Monday, August 30, 2010

selamat hari kebangsaan ke 53


salam semua
sudah merdeka kah kamu?
wah soalan dia...
mencabar  jugak kan

hahahah

malaysia dah merdeka 53 tahun
tapi adakah rakyatnya a.k.a kita semua sudah merdeka

apakah merdeka pada anda semua

walau apa pun
esok cuti
selamat menyambut kemerdekaan

=)


kuih raya


tadi gi keje semua duk citer2 pasal kuih raya
macam2 ada
yer la ada yang dah start buat
ada yang dah siap
memang bagus la persiapan raya diorang

aku lak takder pe pun
baju raya pun gi cari ari jumaat ari tu

a'ah cakap pasal ari jumaat
baru teringat yang citer hari jumaat lum post lagi

bukan pe
letih kan
hehehe

haaa
berbalik pada kuih raya
anda pulak mcam mana???
dah siap??
beli ke buat sendiri???



Friday, August 27, 2010

kerinduan menjelma

salam
dah 15 ramadhan hari ni
tadi masa nak berbuka tiba-tiba terindu,teringat, terfikir
wah semua secara tak sengaja

terindukan suasana berbuka dengan kawan2
suasana berbuka dengan sahabat JKM sekalian
sangat indah suasana itu

suasana yang tak mungkin berulang lagi
kalau berulang pun entah bila
masih sempat ataupun tidak
tiada siapa yang tahu

indah nya sebuah persahabatan
keindahan yang diingati dan dikenang sampai kesaat ini
seronok dan bahagia
itulah dia keindahan persahabatan kami


seingat aku gambar2 ni mungkin ada yang dah keluar di blog ni
tapi aku nak ulang jugak
kerana gambar2 ni lah yang mampu mengusir kerinduan ini
hanya gambar2 ini yang mampu memberikan senyuman untukku
disaat aku merindui mereka
betapa besar nya makna sekeping gambar

gambar yang mampu memberikan beribu makna






sahabat2 ku
ctot, atiq, aku, kak ina n rose
nak gi berbuka tapi gatal nak pakai baju sama





owh syikin, umi
ku rindu kamu


































senyuman  dan gelak tawa kalian sentiasa terbayang dimata
pengalaman dan keindahan waktu itu masih segar diingatan

owh sahabat
sesungguhnya aku rindukan anda semua

=)


Thursday, August 26, 2010

rindu masakan ma


15 ramadhan
dan sekarang aku 22 tahun
walaupun dah umur 22 tapi sampai sekarang
aku tetap rindukan masakan seorang ibu

apa pula kata anda??
ada ker yang memang tak pernah teringin nak makan ibu masak
lagi2 bulan puasa ni kan
mesti la nak rasa gak berbuka ibu yang masak

aku memang ngaku
sekarang aku terfikir-fikir jer ma masak
nak jer balik kampung
rasa makanan yang ma masak

huhuh
tapi apakan daya
itu hanya impian
dan takkan jadi kenyataan
apakan daya aku hanya mampu bersabar




sebahagian hidangan berbuka tahun lepas




sedap...




\


walaupun ringkas tapi rasa tu mebuatkan aku teringat-ingat


=)


berbuka di luar esok


salam semua
esok cuti
sempena hari nuzul Quran

so cadang nak gi shopping raya
tak tahu jadi tak
aku follow jer la
nak wat camne gaji belum dapat lagi

tak dapat la nak shopping
tapi manala tahu kakak ku baik hati nak belanja 
so aku amik jer la
hehehe

ish melalut dah ni
berbalik pada tajuk

esok ofis sis in law berbuka luar
jadi aku pun tumpang dua kaki
hehehe
berbuka kat eistein...betul x eja ni....lantak la kan


sesape yang jumpa kat sana
tegur2 la
mana la tahu kan

=)


lagu raya


teringin mendengar lagu raya ramai2
teringin nak dengar kawan2 nyanyi lagu raya
teringin nak dengar lagu raya sampai bosan
teringin nak..........

hah apa lagi sambung sendiri
apa yang anda inginkan

eh ni dah tertukar tajuk ni
ni bukan tajuk lagu raya
tapi tajuk teringin
heheheh


takpe2

sebenarnya nak tanya pendapat korang la
pasal lagu raya ni
bila agaknya timing paling baik paling best paling ngam lah kalau pasang lagu raya????


haaaa tu dia panjang berjela ko soalan nya

haaaa pe lagi jawab jangan tak jawab...heheheh


Wednesday, August 25, 2010

reunion SKBJ 2000

salam semua. ada ke yang baca blog aku ni merupakan ex SKBJ???ada ke yang sekolah ngan aku...kalau ada comment2 la yer. ni bukan apa..just nak share la. 2 minggu lepas macam tu kat fb ada la jejak kasih gitu. so kawan2 zaman sek ren yang dah lama sangat dah tak jumpa tetiba jumpa. so tup2 dengar nak wat reunion.

lama sangat tak jumpa. lebih kurang 10 tahun la. memang lama dah. ada yang dah kahwin, yang dah ada anak. kalau ikutkan memang tak sabar menanti hari nya tapi tak nak la kan beria-ia sekali tak jadi...

harap-harap dapat la join. itu pun kalau aku der kawan nak gi...kalau tak memang xgi la jawabnya...

macam tak percaya pun ada kawan yang terpisah lebih kurang 10 tahun contact balik....memang superb la FB....kena tukar nama la lepas ni...dr FB jadi penghubung hubungan yang terpisah...heheheh

tapi dalam diri pun cam dalam dilema lagi...nak gi ke x???

=)

gelora di hati sara 2

salam semua. gigih betul malam ni....lepas jer abis gelora di hati sara ingat nak tdo...dah siap2 baru terfikir tak update lagi. so apa khabar kawan2 sekalian? sape2 yang kerja kerajaan dan pesara dapat bonus raya kan 500....wah2 boleh la tu belanja kan...hehehe...

ni dah lari jauh dari tajuk ni..actually citer ni aku ikut masa siri 1 dulu lagi....sampai sekarang. punya la gigih mengikuti ketabahan, kesedihan dan kegembiraan sara. kalau org tanya leh lagi nak citer A sampai Z...huhuhuhu

citer hari lak bisa membuatkan hati bertambah syahdu. dah la rindu kat ma kat kampung. tengok betapa sayang nya sara kepada seorang bayi. wah syahdunya dan indahnya kasih sayang seorang yang bergelar ibu. sanggup dia berkorban demi membahagiakan seorang anak. subhanallah. tabah sungguh hati sara. aku terfikir-fikir masih adakah wanita seperti sara sekarang???yang sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang tersayang.

kalau la di CDkan nak jer aku beli. menarik walaupun kadang kala telatah dan perangai rina bisa membuatkan hati geram yang teramat.

kalau pasal cerita yang suka, bercerita memang best. kalau la masa belajar dulu baca buku macam ni kan bagus...hehehehe

nak berhenti sekarang boleh...tamat tanpa penutup...hehehe...sekian...=)

mahu sebab???


mahu bersebab pula
sebab mengapa lama tak berblog

1.broadband aku rosak sebulan. so hilang punca internet..huhuuhu
2. upacara berebut laptop dgn anak2 sedaraku
3. aku mula bekerja...baru bekerja makanya jadual lari..hohoho
4. aku tiada mood menulis
5. aku rasa fed up dengan seseorang

seterusnya banyak lagi
tapi nak ke korang baca sampai habis
hehehe

cukup2 la kan
insyaallah

aku akan mula menulis dan mencoret kembali


Tuesday, August 24, 2010

kerinduan mencoret


salam semua
aku tengok ada gak yang datang menjenguk
terima kasih la
walaupun tak berupdate
tapi ada gak yang nak singgah

secara jujurnya aku merindui
sangat merindui saat2 aku mencari idea
saat aku memikirkan apa yang ingin dicoretkan disini
saat2 aku tergapai2 mencari mood untuk menulis

sekarang
aku terlalu menginginkan nya
tapi apakan daya
aku masih cuba menyusun jadual ku kembali


menyusun kembali jadual kehidupan harian yang agak tidak teratur
insyaallah
andai semuanya seperti biasa
kan ku coretkan sesuatu untuk melepaskan rasa "itu"


menulis merupakan terapi buatku
jadi aku dah buat keputusan
aku akan try susun semula jadual ku

akan kujengah blogku
akan kucoretkan sesuatu
walaupun cuma sebaris ayat
walaupun cuma bertanya khabar berita.

insyaallah