Friday, September 5, 2014

Pantai Bisikan Bayu

Assalamualaikum. Salam sayang semua. Cewahh salam sayang lah sangat. Saja la kan dah seminggu menghilang haruslah nak sayang-sayang, baru orang suka kan. Ok2 masih aktiviti yang lama tapi tak seberapa lama. Agak-agak korang paham tak? Dah-dah melalut tak tentu hala, kita straight to the point saja.

Raya hari tu kitorang pergi beraya kat pantai. Kerja gila kan macam takder tempat lain nak beraya, tapi ada kami kisah. Selain memenuhi permintaan anak-anak saudara, kita penuhi jugak permintaan hati masing-masing yang ingin melepas rindu pada pantai. Bermadah nya entry kali ni. Sila muntah!!

Raya keberapa aku pun dah lupa, maklum saja lah hari ni syawal dah pun meninggalkan kita semua, so ingatan pun dah meninggalkan aku (**hahahaha..gurauan saja). serius aku dah tak ingat raya keberapa pergi, kakak-kakakku boleh tolong ingat kan? Kami pergi pantai awal pagi la sebab takut panas dan bakal menambahkan kehitaman kami. Sampai tu pun takder orang lagi, dalam pukul 11 pagi dah panas kami pun dah balik.

Jom lah kita menjamu mata dengan pemandangan yang indah!!





Adam yang kegembiraan.
Adam dan pantai sangat serasi. 
Kenapa serasi sebab adam memang suka gila kalau kita cakap nak pergi pantai.
Bila ko dah TERcakap nak pergi pantai ko dengarlah dia bergendang dengan ko dengan soalan-soalan: 
bila nak pergi?, hari ni ke kita nak pergi?, jadi ke kita nak pergi?. See excited kan Adam.





My LOVE a.k.a My Mom




Amin
Yang kat belakang baru nak bentang apa yang patut





Mok Su Banu dan Iman
See Iman pun dah bukak pampers bersedia nak terjun dah tu





Yang terawal bersama pantai









Kami yang malas menerjah pantai.
Kami hanya rajin sengih dan snap photo














Bergambar la selagi terdaya




Apakah?










Masa ni dah start panas dah
Terik kot walaupun baru pukul 9 pagi.





I snap U, U snap I la kekdahnya kan


Aku sekarang malas nak buat ending boleh??
Ok stop disini sahaja.




No comments:

Post a Comment