Sunday, January 31, 2010

jom buat dialog lucu mana tahu dapat duit

***sticky mode..scroll bawah 4 new entry...


salam semua. selamat hari jumaat. haa. aku skang kan malas nak wat entry baru. malas nak citer pasal pe2 pun. tapi tiba2 terajin nak join contest. jom sama2 memeriahkan. give support to bloggers..hehehe.




kat bawah ni adalah dialog yang perlu anda reka..
..
..


boy 1: eh lan(boy 2) cuba ko tengok budak perempuan tu...kain dia koyak weyyy....hish..
boy 2: a'ah laaaa...besar lak tu koyak nyer...
boy 3: eeeee...xmalu..pakai kain koyak....(nada budak2 mengejek)

p/s: kak, saya bagi nama kat boy 2 sebab senang nak wat dialog..hehehe..maaf..

Nota penting: Dialog tu tulis di bawah gambar. Kalau ditulis di dalam box kat gambar tu, nanti tulisan jadi kecil tak dapat baca.

hehehe
itu saje rekaan dari ku
pe lagi jom join ramai2



Saturday, January 30, 2010

thaipusam


kepada pengunjung blogku yang menyambut hari thaipusam..
selamat hari thaipusam aku ucapkan...


owh ibu


salam semua
cuti mid sem bagi UTM tinggal lagi 2 minggu
arghh
lambat pulak aku rasa
da xsabar nak balik ni
nak jumpa mak
huhuhu
rindu sangat da ni

owh ibu
ku rindu kamu
hehehe


Friday, January 29, 2010

giveaway sempoi oya


salam. masih emnggila nak join contest. hehehe. takpela kan. haa ni dia contest baru dari blog kak oya. sape nak join jom..




haaa..apa tunggu lagi..
jom join ramai2

hadiah menarik dan comey2 menanti anda
hehehe



Wednesday, January 27, 2010

selamat hari tua..

salam
selamat pagi
sekarang 27.1.2010 jam 12.01 pagi
tiba giliran untuk kakak ku
zuliarna menyambut ulang tahun kelahiran

selamat hari lahir yang ke 26
wah
da boleh kahwin ni

untuk kak na:


happy birthday to u
happy birthday to u
happy bithday to kak na
happy birthday to u

kakna,
we doakan semoga panjang umur dan murah rezeki
semoga cepat dapat jodoh
semoga dapat suami yang baik dan yang menerimamu seadanya
semoga panjang umur
semoga dikurniakan kesihatan yang baik

semoga termakbul semua impian
insyaallah



untukmu:




dapat x tanding pooh tu???
hehehe

selamat hari lahir na. luv u always my sis....


nak kek...

pics kredit to google...

Sunday, January 24, 2010

mimpi


salam
pernah x korang mimpi?
mesti pernah kan.
pernah mimpi nangis tapi sedar2 nangis betul2
sampai teresak-esak.
pernah x?

huhuhu



sedikit luahan untuk mu sahabat:

sahabat, maafkan aku diatas segalanya.
maafkan aku jika pernah menyusahkan mu
maafkan aku jika dengan mengenali ku satu beban kepada mu
maafkan aku andai dengan mengenali ku memberi banyak masalah kepadamu
maafkan aku jika aku banyak meminta pertolongan darimu
maafkan aku andai engkau menyesal dengan persahabatan ini
maafkan aku kerana membuat mu rasa sedemikian
maafkan aku wahai sahabat

tapi jujur aku katakan
andai kau menyesal mengenali ku
aku lagi menyesal kerana membuat mu kesal
aku lagi menyesal kerana tidak menyedari nya sepanjang persahabatan kita
aku hanya menyedari selepas itu
maafkan aku sahabat

tapi satu soalan ingin ku ajukan
ingatkah engkau dengan semua janji mu kepada ku???
masihkah kau ingat??????

maafkan aku sekali lagi wahai sahabat...





Saturday, January 23, 2010

maaf...


salam.hari ni majlis kahwin abg dus a.k.a abg amy. dia ajak aku pergi. so alang2 dapat jumpa. aku teringin sangat nak pegi. nak sangat. tapi apakan daya, aku hanya merancang. atas sebab2 tertentu aku xdapat pegi. amy, orang mintak maaf.
entry ni kutujukan khas buat sahabat ku yang amat kurindu:
amy, sory sangat. org da try nak pegi, tapi at the end ada masalah. so org xdapat pegi n kita pun xdapat jumpa. padahal orang da rancang da nak borak2 n nak citer2 ngan amy. huhuhu. sory tau. insyaallah orang try. jika diizinkan insyaallah kita jumpa.

sekali lagi maaf sangat2..



ni la sahabat yang sangat ku rindu...
:-(


adam dan amin...


salam semua
da lama jugak aku xwat entry untuk adam n amin
yer la
gambar dorang jer la yang aku leh jaja
nak jaja anak sendiri xder lagi
so ko tengok la adam n amin ni sampai puas
hehehe

gambar ni da lama aku edit
cuma xupload dalam ni jer
tapi ari ni
tengok2 gambar
rasa macam nak jer letak kat blog
hehehe


muhammad adam
mula2 lahir kecik sangat
da 3 4 bulan uish
semangat badan nya
da besar skang da slim balik
hehehe



yang atas gambar adam
yang bawah lak gambar muhammad amin
hehehe


p/s:kak chek tgkla gmbr ni..comey kan..?


Kemangkatan Sultan JOhor


AL_FATIHAH BUAT
ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL

takziah




petikan dari berita harian:

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.


boleh klik sini


Tuesday, January 19, 2010

Baby Ibu Giveaway

salam
baby ibu menganjurkan giveway lagi
jom serbu tengok

hadiah menarik menanti
:-)

Monday, January 18, 2010

jalan-jalan


salam semua
salam 1 malaysia

semalam aku just cerita jer kan
sebab semalam da ngantuk kita sambung ari ni
ni hanyalah gambar sahaja
tiada cerita banyak mana pun
hehehe

sekarang ni pun aku ngantuk
tu la semalam xdapat tido
huhuhhu
nak tido la jap lagi
hehehe

jom tengok gambar


ni kat hutan bandar mutiara rini
singgah makan pisang goreng
best wei tempat ni
lawa sangat
agak jakun la
sebab first time datang
hahaha
padahal da dekat 3 tahun duk skudai
hehehe


see
cantikkan??


kami di danga bay
amik gambar bayang2
ish sape lak kat tepi tu??

ok...tapi nape ada tangan lak
hehehe


haa
ni lah model bayang-bayang nya
hehehe


ke plentong...

salam semua
senyap jer kan
xupdate blog
bukan bz yer
awal2 lagi aku gitau
cuma malas wei
malas ni
skang pun malas
nak letak gambar
tapi cari cable xjumpa lak
hhuhuh
tunggu la yer

so aku cerita tanpa gambar
semalam aku gi plentong
gi umah kak ina
tdo sana
sebelum balik umah singgah jap kat dangan bay
lama sangat da aku xpegi situ
rasanya klu xsilap last pegi ramadhan ari tu kot
huhuhu

lama da la
perubahan pun da banyak aku tengok
makin lawa tempatnya
cantik la

sape xpernah pergi dangan bay?
jom
hehehe

bersambung yer..
ngantuk..


Saturday, January 16, 2010

bila hayati lagu....~~~


salam semua. semakin hari aku da macam lupa da aku ada blog. bukan pe aku xder benda nak dikongsikan. xkan la aku nak citer bnda sama kan setiap hari. boring la. aku pun boring nak tulis. hahaha. alasan banyak ajer bila da malas tu. hehehe.

ok jom mula bercerita.
sebenarnya niat asal ari ni nak tido awal. tapi disebabkan ngantuk, menguap yang amat tapi xnak lena. huhuhu. macam mana nak wat tu. aku try baca OB walaupun tak exam. yerla mana tahu berkesan jadi ubat ngantuk. tapi hish xjalan jugak. nampaknya ngantuk masa study OB ari tu sebab digoda oleh nafsu nak tdo dan digoda oleh katil. huhuhuhu.

sudahnya buka laptop, jom dengar lagu nasyid. layan nasyid tengah malam macam best. sambil2 tu kita update blog..hehehe.

skang aku ngah dengar lagu AYAH -dehearty...da 3 kali ulang. mcam best jer lirik dia. tapi bila da hayati mcam ni aku RINDU ABAH la.... AL-FATIHAH

ni aku bagi lirik kat korang

AYAH(dehearty)

disisimu setia menanti
lahir anakmu
menambahkan seri
bersama alunan memuji illahi
di telingaku kanan dan kiri


hari-hari makin mendewasakan
hidupmu tabah menongkah cabaran
dalam mendidik amanat tuhanmu
sabar melayan kerenah yang seribu


titisan keringatmu menyubur kehidupan
berhujan panas tidak kau endahkan
dirimu tetap gigih menuai rezeki
menjadikan mimpi satu realiti


biar ku tawar ruang yang berjuta
biar kuhampar selaut mutiara
tak mungkin membalas segala jasa
yang tidak ternilainya


oh ayah akan ku bukti pada mu
curahan kasih tidak ku sia kan
mencapai cita jua kejayaan
kan ku bela nasibmu....
di hari tua




lagu ni menyentuh hati. membuat aku makin rindu pada abah. aku tidak sempat membalas jasanya. yang mampu aku berikan sekarang adalah doa dan AL-FATIHAH sebagai tanda ingatan dan membalas jasa. jasa abah sangat besar dan xsempat aku balas sampai bila pun. walaupun abah xsempat tengok aku sekarang akan ku semat dan akan ku kenang pesanan demi pesanan dari abah. akan ku simpan semua kenangan bersamanya. betapa aku merinduimu.....tidak sempat ku bela nasibmu dihari tua...

Friday, January 15, 2010

istimewa buatmu...~~~

salam semua kawan ku
apa khabar anda semua??
alhamdulillah aku sihat2 saje.

seperti yang aku janjikan(janji ke?)hehe
bulan januari adalah bulan menyambut hari lahir
bagi adik beradik ku
hehehe
seperti biasa la
ni kali pertama birthday diorang aku war-war kan
kat sini kan
so bagi la peluang untuk semua kawan2 ku jua
mendoakan kesejahteraan family ku

insyaallah

sekarang ni 15.01.2010
tiba giliran kakak ku yang disayangi a.k.a kak chek
menyambut ulang tahun kelahiran ke 24
wah da tua da ni
da boleh kahwin da ni
hehehe

kepada kak chek:
selamat hari lahir we ucapkan
semoga dimurahkan rezeki
semoga panjang umur
semoga dikurniakan kesihatan yang baik
semoga mendapat kesejahteraan didunia dan di akhirat
semoga tercapai apa yang diinginkan

last sekali:
semoga kita dapat grad sama2
insyaallah

SELAMAT HARI LAHIR
MY BELOVED SISTER

luv u so much!!


selamat hari lahir..
..
..






haa
aku sekali kan terus eh


dikesempatan ni jugak aku nak ucap
selamat hari lahir untuk seorang sahabat
yang aku pernah sayang seperti keluarga sendiri
ingat entry ini??
hari ni jugak birthday dia ke 21

selamat hari lahir
semoga panjang umur dan murah rezeki
semoga dapat apa yang diinginkan
insyaallah

selamat hari lahir




selamat hari lahir ..
..
..
..
..


pics kredit to google

Wednesday, January 13, 2010

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com

****sticky mode...entry baru bawah yer...


salam semua
jom join contest ni



Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com


haaa
jom join ramai yer kawan2...
jom klik sini


test OB...


yes
test pertama untuk sem ni
test Organizational Behavior(OB)

minggu dah bermula minggu lepas
so test OB mendahului test
bermula sesi menghafal
hehehe

tapi lemahnya baca OB ni
ya Allah, menguji semangat betul
baca xabis 2 muka surat
da start menguap
hahaha

bila kena macam ni teringat zaman sekolah
kalau xleh tidur baca buku sejarah
hahaha
confirm tidur
sekarang da dapat ubat baru
yeah OB
hehehe

da2 melalut jer keje nyer
da terpesong dari niat asal nih
sebenarnya
..
..
..


sebenarnya
kepada semua kawan2 yang amik test OB esok
GUD LUCK
all the best
jom mencintai OB
hehe


temujanji kita semua
hari: khamis
tempat: bawah MSI
masa: 8.30 malam

..


selamat hari lahir adikku..


salam semua. salam sejahtera. salam satu malaysia. wah tiba2 aku dah satu malaysia. hehehe. seperti yang dijanjikan dan diperkatakan entry bulan januari adalah penuh entry birthday.
so sekarang tibalah pula giliran adikku zunairah.

selamat hari lahir yang ke -18
wah kamu da 18
da besar da
alhamdulillah


happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to irah
happy birthday to u


semoga panjang umur dan murah rezeki. semoga sihat2 selalu. lepas ni jaga kesihatan. cukupla sekali pengalaman ari tu kan. all the best my sis. love u so much..


untuk mu syg...
selamat hari lahir

good luck




Sunday, January 10, 2010

peneman baru...

salam. ini juga kisah semalam. gi jalan bilik kina so dia tunjuk quran baru. wah terus tertarik nak beli. mana tahu boleh kasi kat adik ke. xpun aku sendiri guna. macam2 warna ada. so kepada yang berminat boleh hubungi kina.

kakak2 ku..anda mahu tidak??


haa...
inilah dia
peneman baru...

insyaallah


senyuman mu...



Ceriakan hari anda dengan

..

.

.

.

.

SENYUMAN





tiba2 teringat lak lagu yang selalu kena nyanyi bersama sahabat

senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
dunia mu berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan
ku tersenyum
kau tersenyum
kemesraan terjalin

se....nyum
membahagiakan

dengan senyuman terjalin lah ikatan


(hish betul x ni???da lama xnyanyi..ingat2 lupa la)
***kalau salah betulkan eh kawan2...hehehe


kiriman tanda ingatan~~~~


salam
selamat pagi semua
wah rajin kan
pagi2 dah buka blog
buang tabiat ke apa kan
hehehe
biasa la tu
bila bangun dengan kejutan maka
semua nya berlalu dengan kejutan
hehehe
pe2 je la
pagi2 idea xde la nak tulis


semalam aku mimpi mak angkat aku
huhuhu
ni mesti ekoran dari KIRIMAN itu
hehehe

kiriman tanda ingatan dari bak untuk aku
huhuhu
terharu wei, serius terharu sangat
bila bak ingat aku
rasa macam anak dia sendiri da
***cry again

cerita nya macam ni
semalam ain gi pendas
(tp dia xajak aku pun..hhuhuhu...sedih)
kalau xsilap rumah lisa yang ada kenduri
klu xsilap la
then ain terserempak ngan bak
so bak kirim kan aku pulut kuning
terharu sangat sebab bak kirim
memang bukan apa pun tapi aku rasa terharu sangat
sampai termimpi2
i like..
hehe
sebelum makan
amik gambar kenangan dulu



inilah dia kiriman dari bak


zoom pulut kuning

gulai ayam nya

terima kasih bak dan mak diatas ingatan itu.


Saturday, January 9, 2010

sekian lama~~~


salam semua.
apa khabar hari ni?
aku alhamdulillah sihat sajer.
haa.
aku happy sangat ari ni.
syukur alhamdulillah.
walaupun semalam sedih dan rasa down sangat.
hari ni adalah pengubatnya.
alhamdulillah


setelah sekian lama(eh, lama ke?).
hehehe.
aku pun lupa berapa lama.
tapi aku rasakan agak lama la,
aku terlost contact ngan sorang member ni
member yang aku pernah sayang macam family sendiri
member yang aku rasa kalau dia sedih aku lagi sedih tengok die sedih
tapi alhamdulillah setelah lama aku mencari
akhirnya aku bertemu jua dengan
setelah sekian lama aku menjejaki
alhamdulillah
gembiranya hanya DIA yang tahu




bila gembira jumpa balik, tiba-tiba aku flash back balik, apa yang pernah terjadi sebelum ni. apa yang pernah dia cakap ngan aku, apa yang dia pernah wat kat aku, tapi ntah la. aku rasa hari ni aku macam boleh maafkan apa yang terjadi dulu walaupun masih banyak yang aku nak tanya. tapi aku xsamapi hati nak kemukakan soalan kepadanya. aku rasa ini adalah petunjuk dariNYA. setakat ni biarlah aku dengan keputusan dan perasaan ini.


tenangla hati...


**sekadar luahan rasa....

ermmm...aku xtahu macam mana nak luah. macam mana nak bercerita kat sini. tapi aku perlu bercerita. walaupun aku xharap orang baca. tapi aku perlu menulis. perasaan sekarang bercampur aduk. xtahu nak gitau pe yang aku rasa. tapi aku rasa sedih, nak nangis, geram pun ada, kecewa ada, macam2 perasaan ada. huh. susahkan kalau bila kena macam ni. serba xkena. aku cuma mengharapkan aku tenang tika ini. aku sangat mengharapkan. teman2, doakan aku yer, doakan aku tenang dan sihat sejahtera.


rasa nak menjerit pun ada


nak nangis pun ada


tapi aku kena tabah
padanya aku memohon
sokongan anda semua aku perlukan



bila kena macam ni, rasa macam ni aku sering terimbau kata2 seorang sahabatku
kenapa kita terpilih untuk diuji...
kenapa kita yang kena..

ye..setiap yang berlaku ada hikmahnya...

mungkin dengan ujian ni mendekatkan aku padaNYA...

insyaallah..



Friday, January 8, 2010

Al-Fatihah...


AL-FATIHAH untuk arwah abah...


aku rindu abah..

hurmm...

semoga abah ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman. amin..



Wednesday, January 6, 2010

MOBS & Lollietots Cutest Smile Baby Contest


salam semua
musim menjoinkan diri untuk contest
wah

jom join ramai2
sapa yang berminat kik sini

hadiah menarik menanti anda:

PRIZES ...
1st prize: RM80 Voucher
2nd prize: RM50 Voucher
3rd prize: RM20 Voucher
Consolation prize: RM10 Voucher x 2
Special prize: organic cotton soft toy - fred petite monkey by miYim





untuk keterangan lanjut boleh klik

http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/01/mobs-lollietots-cutest-smile-baby.html


dan gambar yang dipertandingkan
..
..
..
.
.
.
.





nama: Mohammad Amin bin Zulisam
Umur: 2tahun 3 hari
Gender: lelaki


mudahan ada rezeki..
insyaallah..


happy birthday ALONG!!!


salam
bulan ni korang jamu je la mata dengan entry birthday
hahaha
sajer gatal kan nak jugak post satu2
biar la
aku punya suka la kan
hehehe

so ari ni tiba masa untuk ALONG
owh yer along a.k.a mohamad hanif
da genap 24 tahun hari ni
wah da tua da
da boleh kahwin da ni
ehem ehem
hehehe

happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to along
happy birthday to u


krdt to pakcik google


kepada along:
selamat hari lahir, semoga panjang umr dan murah rezeki. semoga dikurniakan kesihatan yang baik. terima kasih jua we ucapkan diatas semua bantuan yang along hulurkan untuk family we. terima kasih diatas segalanya. terima kasih jua untuk kakak ku. tq 4 everything.


ya Allah...


sekarang da 1.47 pagi..
aku ngantuk n letih sangat.
tapi aku xboleh nak tido.
aku sakit perut.
sangat sakit.
huhuhu (*cry)
kawan2 semua da tdo. huhuhuhu.
sakitnya =(

Ya Allah, bantulah hambamu ini.
amin.


Monday, January 4, 2010

adam ke sekolah...


salam semua
haa ari ni kan da mula sesi persekolahan
so adam pun da mula sekolah ari ni
tapi adam bukan darjah 1 la
baru 5 tahun
tapi teruja wei anak sedara nak sekolah
rasa macam wah da besar da anak sedara aku
eh klu anak sedara da besar maknanya
aku da makin tua la
huhuhu


pagi tadi just pk2 dan imagine macam mana adam kat sekolah
sabar2 idah tunggu malam kang telefon tanya
tengah2 sabar menahan perasaan ingin tahu
dapat lak mesej dari abang
teruja nih
mesti pasal adam

memang tepat sekali
abang ku gitau adam ok jer kat sekolah
baik2 jer
kena tinggal pun ok jer
wah adam memang budak baik

da besar kan
belajar rajin2
nanti we bagi hadiah
hehehe


haa ni la adam yang da besar
ni gambar terbaru adam yang aku ada



adam n amin

:-)


Sunday, January 3, 2010

pendas 25.12.09...


salam
lama jugak eh aku xbercerita kat blog
sekarang bukan alasan busy yang aku pakai
tapi mood berblog hilang
disebabkan kata2 seorang TEMAN

disebabkan itu banyak la entry yang tergendala
huhuhu
disebabkan ada yang kata aku gembira gi pendas
so meh sini tengok
kegembiraan aku disana
huhuhu

***huhuhu pedas..panas..maaf yer***

25/12/09 kan cuti so rancang gi pendas
bertolak lebih kurang kul 9.45 pg
sampai jeti kg ladang kul 10.30 pg klu xsilap
so carila bot nak tumpang nak seberang
apa lagi haffiz menjalankan tugasnya
rupa2 nya bot bak memang aa kat situ
sebab bak beli makanan klu xsilap

so jom naik bot seberang balik umah

jom tengok gambar



air surut masa kami sampai
pemandangan masih sama macam masa pergi dulu
tiada apa yang berubah
dah kata baru 2minggu lepas program kan
hehehe



restoran nelayan
tempat pertama kami makan semasa tiba di kg ladang
semasa KHIDMASRA dulu



da naik bot
bak(baju merah), eddie(cap merah) n nofuz

lelaki lagi sorang(ijal).


lihatlah
GEMBIRA kan aku bila naik bot
hahaha


sampai2 jer umah macam biasa, wat cam umah sendiri, bagi salam semua jumpa mak, salam+peluk2, mak tanya la datang ngan apa semua. ala macam biasala nama pun mak kan. mestila tanya semua tu. sampai2 jumpa daniel n yaya jer. yang lain xder keje kata mak. kak lisa pun keje.

jom tengok gambar lagi


daniel



haa ni ikan yang bak bekalkan masa antar kami
banyak kan
macam2 jenis ada
nampak jer macam sikit tapi banyak tu
xterlarat nak siang ikan


macam biasala xpernah tengok ikan besar2
banyak macam ni
jadi jakun la kejap
hahaha

ikan pari tu
besar ko


ketam bulan
first time kot tengok
hahaha


ni ikan buntal klu xsilap
semua ikan aku pegang ko
hahaha


pemandangan belakang rumah
indah
dan menenangkan


ini dah second day kat pendas
besar kan ikan tu
mak cakap ikan mayong
klu xsilap aku la
ke aku yang lupa
memang besar
aku angkat pun fuhhh, berat weii..


haa..tengok besar tu


gambar kat bawah ni gambar last aku snap before bateri fon flat. alkisah nyer aku tengok burung ni da lama. masa datang program hari tu. tapi baru datang kan, segan la mintak nak gi tengok dekat2. so tengok je la jauh2. jadi da alang2 datang kali ke-2 ni apa lagi tunjuk la muka xmalu sikit. gi rumah sebelah tengok dari dekat.

hari ni jugak la kak intan, kak faiah, yon n ain datang umah. tapi gambar diorang xder la pulak. huhuhu. rugi la pulak.

haa
ni la burung helang nyer
first time tengok dari dekat
tapi xdekat sangat
takut wei
tiba2 burung tu terbang kang sape nak jawab
hohoho


hari ketiga non ado la gambar nya. tambah2 pulak umah bak xder elktrik. so macam mana nak charge kan. huhu. sabar je la.

so anak2 bak semua aku da kenal kecuali abang yang sulung. tunggula ada peluang insyaallah ketemu jua. baru aku perasan aku xamik pun gambar kak lisa, abg ghafi, kak manja n kak zai. so xdapat la nak kenal. nanti la lain kali la.

itu sajer kisah ku di pendas 25.12.09-27.12.09

sekian..

:-)