Sunday, February 27, 2011

Kak Pah's Giveaway

Selamat berhujung minggu semua...pagi-pagi dah blogwalking. dan terus terpikat nak join giveaway kak pah ni. so apa lagi. up satu entry...
mana tahu ada rezeki kan..
hehehe

so sape berminat???


kak pah anjurkan GA ni sempena annivesary husband nya...:)
happy belated birthday to kak pah's hubby...


dan ini yang aku copy paste disini





Syaratnya mudah:
1.  Buat satu entry mengenai GA ini.
2.  Copy gambar di atas dan letak di sidebar anda selama GA ini berlangsung.
3.  Tag tiga orang kawan anda.(tuan, kak ena, kak imma)
4.  Tinggalkan link anda di dalam kotak komen untuk kakpah datang melawat.
5.  Terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang menjenguk di sini.



Itu saja.


Tarikh tutup GA adalah pada 12 Mac 2011
dan ini hadiah-hadiahnya
menarik kan???

apa lagi jom join ramai2



Hadiah berupa:



Pemenang pertama: 



 Kain bewarna perpel yang boleh dijadikan maxi atau baju kurung moden.



 Pemenang kedua:



 Beg yang boleh dibawa ke surau@masjid buat mengisi telekung. Boleh juga dibuat untuk kegunaan lain.




 Pemenang ketiga:




Apron yang boleh digunakan semasa anda bersilat-silat di dapur.




 Pemenang keempat:



Juga sehelai apron yang boleh digunakan semasa anda bersilat-silat di dapur.(ooops.. malas nak iron)




Pemenang kelima:


 Bekas tisu




Pemenang keenam: 


Juga bekas tisu.

aktiviti hujung minggu kami


salam hujung minggu...disebab kan hujung minggu aku pun nak post pasal aktiviti kami ni. kalau cuti mestilah kerjanya berjalan je. kepala ni mesti asal cuti jer mula la merewang-rewang mencari tempat untuk dituju. dan salah satu tempat wajib la adalah PUTRAJAYA. dah dekat saje. tu yang suka sangat pegi situ. 
ni bukan aktiviti minggu ni yer. ni aktiviti minggu lepas. dah basi dah pun..
hehehe

pe pun jom tengok gambar



ni kat dataran depan maybank tu
amin dengan bolanya



adam dan bolanya

bola harus sorang satu
kalau tak nanti tak boleh main
asyik gaduh jer nanti



haaa nampak
ni merajuk dengan aku ni
pasal aku amik bola dia
mak sedara spesis tak leh tengok anak sedara happy
mula la nak ngusik
hahaha



adiknya happy la tak kena ngan mak sedara




see muka merajuk nya
hahaha



haaa
baik amik cepat
nanti mokwe amik



sepak bola tu jangan tak sepak





amin pun sepak gak
tegok uteh kat belakang tunjuk apa tu??



ni "gol" kata amin
asal masuk dalam ni jer dia jeit
"GOOOOLLLLL"
hahaha...kelakar jer



dah letih sepak baling pulak
macam-macam gaya la




















lastnye harusla gambar aku




:)



haaa
seberang jalan ni la

heheh


senyum tapi dalam hati????



Saturday, February 26, 2011

sedih dan sayu...mengapakah???


sekarang ni tak tahu nak tulis pe
sedih ada
sayu ada
sebak ada
macam-macam ada
huh


sapa nak bawak aku jalan-jalan
sapa nak belanja aku
sapa nak happykan


haaa cepat offerkan diri

:)









tak tahu nak describe laaa

:(

tq p.cik google diatas gambar2 tu


Thursday, February 24, 2011

walimatul urus zaman teknologi


salam
apa khabar?
tadi aku baca blog http://saifulislam.com

so terpanggil nak berkongsi
sebab memang benda ni dah banyak terjadi kat ramai orang sekarang ni
memang dah jadi trend kot
invite org ke majlis pakai tag kat FB jer

ni yang aku copy kat blog ustaz

so terjah2 kesana
macam2 ilmu boleh dapat


“Wan datang dengan siapa?” tanya Hajah Sofiah.
“Si Jakpo nak ke kubur. Awak minta dia turunkan di rumah Yah!” balas Wan Saadah.
“Gitu… Hai, datang macam berhajat gayanya ni” usik Hajah Sofiah lagi.
“Takkan le tunggu berhajat baru nak datang menjenguk. Tapi memang berhajat pun. Wan nak mengajak Yah sekeluarga ke kenduri kahwin cuti sekolah ni” kata Wan Saadah.
Beliau mengeluarkan sekeping kad daripada beg tangan usang yang turut berisi telekung sembahyang.
“Oh ye ke. Alhamdulillah. Anak yang mana?” tanya Hajah Sofiah.
“Ishh kamu ni. Mana ada lagi yang tinggal. Teruna seorang tu aje le. Si Karim!” ujar Wan Saadah.
“Allah, kalau Wan telefon pun tak mengapa. Idak le susah payah nak datang ke baruh ni” Hajah Sofiah menyambut kad jemputan yang dihulurkan oleh Hajah Sofiah. Mereka pernah sama-sama mengajar di sekolah sebelum bersara lama dahulu.
“Tak elok le main cakap telefon. Tengah ada kudrat ni, boleh le digagah-gagah datang. Jangan tak datang ye” Hajah Sofiah menghirup teh bujang yang Wan Saadah hidangkan.
“Insya Allah. Seronok Wan ye. Selesai sudah urusan anak-anak” Hajah Sofiah mengusik.
Tangannya menghulur kain buat mengelap.
“Selesai urusan anak, bersiap urusan emak le pula. Urusan ke kubur!” gurau Wan Saadah.
Mereka saling ketawa.
Terdiam seketika.
MUSIM CUTI SEKOLAH
Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, ramailah makcik yang menumpang basikal, motor dan kereta untuk pergi dari satu rumah ke satu rumah. Ada rumah saudara mara, ada rumah kawan lama. Kad-kad sudah ditulis dengan tangan. Ia dihimpun mengikut kedudukan rumah yang saling berdekatan agar mudah menuju nanti. Hajatnya cuma satu. Jemputan kahwin.
Begitulah bersungguhnya ibu bapa kita memuliakan majlis perkahwinan.
Dalam sakit-sakit lutut, mereka berusaha untuk menyampaikan sendiri jemputan kahwin, selalunya berkad, kepada setiap tetamu. Selagi boleh.
Belum sempat ibu-ibu ini menghembuskan nafas terakhir mereka di alam yang fana’ ini, adab sopan yang mulia ini mati dahulu. Adab sopan yang tidak dapat difahami oleh anak-anak mereka, tatkala kad jemputan kahwin diimbas (scan) dan kemudiannya dipos ke dinding Facebook lalu ditag secara beramai-ramai.
“Sila berikan alamat anda jika mahukan kad jemputan” mesej ringkas mengiringi tag berkenaan.
Sesama rakan yang sudah tidak dapat menilai adab dan sopan, ia diterima sebagai amalan biasa. Sebagaimana tanpa segan silu melambakkan iklan pelekat detoks kaki, jubah, kek cawan di dinding Facebook semua ‘rakan’ yang dianggap pelanggan.
Namun bagi ibu bapa yang masih bernyawa, abang kakak yang sempat melihat ibu tua memegang lutut meredah kampung, perbuatan itu sungguh mengundang luka. Kalau tidak mahu disebut biadab seadanya.
KAD BUKAN PERSOALAN
Kad jemputan bukanlah isu utama. Tetapi jemputan yang dibuat adalah secara personal, bukan secara ‘BULK’. Adab sopan ibu bapa kita, jika mahu berpesan kepada jemputan untuk memanjangkan jemputan pun, akan disebut secara spesifik siapakah yang ibu bapa kita mahu jemputan itu tolong sampaikan jemputan. Tidak sama sekali mereka berkata, “tengoklah siapa-siapa, ajak aje!”
Di era kemudahan teknologi di hujung jari ini, persoalan menggantikan kad dengan e-kad, atau membuat salinan imbasan, bukanlah titik negatifnya. Namun apa yang penting ialah, tetamu yang hendak dijemput itu dijemput secara personal. Jemputan diajukan secara personal biar pun hanya sebuah emel. Bukannya menyalin senarai semua orang yang ada di dalam friend list, dan kemudian tag.
Allah Subhanahu wa Ta’aala menjemput kita ke rumah-Nya untuk bersolat dengan seruan azan yang begitu indah. Panggilan haji dan kewajipan-kewajipan yang lain juga diungkap dengan begitu cantik di dalam kalam wahyu. Tidakkah seorang pengantin berasa betapa besarnya makna hari perkahwinannya, lalu dia berusaha untuk menjemput dengan jemputan yang bermakna?
Andai urusan menjemput secara personal ini pun mahu dientengkan, kita tidak pasti apakah ada lagi makna bagi sebuah persaudaraan yang benar-benar ada makna?
Malah lebih penting daripada itu, menjemput, menerima jemputan dan walimah itu sendiri adalah IBADAH.
Mahukah hal ini diberi perhatian?

semoga sama2 kita mendapat manfaatnya...


CONTEST AKU, DIA & KAMOO! by unguisme



salam
agak lama menyepi dan agak lama tak der entry baru
ni pun entry nak masuk contest
disebabkan Tuan tag aku tuk join
aku join la
untuk mengucapkan terima kasih kerana masih ingat aku
dah lama kot tak jumpa dia
fuhhh
rindu2
eh dah melalut ni

jom citer pasal contest ni
sape2 yang nak join apa lagi




ni aku copy dr blog tuan penganjur

Tu dia banner!

Syarat2 contest ni~

1. mestilah follow blog . http://unguisme.blogspot.com (Done follow)
2. then taruk/letak la banner tu kt side bar memasing n then link kan ke blog sy. Ye lah. Senang lau ade kawan2 korang y teringin nk join jugek. Hehe.(DONE)sape nak join klik kat sebelah tu.
3. letak satu gambar je. SATU. y menggambarkan situasi aku,dia dan kamoo!. Mestilah kene ade watak korang sbgai tuan belog. Y lagi dua org tu pandai2 la ek.(DONE) ini gambarnyer

gambar ni masa aku konvo oct 2010
gambar bersama ma dan adik laki bongsu
sepatutnya kiri dan kanan adalah ma dan abah 
sebagai tanda terima kasih kepada mak dan abah yang "anakmu ini sudah berjaya dalam pelajaran"
dah abah tak sempat tengok aku konvo (Al-Fatihah) jadi xsalah adik aku gantikan
bukan gantikan apa cuma tempat didalam gambar ini :)
tengok org lain bergambar dengan mak ayah so aku pn nak jugak diapit macam ni hehehe
gambar ni kat depan DSI tempat aku terima degree
:)


4. gmbar hendaklah bertiga jek. Ala2 cinta 3 segi lah. Haha. Suke ati lah. Korang + kawan + kawan ke. Korang + mak + ayah ke. Korang + pakwe 1 + pakwe 2 ke.. terpulang~~ y penting gambor bertiga! Ber- TIGA oke.(DONE)
5. terserah nk edit2 ke. Nk b&w ke. Nk ape2 lah. Janji menarik.(DONE) menarik ni hari bersejarah bagi aku setakat ni..hehehe
6. dah pilih gambor. Letak lah sikit keterangan. Sape org2 dlm gambor tu. Kat mane. Cite y menarik jugak akan diberi markah ye. Hehe.(DONE)
7. TARIKH TUTUP : 27 feb 2011.
8. pas tu tag lah seberapa ramai kengkawan ek. Jgn tag sorang udah ler.(nak tag kak rai, risha, kak rina)

9. last but not least.wat entry kt blog korang bertajuk CONTEST AKU, DIA & KAMOO! by unguisme. Pas tu taruk link kt komen ye?? (DONE)


Emm ade ape2 lagi x tinggal??
Oooo hadiah ek??
Oke lah

1st prize : TOPUP rm50
2nd prize: TOPUP rm30
3rd prize : TOPUP rm10

done itu saje
sape nak join klik sini yer

Sunday, February 20, 2011

Win A Free Bag From BabyIbu!!!

salam semua
mood untuk join contest lagi
kali ni contest yang BabyIbu anjurkan
masuk ni dah 3 kali kot join contest yang dianjurkan BabyIbu

dan setakat ni dah dapat 2 wristlet bag(ish betul ke eja ni)
belasah jer eja ni

so teringin nak join
mana la tahu ada rezeki kan

:)

Jom tengok apa cara2 dan syaratnya:
ni copy dr BabyIbu jer



Apa?

BabyIbu Giveaway Birthday

Bila?

Contest ni akan berlangsung daripada 26 Januari 2011 sehingga 25 Februari 2011
Dilanjutkan sehingga 5 Mac 2011

Hadiahnya apa?

Organize Anne yang bernilai RM 52 daripada BabyIbu Shoppe
9 voucher bernilai RM190 daripada Tote Boutique

Syarat-syaratnya?

  • Tampal banner di atas di sidebar blog anda dan link ke entri ini
  • Tambah  BabyIbuBabyIbu Shoppe dan Tote Boutiquedalam bloglist anda
  • Membuat review mengenai contest ini dengan tajuk Win A Free Bag From BabyIbu!!! dan link ke entri ini (copy paste je pun boleh)
  • Dah siap semua, tinggalkan link entri anda dan juga email di sini
  • Boleh hantar banyak penyertaan - satu entri di kira satu penyertaan. Sekiranya anda hantar 2 entri - maka dikira dua penyertaan.
  • 10 pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah







Kedai Gambar Kami


haaaa
menarik kan
tunggu apa lagi jom sama2 memeriahkan contest
sama2 kita berkongsi
mana tahu ada rezeki kamu
so apa lagi