Saturday, May 31, 2014

Superdry Sunway Pyramid

Hambik kau tajuk bukan main. Kalau korang masuk sini sebab tersearch Superdry Sunway Pyramid maafla aku ucapkan. Aku letak tajuk bukan sebagai publisiti murahan, aku letak sebab utamanya aku tak tahu nak letak tajuk apa. hahaaha..penat la aku type padam type padam nak letak tajuk, last-last itu lah tajuk entry ni. Maka aku pohon korang redhakan sahaja serta habiskan la baca entry ni. Hahaha.

Haa korang perasan tak, aku kalau buat entry aku memang tak reti kalau takde gambar. Tiada gambar makanya tak tahu nak membebel. Tiada gambar aku jadi blank tak tahu nak mula dari mana. So sapa-sapa yang tengok aku tulis entry memang mula-mula aku akan upload gambar. Dah upload baru fikir nak cerita pasal apa. Isshhh, tengok!! dah membebel kearah yang tak berkaitan dengan tajuk. Redhakan sahaja lah keadaan yang korang selalu baca ni.

Ok, ok , ok back to the story, ni adalah cerita basi, basi maknanya dah lama, lama mana tu aku dah tak ingatla. Maafkan aku!!. Tengok, punya la lama cerita sampai dah tak tahu bila pergi Sunway Pyramid ni. Tapi yang pasti hujung minggu, hari ahad. Niat dan tujuan utama hanyalah nak jalan-jalan (**xder keje jalan-jalan kat shopping mall..nasiblaa) serta lagi utama nak beli Tumbler spiderman kat TGV Cinema.

So kita ikut kata hati, siap-siap jomla kita gi Sunway Pyramid, nak kata ada duit takde la sangat. So tanya aku ada shopping ke tidak, kalau ikut poket sepatutnya TIDAK tapi sebab ikut hati jawapannya ada walaupun 1 barang. Kenapa 1 jer sebab aku adalah KEKURANGAN DUIT (**pengakuan berani...so silalah derma untuk I. hahaha). Lagipun memang dah set tak nak membazir duit, bulan May banyak nak pakai duit, so JIMAT, jimat, jimat bagai diseru-seru...hahaha (**saiko kan!!)


Turun dari eskalator nampak ada ni


^^^^
^^^
^^
^






Superdry..Wahhh superdry nak buka eh Dah buka pun kat Sunway Pyramid.
So kepada peminat superdry pergila kesana.
Aku pun teringin jugak nak pergi sekali. Tak beli pun takpe kita jamu jer mata ni.
Hahaha.





As usual Ida modelnya.
Dah dibuka pada 30 May 2014
Lot G1.65- Lot G1.66
Fround Floor Orange Zone






Sekarang dah jadi minat baru aku kot
Asal nampak cermin jer nak ambik gambar
Orang pandang-pandang pun ada I kisah. haha
Aku tak kacau orang kan, so aku punta suka la.





Disebabkan dah agak lama aku tak pergi Sunway Pyramid, masa aku pergi hari tu masuk toilet dia, wallaweii cantik nya, bersihnya, wanginya. Sejak bila, aku memang tak tahu. Korang tahu sejak bila?
Masa masuk tu cam pelik wahhh wangi dan bersihnya, sekali tengok logo ni. Patutla, hebat-hebat, Syabas Sunway Pyramid diatas initiative anda. Shopping Mall lain patut mencontohi.






See cermin + bergambar + kami





Dimana-mana sahaj cermin ada zasss kamera ditala. Hahaha





Haa tu la salah satunya barang yang dibeli
Tu pun nasib baik ada sale 70% derr kalau tak takdernya aku nak beli
I kan KEKURANGAN Duit. So JIMAT!!!






Ida ni memang ikut jer aku suruh bergambar sana-sini
memang sahabat yang baik.
Thank You awak!!





Ni aku tak paksa ok!!
tapi dengan sukarelanya dia gi nak naik
Takpela kita layankan aje. Bila lagi kan nak naik kuda.





Harap Ida jer la. Nak suruh aku naik, mau patah riuk kuda tu.






Confuse aku asalnya dekat sangat Ida ni dengan kepala kuda tu.
sebab masa aku nak berselfie dengan kuda ni mak aii busuknya bau.






Boleh pegang lagi. memang terbaikla U.






Ni jerla pun ada gambar aku n kuda.
Nak harapkan aku naik memang tak kan ada la gambarnya.






Main purpose to Sunway pyramid
Inilah dia. nak beli tumbler spiderman tu.
Tak tengok wayang pun sebab aku hanya mahu tumbler tu. aku bukan nak tengok wayang.
lepas beli keluar bawak popcorn n tumbler berisi air.
orang  pandang pelik jer, tapi ada I kisah. I punya suka la nak beli popcorn tapi tak nak tengok movie. Orang pandang aku, aku buat tak tahu jer. Biarla dia.





Ini yes aku paksa dia pegang dan gi bergambar kat situ.
Lepas siap bergmbar zass keluar terus balik.
Bagus betul mind set aku ni. Tak tergoda dengan apa-apa pun.





Semangat ko minum dalam tumbler. Haha




Dah habis beli, bergambar balik rumah tido.

Sekian
''

''
''


'
'
'
'
Jumpa lagi next entry.




Friday, May 30, 2014

Cabaran Rasa Kuah Tumix Kuah


Bermula 19 Mei 2014-20 Julai 2014 Tumix Kuah akan mengadakan satu pertandingan iaitu Masak, Rasa, Menang. Untuk pengetahuan semua, Tumix Kuah ni akan berada di pasaran bermula Jun 2014, sementara itu, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sample percuma boleh layari Website TUMIX KUAH.

Tumix Kuah ni memang baik, siap bagi Tiga Paket lagi untuk kita cuba, so apa lagi boleh la korang pergi website TUMIX KUAH unutk dapatkan sample TUMIX KUAH


Lepas dah dapat tu boleh la masak then rasa, ambik gambar post la.



Hadiah sehingga RM 100000 ringgit





Aku dah dapat. Bagus TUMIX KUAH siap pos via citylink lagi.





See aku dapat tiga paket.
Tunggang terbalik gambar
Takpelah korang buat senaman leher yer.




Selain sample TUMIX KUAH dia akan bagi sedikit penerangan bagi korang faham berkenaan contest ni.
So kepada yang berminat tunggu apa lagi jom mencuba nasib




Sebesar ni la Sample yang akan diberikan
Berbaloi sebab korang tak keluarkan walau satu sen pun





Memang gambar kak Adibah la sebab dia duta kan








TUMIX KUAH akan berda di pasaran bermuala Jun 2014





Lama lagi exp. so dapat tiga kan. kira banyak la tu.




Jom la cuba

Untuk keterangan lanjut kirang boleh terjah


atau korang nak menonton resipi 




Selamat mencuba dan semoga berjaya.





Thursday, May 29, 2014

Burgerbyte Bandar Saujana Putra

Agak terbiar blog aku ni kan. Bukan apa banyak ni alasan nak kasi tahu kenapa aku tak sempat update blog. Banyak alasan sangat kan, meh nak senaraikan 1)kesihatan tak mengizinkan, kenapa ofcos la migraine yang agak lama tak menziarahi aku, ada la agak-agak dalam sebulan kot. Sekali dia ziarah amik kau siap berpakej bagai memang flat la. memang manjang la aku MC bulan ni. 2)aku malas nak update. boleh ko bagi jawapan MALAS memang dasar kan. orang nak tulis blog kita pun nak tapi penyakit M tu tak dapat nak buang. 3)aku takde mood, kenapa aku pun tak tahu nak cakap. mood ni manjang la swing nya. so kita tenangkan diri dulu la nanti tak pasal-pasal keluar entry yang entah apa-apa. (**ehh pernah ke entry aku ada apa-apa???)... 4 dan seterusnya aku dah malas nak senaraikan..hahaha. silala tolong isikan bagi pihak aku.

Hmmmm.. kita berbalik kepada tajuk, area rumah aku Bandar Saujana Putra ni semakin lama semakin maju. Kedai-kedai yang bercambah area sini memang la pesat. Sekali tengok eh ada kedai baru, esok tengok eh yang lain pulak. So sebelum kita ketinggalan moh la kita menjengah Burgerbyte cawangan Bandar Saujana Putra ni. Lepas tengok signboard kedai terus aim, nanti nak google tengok menarik tak baru terjah. Bila tengok kat website Burgerbyte tu memang bisa menarik-narikla keinginan akuk nak gi makan. So apa lagi jom la kita ke Burgerbyte.






Perkara wajib aku adalah paksa Ida jadi modelnya..





Aku pergi ni balik kerja, memang kami pelanggan pertama hari tu.





Duduk kejap ada yang lain masuk. Duduk ada pekerja datang cakap "Order kat kaunter yer kak".
Owh aku cam kira layan diri punya konsep la.
Ok la pilih-pilih aku gi la order.





The menu
Tak clear mana sebab lighting dia memang sangatla romantika
Malap jer










Ni air kami order
Sirap bandung n ofkos Milo ais aku



Ni makanan yang kami order


Burger beef Bacon RM 13.80





Yang atas sikit Ida punya Naked Beef RM 18.80
Yang Ida tak tahu nape tak close Up pulak.
Naked Beef tu ada 2 keping daging, fries, steam vege (brocoli, kubis bunga, carrot)


Pandangan aku sedap, kenyang.
Nak pergi lagi ke tak, yang tu jawapan dia tak pasti.
Kenapa bagi aku, bagi aku yer jangan la ada yang nak condemn lepas ni,
Bagi aku dia grill, daging bau gas, maybe api besar kot, so makan macam tak best la ada bau.
Sos yang kat fries tu masin (Naked Beef), tak pasti dia memang camtu tapi tak kena selera aku dan aku tak berapa suka.
Kalau orang lain suka, silakan la cuba, setiap orang selera lain-lain.

Kepada yang nak tahu lebih lanjut boleh gi terjah



Sekian.


Wednesday, May 28, 2014

Salam Perpisahan dan Selamat Bekerja ditempat Baru

****Sila baca penuh kasih sayang:)


Sah,

Banyak yang aku nak ucapkan, terlalu banyak sangat aku nak sampaikan kat mu sampai terdetik di hati aku nak buat satu entry khas untuk mu (*mesti mu bangga kan aku wat macam ni kat mu…terharu tak???).

Sebelum ni aku terfikir macam mana nak gitau mu, yela aku kan malu. Bila aku start buat entry kat blog automatic aku terlintas, yes aku tahu kat mana tempat aku nak luahkan semuanya kat mu tanpa aku perlu mengeluarkan air mata mahal ku. Hahaha (*so sila terharu ok!!). So thanks to blogger kerana cipta blog ni. 

This entry dedicated especially for you my friend dan aku tahu apa yang tulis kat sini semua kawan-kawan yang lain pun teringin meluahkan benda yang sama, aku percaya.

Mula-mula sekali, mestilah didahului dengan AKU MINTAK MAAF diatas semua kesalahan aku, maaf andai mu terasa bila aku marah, maaf kalau mu terasa bila aku jeling mu, maaf kalau mu terasa aku tengking mu, maaf untuk segalanya yang pernah aku buat kat mu. Maaf banyak-banyak.

Selepas tu, aku nak ucap TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK diatas segalanya.

Terima kasih sah:

1.       Sebab tak pernah cakap “TIDAK” kalau aku mintak tolong
2.       Terima kasih sebab sentiasa tersenyum walaupun lepas kena marah
3.       Terima kasih sebab menerima aku sebagai kawan mu, terima aku sebagai bos mu yang garang
4.       Terima kasih sebab sentiasa ikut je apa yang aku suruh mu buat, aku suruh mu cari sample mu cari, aku suruh prepare botol mu buat, mu memang sentiasa bantu aku selagi mu terdaya.
5.       Terima kasih sebab sentiasa menceriakan kami semua dengan lawak-lawak mu.
6.       Terima kasih untuk air mata yang mengalir masa mu hulur resign letter kat aku, tu menandakan mu sayang nak tinggal aku kan kan, betul tak?
7.       Dan banyak lagi terima kasih aku ucapkan untuk segalanya yang mu hulurkan sepanjang perkenalan kita semua. TERIMA KASIH, THANK YOU, SYUKRAN, SALAMAT, MERCI, GARCIAS.

Selepas terima kasih aku nak mintak tolong mu ingat aku dan kawan-kawan mu disini sampai bila-bila. Mu lupa aku siap. Ini benar-benar amaran!

Owh aku ada hadiah untuk mu. Ingat nak letak sini tapi tak surprise la pulak. So ko tunggu buka nanti kat rumah la. Sebelum tu aku bagi ko ni jer la sebagai Salam Perpisahan.










pics credit to en google

 Dan ini last sekali untuk kenang-kenangan:









Bawa kami di hati mu sahhh...






p/s:ini adalah entry auto published khas untuk mu. aku sediakan entry ni untuk bulan depan khas untukmu.

Wednesday, May 21, 2014

Flaming Steamboat Shah Alam

Minggu lepas aku dan member-member ofis (Aisyah, Ida, Wawa dan suami serta anak, Bobo, Mastura and Safuan) pergi makan steamboat. Lama dah plan since last makan-makan dulu kita ikutkan la member-member nak berkumpul nak rapatkan silaturrahim. Dulu pergi Pak Usu Steamboat Seksyen 13 Shah Alam, kali ni ingat nak pergi Flaming Steamboat. Semuanya duk bergendang kat telinga aku, "Jomla kita gi makan-makan", "Cepat la cari tempat kita nak gi makan-makan". Semua memang bergendang kat aku sahaja, yang lain tukang follow saje. So kebetulan la masa duk cari-cari tengok kat MYDEAL ada wat offer berapa percent aku dah lupa tapi harganya sekepala RM22 sahaja. Tanya-tanya semua nak tak pergi semua setuju aku pun beli la voucher tu, aku tempah sekaligus, senang sekali kerja tak payah fikir banyak kali aku pun tak banyak kerja.

Kami semua pergi hari Sabtu, sebab pergi hari sabtu awal-awal kat voucer MYDEAL dah cakap kena bayar surcharge RM3. Still murah dari original price. Macam biasa makan takder la sangat (**tapi takder pun cam banyak jugak..hahahaha) tapi borak-borak, gurau senda tu yang berharga dan yang paling-paling berharga kenangan tu. Kalau pergi lain kali pun tak mungkin sama. . Bila next makan-makan pun tak tahu dah. Lagipun kebetulan Aishah last bulan 28/5 so kira sekali harung la raikan Aisyah.


Sape yang teringin nak pergi boleh la dapat maklumat dengan KLIK SINI for website and for FB KLIK SINI.

Jom lah kita tengok gambar yang banyak kat bawah ni tapi tak teratur ikut kronologi la yer. Malas I nak susun.



Ni iklan yang aku amik kat website Flaming Steamboat




Of cos mula dengan gambar I dan Ida




Aku pun tak tahu mana hil;ang gambar menu yang lain.
Tengok air pun jadilah yer.




Coffee and Tea




Nina a.k.a Bobo and Mastura





From Left: Mastura, Aisyah and Ida





Aisyah semangat la tu





Wawa dah nak balik kot masa ni.





Sebab Saif dah tdo tak boleh nak lama-lama




\

Semua dah licin, baru boleh bergambar dengan tenang






Mastura yang sentiasa kena buli





L-R:Bobo, Mastura, Aisyah, Ida belakang




Tambah aku jer




Haa ada pun  gambar safuan






Lepas ni malas nak tulis caption dahhhhh


























Us without Pak Epul (Suami Wawa) n Saif (anak Wawa)










Insyaallah moga kita boleh makan-makan next time.
Insyaallah