Thursday, February 24, 2011

walimatul urus zaman teknologi


salam
apa khabar?
tadi aku baca blog http://saifulislam.com

so terpanggil nak berkongsi
sebab memang benda ni dah banyak terjadi kat ramai orang sekarang ni
memang dah jadi trend kot
invite org ke majlis pakai tag kat FB jer

ni yang aku copy kat blog ustaz

so terjah2 kesana
macam2 ilmu boleh dapat


“Wan datang dengan siapa?” tanya Hajah Sofiah.
“Si Jakpo nak ke kubur. Awak minta dia turunkan di rumah Yah!” balas Wan Saadah.
“Gitu… Hai, datang macam berhajat gayanya ni” usik Hajah Sofiah lagi.
“Takkan le tunggu berhajat baru nak datang menjenguk. Tapi memang berhajat pun. Wan nak mengajak Yah sekeluarga ke kenduri kahwin cuti sekolah ni” kata Wan Saadah.
Beliau mengeluarkan sekeping kad daripada beg tangan usang yang turut berisi telekung sembahyang.
“Oh ye ke. Alhamdulillah. Anak yang mana?” tanya Hajah Sofiah.
“Ishh kamu ni. Mana ada lagi yang tinggal. Teruna seorang tu aje le. Si Karim!” ujar Wan Saadah.
“Allah, kalau Wan telefon pun tak mengapa. Idak le susah payah nak datang ke baruh ni” Hajah Sofiah menyambut kad jemputan yang dihulurkan oleh Hajah Sofiah. Mereka pernah sama-sama mengajar di sekolah sebelum bersara lama dahulu.
“Tak elok le main cakap telefon. Tengah ada kudrat ni, boleh le digagah-gagah datang. Jangan tak datang ye” Hajah Sofiah menghirup teh bujang yang Wan Saadah hidangkan.
“Insya Allah. Seronok Wan ye. Selesai sudah urusan anak-anak” Hajah Sofiah mengusik.
Tangannya menghulur kain buat mengelap.
“Selesai urusan anak, bersiap urusan emak le pula. Urusan ke kubur!” gurau Wan Saadah.
Mereka saling ketawa.
Terdiam seketika.
MUSIM CUTI SEKOLAH
Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, ramailah makcik yang menumpang basikal, motor dan kereta untuk pergi dari satu rumah ke satu rumah. Ada rumah saudara mara, ada rumah kawan lama. Kad-kad sudah ditulis dengan tangan. Ia dihimpun mengikut kedudukan rumah yang saling berdekatan agar mudah menuju nanti. Hajatnya cuma satu. Jemputan kahwin.
Begitulah bersungguhnya ibu bapa kita memuliakan majlis perkahwinan.
Dalam sakit-sakit lutut, mereka berusaha untuk menyampaikan sendiri jemputan kahwin, selalunya berkad, kepada setiap tetamu. Selagi boleh.
Belum sempat ibu-ibu ini menghembuskan nafas terakhir mereka di alam yang fana’ ini, adab sopan yang mulia ini mati dahulu. Adab sopan yang tidak dapat difahami oleh anak-anak mereka, tatkala kad jemputan kahwin diimbas (scan) dan kemudiannya dipos ke dinding Facebook lalu ditag secara beramai-ramai.
“Sila berikan alamat anda jika mahukan kad jemputan” mesej ringkas mengiringi tag berkenaan.
Sesama rakan yang sudah tidak dapat menilai adab dan sopan, ia diterima sebagai amalan biasa. Sebagaimana tanpa segan silu melambakkan iklan pelekat detoks kaki, jubah, kek cawan di dinding Facebook semua ‘rakan’ yang dianggap pelanggan.
Namun bagi ibu bapa yang masih bernyawa, abang kakak yang sempat melihat ibu tua memegang lutut meredah kampung, perbuatan itu sungguh mengundang luka. Kalau tidak mahu disebut biadab seadanya.
KAD BUKAN PERSOALAN
Kad jemputan bukanlah isu utama. Tetapi jemputan yang dibuat adalah secara personal, bukan secara ‘BULK’. Adab sopan ibu bapa kita, jika mahu berpesan kepada jemputan untuk memanjangkan jemputan pun, akan disebut secara spesifik siapakah yang ibu bapa kita mahu jemputan itu tolong sampaikan jemputan. Tidak sama sekali mereka berkata, “tengoklah siapa-siapa, ajak aje!”
Di era kemudahan teknologi di hujung jari ini, persoalan menggantikan kad dengan e-kad, atau membuat salinan imbasan, bukanlah titik negatifnya. Namun apa yang penting ialah, tetamu yang hendak dijemput itu dijemput secara personal. Jemputan diajukan secara personal biar pun hanya sebuah emel. Bukannya menyalin senarai semua orang yang ada di dalam friend list, dan kemudian tag.
Allah Subhanahu wa Ta’aala menjemput kita ke rumah-Nya untuk bersolat dengan seruan azan yang begitu indah. Panggilan haji dan kewajipan-kewajipan yang lain juga diungkap dengan begitu cantik di dalam kalam wahyu. Tidakkah seorang pengantin berasa betapa besarnya makna hari perkahwinannya, lalu dia berusaha untuk menjemput dengan jemputan yang bermakna?
Andai urusan menjemput secara personal ini pun mahu dientengkan, kita tidak pasti apakah ada lagi makna bagi sebuah persaudaraan yang benar-benar ada makna?
Malah lebih penting daripada itu, menjemput, menerima jemputan dan walimah itu sendiri adalah IBADAH.
Mahukah hal ini diberi perhatian?

semoga sama2 kita mendapat manfaatnya...


No comments:

Post a Comment