Thursday, April 17, 2014

eoe online printing services

***INI BUKAN SPONSORED ENTRY

Kita berhenti seketika untuk entry makan dan makan. Kita tukar topik pulak. Ok seperti yang aku cakap kat atas ni bukan sponsored entry ni hanyalah entry luahan hati seorang pelanggan yang hatinya sentiasa puas dengan service yang ditawarkan oleh pihak eoe online printing ni.

First time aku guna service printing onlline ni dah lama sejak 2009 lagi, tapi biasala masa tu kan student, nak print gambar kena la simpan duit. Dah namanya student kan kena la sedar diri, setiap kali nak print tu tunggu kumpul banyak-banyak sebab untuk RM 35 keatas memang delivery free. So nak buat apa membazir bayar delivery charge baik la kita kumpul gambar tu jadi banyak then print sekali gus. Senang tak banyak keje, tak payah bazir masa banyak kali.

Ni yang terbaru la aku submit hari khamis petang, upload semua gambar, bukan banyak mana kali ni sebab time semangat nak print ni tiba-tiba tak bawak pulak external hard disk so print yang mana ada jer la. Harga memang dari dulu sama, tu yang aku tahu sebab asal aku nak print aku buka website dia memang macam tu la harganya. Aku print 4R hanya RM0.30 sekeping. So ari tu print semua lebih kurang 150 keping so free delivery la. Submit gambar hari khamis petang, Sabtu pagi dah dapat semua gambar. Cepat dan Effisyen.

Tak payah susah-susah nak gi kedai, hantar then siap ambik takpun kena tunggu. Aku kan memang bangsa malas hal-hal remeh camni so print online la senang.

Sebabkan external tak bawak memang aku print gambar yang kat telefon je la. So kakak-kakakku andai korang baca ni jangan tanya pulak yer. Aku gitau siap-siap gambar yang lama-lama belum print. Gambar raya tahun lepas pun belum. Tunggu lain kali, bila tu kena tengok mood la yer....


See banyak kan



Dia memang wrap pakai bubble wrap ni
So memang gambar tak comot la
Kedut ke terlipat ke memang tiada




Banyakkan
Baru berapa ringgit.






Ni semua memang gambar baru
katanya orang suka bergambar kan
hadapla nak masukkan dalam album nanti



So kalau korang berminat nak try boleh la gi website dia







No comments:

Post a Comment