Saturday, September 18, 2010

susah juga bila mulut tidak seiring dengan perbuatan


salam semua
aku sudah sampai di saujana putra
sudah habis cuti-cuti malaysia
lagipun aku dah 2 hari start keje

mula semula bertemu sample2
mula bangun pagi2
huhuhu

ada yang pelik dengan tajuk tu??
haaa
aku rasa mesti ada yang pernah rasa macam tu kan
mulut cakap lain
tapi yang dibuatnya lain pulak
hahahaha

ermmmm
banyak aku nak tulis kat sini
tapi ntahla
tadi semangat berkobar-kobar nak tulis
tapi skang rasa cam kaku jer
takder idea

nak stop skang boleh???
hehehe



Wednesday, September 15, 2010

bertemu kembali selepas sepuluh tahun


salam
seingat aku, aku ada wat post pasal aku nak gi reunion sek ren
yang aku rasa cam nak tak nak jer pegi
alhamdulillah akhirnya aku berjaya
menghadirkan diri untuk bertemu kawan2 lama
genap la 10 tahun kami tak jumpa
bila jumpa macam2 cerita ada
hehehe

dari tengah hari sampaila malam
balik2 kena marah
macam biasala bila anak dara keluar sampai lewat malam
itulah jadinya
hehehe
tapi tak pe kena marah pun rasa berbaloi
sebab happy sangat jumpa kawan2 lama
happy dapat borak2


memang tak dapat digambar kan dengan kata2
gambar2 nanti aku post lain kali la
next entry la gamaknya

tapi xpeka
korang leh tunggu kan
kalau nak tengok la
heheheh


tambah satu lagi kenangan manis
kenangan yang memang tak kan dilupakan selamanya
sesungguhnya persahabatn itu sangat indah
tidak dapat digambar kan dengan kata-kata



ucapan lintas langsung hari raya ke-6

salam semua...mula2 aku menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua. yer aku tahu janjiku hanya tinggal janji. semuanya bagaikan diangin lalu. tapi aku bukan saje2 tak nak post apa2...cuma ada beberapa sebab kenapa tidak tertunai janji untuk terus update. insyaallah aku masih mencari2 cara untuk terus menulis seperti dulu. kalau diikutkan terlalu banyak untuk aku kongsikan bersama kawan2 semua. tapi minda ku bagaikan kelu dan beku untuk mengeluarkan idea. ini pun aku coretkan demi melunaskan rasa rindu yang amat untuk menulis.

alhamdulillah ada juga masa aku curi di saat kakak-kakak ku sedang ligat memasak didapur. sungguh aku terlalu rindu untuk menulis rindu untuk meluahkan idea. huhuhu...

dikesempatan ini aku mamohon kemaafan sempena aidilfitri ini. andai ada yang pernah membaca blog ini terguris perasaan. andai ada yang ku coretkan membuatkan ada yang tidak menyenanginya. maafkan aku.

masih banyak ingin ku kongsi..untuk meringankan beban fikiran ini. tapi seperti kukatakan susah untuk diungkapkan dengan kata2 dengan tulisan. sebab untuk tidak menulis itu masih ada....

akhir sekali selamat hari raya maaf zahir dan batin....

Wednesday, September 1, 2010

kerinduan yang membuahkan rasa sensitif


salam semua
salam ramdhan
hari ni dah 23 hari puasa
alhamdulillah
dapat berpuasa

tajuk nya panjang
dan maknanya pun panjang
makna tersirat lagi panjang

dua tiga hari ni aku memang rindu sangat arwah
dah lama jugak tak rasa rindu sangat2 macam ni
sekarang ni asal teringat jer kenangan dulu
nasihat abah dulu mesti bergenang air mata
kerinduan tu rasa macam tak terbendung dah


aku fikir2 tak tahu nape macam ni
bila rasa sedih + rindu macam ni
mula la rasa2 lain pun nak bergabung sekali

mula la sensitif tak tentu pasal
asal kena marah sikit nangis
asal kata2 menyakitkan hati sikit nangis
mula la rasa hiba macam kena teruk2
rasanya dah tiga hari macam ni

kata-kata, nasihat, senyuman, gurauan abah semua bagai bermain2 difikiran ni
kalau ikut hati tak nak tulis kat sini
tapi aku sedar aku hanya mampu tenang bila menulis
sedikit lega bila menulis sambil menangis macam ini

walau apa pun kerinduan ini tidak akan luput selamanya
aku bukannya nak hilangkan rasa ini
tapi aku hanya mahu kurangkan
kerana kerinduan ini membuatkan aku rasa sedih 
senang terasa


ya Allah...
tabahkan hati hambamu ini...