnya ni
maklumla
dari zaman sekolah ni aku minat dia
nyanyian dia memang best la

ni gambar ehsan dari kosmo..





Muhammad Ariel, Siti Nour Kaseh dan Ziana Zain

cantik kan..
maintain jer slim..


menenangkan perasaan di PENDAS LAUT


salam
seperti yang dijanjikan
cerita dan gambar2 semasa di pendas bersambung

ni entry agak banyak gambar dan agak panjang
sabar je la korang bacer yer
hehehe

ni merupakan kali ke-3 aku kesini
kali pertama entry di SINI
kali ke-2 DISINI

kalau diikutkan
insyaallah bulan 6 ni rumah bak ni bakal dirobohkan
dan digantikan dengan rumah yang baru dan ditempat yang baru


sayang sebenarnya kalau rumah ni xder
dah tak dapat tengok laut da
hurmm

harap2 masih sempat berkunjung kerumah ini buat kali ke-4
insyaallah..




aku ke KG PENDAS LAUT
gambar ni tahun lepas
tapi keadaan tetap sama



didalam kereta
salam perjalanan



buah tangan untuk bak sekeluarga
apa itu??
rahsia la...
hehehe



aku n ctot



alhamdulillah
akhirnya sampai jua di sini
kami berempat
aku, ctot, tika n ros



masa ni hujan
indah kan ciptaan NYA
tenanglah hati..





damainya suasana jeti
yang tak aku dapat sebelum ini



gambar dr atas bot ni
tu la KG PENDAS LAUT



bot2 di jeti yang menyambut kedatangan kami
masa aku datang air pasang..
macam lengkap lak
datang masa ke-2 air surut
hari ni air pasang
hehehe



senyuman aku yang terpaksa
+ fariel yang dipaksa berambar
+ ctot yang semangat nak bergambar
hehehe
maka terhasillah gambar ini
hehehe




aku yang tudung kelepek
maklumla angin kuat
atas bot katakan
owh angin sampaikan rinduku padanya...






aku yang happy tengok air n dapat naik bot
owh angin terbangkanlah masalahku ini
ambillah "ia" untuk terbang bersamamu
pergilah bersama angin lalu
aku izinkan



tika, ros and ctot
happy dorang dapat naik bot
tq korang sudi teman aku




lunch kami hari ini
sedap kan???
memang sedap!!!




zoom!!
ketam masak asam pedas
memang sedap
rasa xpernah berubah
macam hari pertama aku merasainya





zoom lagi
ikan pari + ikan ape ntah masak asam
fuhh
memang marvelous!!




inilah dia org menghidang nasi nya
da macam rumah sendiri dah aku kat sini
xpe kan mak..mak memang cakap idah anak mak kan
hehehe



fariel
yang sangat keletah
tengok fariel ingat dua kekasih hati aku tu
rindu dorang :(




mase ni dah nak balik dah ni
tapi singgah sebentar untuk tgk perlawanan bola
salah seorang pemain nye abg angkat ku la

keputusan nya ijal menang
4-0

tahniah!!

itu lah dia hampir 3 jam di kg pendas
walaupun hanya 3 jam seribu kemanisan tercipta
satu kenangan indah tercipta
yang bakal di kenang selamanya

kepada mak, bak, kak lisa, yaya, fariel, daniel n semua:
terima kasih menerima aku sebagai salah seorang ahli keluarga.
terima kasih diatas kasih sayang dan kenangan yang tercipta.

terima kasih untuk segalanya..
insyaallah idah datang lagi di lain masa
insyaallah

kepada ros, tika n ctot
tq teman aku...terima kasih banyak2...