Thursday, December 31, 2009

31 disember 2009


hari terakhir dalam tahun 2009
esok da 2010
tapi johor xcuti la
maka kami ada kelas
huhuhu

so esok da xder 2009 da
tulis kat date 1.1.2010

kepada semua kawan2
all the best..


Wednesday, December 30, 2009

30 disember 2009


tahun 2009 bakal meninggalkan kita semua.
tinggal lagi esok bagi tahun 2009..
lepas ni da tahun 2010.
tahun bertambah, usia pun makin bertambah.
cepat sungguh masa berlalu..


membisu!!


salam.
maaf kerana tiada entry yang menjengah.
bukan apa.
aku masih terkesan ekoran teguran dari seorang teman tempoh hari.

aku tahu niatnya baik.
tapi aku rasa sedih dengan teguran itu.
kerana dia masih belum memahami aku sepenuhnya.
tapi dia beria2 nak gitau aku dia da kenal aku lama.

xpela teman. terima kasih untuk teguran itu.
tapi fahamilah aku dan fikirkan sebaiknya sebelum melontarkan kata2.




Monday, December 28, 2009

kenapa???


semalam aku ada gitau yang rancangan menjadi kenyataan.
tidak aku sangka rupa-rupanya ada temanku yang tidak menyukainya.
semalam ada email aku.
cakap kenapa cuti xbalik kelantan.
kalau balik kelantan boleh jumpa family.
kenapa gi gelang patah melawat keluarga angkat.
kenapa xbalik kelantan.
susahnya kalau ada yang tidak faham kenapa.
siapa didunia ni yang xnak balik jumpa family sendiri?
kalau ada pun rasanya xramai.
ada sebab kenapa aku xbalik.
apa yang lakukan ada sebabnya.
jadi xpayah nak tanya2 kenapa.

salahkah tindakan aku??
aku perlukan pertolongan anda sahabatku: email la kat aku..
kenapa salahkah kalau aku melawat keluarga angkat ku.
yer bak sekeluarga hanya keluarga angkat.
tapi dia layan aku macam anak sendiri.
bak sekeluarga baik.
xpernah bezakan aku dengan yang lain.
kalau lah korang.
orang ternanti2 kamu kesana, telefon tanya berita selalu, adakah kamu hanya mampu berdiam diri?
xkan xnak gi jenguk dia. sedangkan dia tinggal berdekatan tempatmu.fikirkan...


kenapa tiba2 ada orang yang boleh dipanggil TEMAN boleh menyoal sebegitu.
salahkah tindakan aku??
aku gi pendas bukan ma aku xtahu. dia tahu.
aku xpernah membelakangkan ma.
sampai UTM dari gelang patah ma orang pertama aku telefon sebelum telefon bak. setahu aku, sampai saat ini ibuku masih ditempat pertama.
tiada siapa yang mampu menandingi nya.

fikirkan balik teman kata2 mu itu.
mungkin kamu tersalah bicara.

apapun maaf kerana aku membuat entry khas untuk soalan mu itu.
aku perlukan pandangan temanku yang lain.
walau apa pun jangan risau. namamu xkan kusebut kepada siapapun kecuali keluarga ku. insyaallah.

MOBS END OF YEAR CONTEST


salam semua... tadi sambil blogwalking aku terjumpa satu contest ni..
macam menarik.
so aku mencuba nasib
join jer menang kalah belakang kura
:-)

contest best family photo yang dianjurkan oleh malaysianonline babyshops.. klik sini




gambar yang aku pertandingkan adalah
..
.
.
.


gambarku sekeluarga

banyak hadiah yang bakal dimenangi
jom2 join ramai2

semua pertanyaan boleh klik sini



Sunday, December 27, 2009

menjadi kenyataan..


salam semua. ari tu aku ada gitau aku rancangan aku nak kg pendas laut kan. alhamdulillah. rancangan nya menjadi kenyataan. aku gi kg pendas laut. xsangka gak secepat tu aku gi sana lagi sekali. ye la baru lebih kurang 2 minggu kot kami tinggalkan kg pendas laut. alih2 berjaya jugak kami kesana lagi. alhamdulillah. syukur. gambar xder la amik mana pun. sebab semuanya sama macam aku pegi dulu. masih tidak berubah.

pe pun aku gembira gi sana. walaupun pada mulanya terfikir alangkah baik kalau aku pulang menjenguk ma di kelantan tapi bila fikirkan masa dan kos aku hanya bersabar dulu buat seketika. insyaallah waktunya mungkin tiba jua. kasih sayang dan layanan yang diberikan oleh bak sekeluarga boleh diibaratkan macam keluarga sendiri. sangat bahagia. penuh gelak ketawa. alhamdulillah aku masih diberi kesempatan itu. alhamdulillah.

cerita2 lain aku cerita nanti. full story nya. esok insyaallah..sebab mata da berat. ngantuk sangat.

salam.


Thursday, December 24, 2009

ke pendas laut...


salam semua...insyaallah. kalau diizinkan NYA insyaallah aku sekali akan ke pendas laut bertemu semula keluarga angkat disana. kalau ikut yang dirancang aku akan kesana esok pagi. tapi itu hanya rancangan. tapi aku amat mengharapkan ianya menjadi kenyataan. insyaallah.

jadi untuk itu aku bercuti untuk blog 2 hari...kalau la ianya menjadi kenyataan. jika tidak esok anda akan lihat entry baru dari aku..hehehe.

selamat bercuti.
kepada kawan2 ku yang nak balik ke kampung halaman, hati2 di jalan.

:-)


Wednesday, December 23, 2009

selepas 12 hari..

salam semua. maaf sejak akhir2 ni tiada post baru yang dapat aku publishkan. aku tahu ada yang email meminta aku tunjuk gambar gi negeri sembilan hari tu. aku bukan xnak tunjuk. tapi masa dan KESIHATAN yang xmengizinkan aku. dua tiga hari ni jadual tido aku da berubah sikit. bila aku makan ubat, mata mula berat. xkira kul berapa pun. bila da tido awal mula la kul 3 or 4 pagi da sedar. sakit kepala pulak. hari ni rasa macam ok sikit.

pagi tadi ingat sebelum nak gi lab nak buka laptop jap. tapi da xlarat aku rasa, terus jer gi lab. wat2 keje kul 5 balik dah. xlarat aku nak duk lama2 kat lab.

wah da jauh aku bercerita ni. da lari tajuk da ni.
sebenarnya entry ni khas ku tujukan buat "kak pah" diatas kesudian memberiku sesuatu sebagai tanda ingatan..

walaupun selepas 12 hari birthday aku dapat hadiah jugak dari kakpah..

jom tengok apa yang aku dapat..
terima kasih kak pah..

inilah dia...
cantik kan
i like blue
:-)



inilah kak pah
thanks kak pah


jom kita letak ditempat sepatutnya
..
..
.


cantik kan


haa...
disitulah "dia" tergantung...
hehehe



so lepas ni sape jalan tepi aku
dapat la dengar loceng
heehehhe



once again,
tq kak pah...
..


Tuesday, December 22, 2009

adik...selamat hari lahir...


adik!!
selamat hari lahir yang ke-7
da besar da adik
so lepas ni pagi2 nak gi sek xpayah nangis2
adik da besar

selamat hari lahir dik
semoga berjaya dunia dan akhirat
semoga murah rezeki
love u so much!!


my beloved sis...
:-)


Sunday, December 20, 2009

selsema yang kunjung tiba...


salam semua. aku selsema lagi. waaa. aku xsuka macam ni. da hari ke-2 asyik berair jer hidung. huhuhu. rimas pulak rasa. huhuhu.

kawan2 sama2 doakan aku sihat walafiat. insyaallah.

:-)


Saturday, December 19, 2009

karoake..


salam
masih berkisar entry lama
ni cerita masa hari first gi tengok rumah
kalau xsilap ari jumaat
kak ina adalah teringin nak karoake
hahaha
dan kami pun gi la karoake kat giant bukit indah

jom tengok gambar..



marina gigih memilih lagu


kak ina, atiq n rose

rose nyanyi


aku n rose


atiq, rose n aku


gambar lagi
orang lain sibuk nyanyi
aku sibuk amik gambar
hehehe
biasalah aku kan
sape xkenal
hehehe


jom ke plentong

hari ni masih di bilik
xder ke mana2
hanya menunggu asar dan akan kerumah kak ina sekali lagi
so sambil2 aku terasa rajin
nak letak gambar2 semalam
semalam just cerita
dan inilah gambar nya
hehehe



sebelum berangkat
bergambar dulu
wif ctot


atiq n ctot


masa ni da nak balik UTM
eh belum lagi
cari langsir dulu baru balik


muka seronok dapat basuh rumah


pandangan dari bawah umah marina
umah marina paling atas
tingkat 5
wah kurus la kak ina nanti
hehehe


pintu rumah nya
no.....


haa...
M5 rumah kak ina


da nak balik da
kunci rumah dulu..



itu sahaja. perasan x gambar rose xder. ini kerana rose xnak bergambar semalam. ntah apa yang menyebabkan dia xnak. hehehe

itu sahaja untuk update rumah kak ina. dalam rumah xder gambar. lupa nak snap. nanti la aku snap lepas ni.

ok
daaa
salam


bowling skudai parade + pontian


Salam. masih lagi berkisar pada entry lama. masih lagi bersusun paku entry2 yang belum di publish. yang masih kekal tetap di draft. insyaallah ada kelapangan akan aku publishkan. insyaallah. ni nak kongsi aktiviti kami( aku, en.hendra, hafiz, taufik, zaryn, ain, qibem, yus) selepas berakhirnya khidmat masyarakat. so apa lagi lepaskan tension dengan berjalan2. bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.

entry sebelum ni aku dah ada cerita detail kan. kalau xingat boleh klik sini. hehehe.

jom tengok gambar ihsan dari yon n ain. thanks..



mulakan dengan gambar di tepi laut
layankan ajer
hehehe


sambil main bowling sambil gambar


dr kiri: taufik, haffiz, zaryn, ain, aku n qibem


dibelakang rafiq, n pegang bola merah yus


bergambar lagi


haa
masuk2
selit2 selagi muat


ok nampak pun


haa tengok gembiranya
sampai tertutup mata haffiz
hehehe


..
.


lagi di tepi laut pontian
first time ni aku sampai sini
thanks kawan2


indahnya suasana


haa semua nak tayang belakang


jom menyusuri
berjalan2 di petang hari


kami


cantik kan??


sebelum makan bergambar dulu


haa
minuman dan makanan da sampai
makan
tengok la qibem makan
semangat tu
hehehe


itu sajer gambar yang rajin aku upload. terima kasih kepada semua kerana sudi mengajak aku. terima kasuh terutama kepada en hendra. thanks.


keluar lagi..



salam semua
kawan2 semua sihat
hari ni aku ikut kak ina kerumah sewanya
kak ina da sewa rumah kat plentong
akhirnya jejak jugak aku ke plentaong
so ari ni beli barang dapur kak inathen gi basuh rumah
mop2, sapu2, rehat2 then balik
balik je terus gi dewan
tengok majlis perlantikan JKM 2010
nak jugak la aku kenal
bakal2 pelapis kolej
bakal2 peneraju program
bakal2 pemimpin


abis jer majlis perlantikan balik bilik
jahit langsir untuk rumah kak ina pulak
then pe lagi update blog ni
then nak tido jap lagi

gambar ada
tapi disebabkan kemalasan nak cari kabel telefon yang entah kemana
alamatnya wat entry tanpa gambar la
maaf yer kawan2
EN M datang menyerang lagi
huhuhu


kepada adik JKM 2010:
good luck. all the best. saya doakan anda semua berjaya mencapai apa yang anda impikan. insyaallah. kepada topek, buat yang terbaik. good luck!!..


Friday, December 18, 2009

bangga..


Alhamdulillah.. selepas 20 tahun Malaysia mampu menyandang gelaran juara. alhamdulillah kerana diberi peluang. tahniah kepada pasukan malaysia kerana dapat menewaskan pasukan vietnam. berkat doa seluruh rakyat malaysia. tahniah kepada pasukan malaysia. tahniah.


salam maal hijrah

selamat menyambut awal muharam 1431H. tahun baru, azam baru. semoga di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati NYA. insyaallah.

esok cuti..dapat rehat jap. hehe.


Wednesday, December 16, 2009

birthday gift..


salam
citer semua da lapuk
hari ni rasa nak kongsi kegembiraan bila birthday bersama kawan2
birthday kali ni kali ke-2 birthday xsambut kat umah
selalu nya birthday aku jatuh time cuti
dan ketika tu aku kat rumah
tapi tahun ni cuti jugak tapi aku da ada kat UTM
so aku sambut birthday kat UTM je
huhuhu
walau apa pun xpe
bersyukur seadanya

hadiah ni aku dapat dalam van
masa perjalanan ke negeri sembilan
terharu sangat sebab ada gak nak kasi hadiah
huhuhu

jom tengok apa yang aku dapat


bear biru yang comel
sangat lembut bulunya
i like.
:-)


beg kertas ni yang berisi
....
..
..
.
.
.
.
.
.
.


haa..ni dia isi nya

kata2 kat situ:
Happy Birthday
there is a dream in the heart
to soar very high
there is an urge within
to go and kiss the sky

there is an inner desire
to unwind at a heavenly place
and do what the heart says
today is the day for
the dreams, desires and wishes
today is a special day,
that the heart truly cherishes



terima kasih yon diatas hadiah itu. terharu aku. ko ingat birthday aku siap bagi hadiah. hohoho. terharu. thank you very much!!



kepada kakak2 dan abgku:
mana hadiah untuk adikmu ini. adakah anda semua lupa??hehehe


alhamdulillah semuanya berjalan lancar......

Salam kepada semua. terima kasih aku ucapkan kepada kawan2 yang mendoakan adikku zunairah. alhamdulillah, irah da selamat di operate untuk buang apendik semalam. lebih kurang kul 1.30 pagi adikku zullaika mesej mengatakan irah di sorong kebilik bedah. sepanjang adikku di bilik bedah aku xdapat tido. risau mengenangkan zunairah. dia ni lemah semangat sikit berbanding yang lain. tu yang aku risau. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. dalam kul 4.35 pagi zullaika mesej cakap semuanya selamat dan selesai dan zunairah ngah tido.

alhamdulillah. lega rasa hati. tenang sikit. dalam kul 7.30 pagi abe call cakap nak antar gambar zunairah. huhuhu. luruh air mata saat tengok adik aku terbaring lemah atas katil. xpe la mungkin ni ujian untuk adikku. ada hikmah disebaliknya. baru lepas call ma tanya keadaan irah, dia ngah tido lagi. tapi xmakan lagi.

Ya Allah kurniakan lah kesihatan yang baik kepada Zunairah.



to irah:
we doakan irah cepat sembuh. semua balik bagi sokongan untuk mu dik tapi we tetap bagi sokongan untukmu walau dari jauh. we doakan yang terbaik untukmu adik. insyaallah..


Tuesday, December 15, 2009

doakan adikku..



salam semua. lebih kurang kul 7.00 malam tadi kak chek mesej aku. cakap adik aku irah ada kat Hosp Besar Kota Bharu sebab appendix nak operate. baca mesej aku da start berdebar fikir macam mana la dia jawab SPM. terus call ma, tapi irah yang jawab. dengan suara serak sebab nangis jawab call aku, apa lagi aku pun nangis sekali. tanya dia macam mana, dia cakap sakit. masa ni aku fikir nape la irah yang kena. lepas tu call lagi cakap ngan ma, ma gitau operate malam ni. Ya Allah masa tu aku rasa nak je terus balik. kesian adik aku. call kak chek tanya, dia nak balik x dia cakap balik. ye la kat rumah xder orang yang tua tinggal yang form 1 jer. adik2 yang lain macam mana. terfikir gak aku macam mana la diorang. lega sikit dengar kak chek nak balik. call ku na, dia pun kata nak balik jugak. Alhamdulillah. at least ma ada teman untuk berkongsi rasa. aku hanya mampu doakan untuk semua.

kawan2 sekalian doakan yer untuk adikku agar di permudah kan segalanya dan dikurniakan kesihatan yang baik. insyaallah..

to irah:
maaf we xbalik. we bkn xse balik. tapi jauh. kawan2 we kata apa yang penting we doakan untuk irah. maaf dik. we doakan untuk irah dari sini. insyaallah semuanya selamat. walaupun we xbalik, xpo ingat we syg irah. tabahlah dik.. ini dugaan dari NYA.


Monday, December 14, 2009

malaysia menang...3-1.


salam. ada tengok perlawanan bola sepak tadi. aku xtengok pun. just baca2 citer kat fb. ye la nak gi tengok tv nyer jauh. lagi satu confirm la ramai laki. so keputusan yang baik duk bilik online dan tanya2 orang..

cayalah malaysia menang. 3-1 tu dapat kalahkan laos. masa 1-1 tu cuak gak la aku dengar. tapi akhirnya dapat jugak malaysia melangkah ke final.

insyaallah ada rezeki skuad malaysia boleh bawak balik emas. insyaallah.

tahniah malaysia...

sem baru, final sem


Asslamualaikum. hari ni 14 dis 2009 bermula lagi perjuangan untuk sem ni. perjuangan yang agak berat aku rasakan. mungkin sem ni lagi mencabar, lagi menguji kesabaran dan ketahanan. mungkin aku kena lebih tabah, lebih kuat melawan segalanya. kepada semua rakan2 seperjuangan, all the best. teruskan perjuangan anda. Good Luck. kepada kawan2 yang masih membuat PSM, teruskan usaha, sama2 lah kita bersabar menghadapi nya. insyaallah.

sem akhir, tahun akhir.....

good luck everyone.


hujung minggu


salam semua kepada kawan2. cuti hujung minggu aku ke negeri sembilan. tercapai jugak impian nak tengok macam mana rupa homestay lonek. aku xsempat nak bagitahu sebelum pegi. sempat macam kalut sikit yela pagi aku gi lab then nak settlekan pendaftaram subjek semua. nak kemas baju lagi. tu yang sampai blog pun xbuka. macam hilang ingatan jap yang aku ni ada blog. haha. boleh pulak gitu kan. so kami gi sepuluh orang temasuk aku.

bertolak dari UTM dalam kul 8 malam. destinasi pertama adalah rumah Taufik di Felda Palong 5, Gemas. sampai kat rumah taufik lebih kurang kul 12.15 tengah malam. makan2, borak2 jap tido. esok nya nak ke istana lama seri menanti. dalam kul 12 tghari gerak ke istana seri menanti then gerak ke ulu bendul main air. memang perjalanan yang jauh la. penat tapi bermakna. lepas ke ulu bendul baru lah gerak ke homestay lonek.

kat lonek ada majlis bertunang dan majlis berendoi+cukur jambul. dapat la aku tengok macam mana orang negeri sembilan wat majlis. memang seronok. balik dari lonek singgah jap kat teratak zaaba. bergambar2 then gerak balik UTM. cukup 3 hari berhujung minggu. penat memang penat tapi seronok memang seronok. hehehe.

gambarsemua nanti aku letak next entry. belum ambik lagi. nanti aku tunjuk keluarga baru pulak. huhuhu.


Friday, December 11, 2009

cuci mata..

salam
ni just nak tunjuk gambar2 pemandangan lebih kurang
jom layan


jeti kg pendas laut


bot kepunyaan bak


pameran di kg ladang



jeti yang kg pendas laut


jeti kg ladang


pagi di belakang rumah


..
singapore di sebelah sana
huhu


second link


rabbit bermata merah


tempat program


sg che manan



itu sajer...