Saturday, May 31, 2014

Superdry Sunway Pyramid

Hambik kau tajuk bukan main. Kalau korang masuk sini sebab tersearch Superdry Sunway Pyramid maafla aku ucapkan. Aku letak tajuk bukan sebagai publisiti murahan, aku letak sebab utamanya aku tak tahu nak letak tajuk apa. hahaaha..penat la aku type padam type padam nak letak tajuk, last-last itu lah tajuk entry ni. Maka aku pohon korang redhakan sahaja serta habiskan la baca entry ni. Hahaha.

Haa korang perasan tak, aku kalau buat entry aku memang tak reti kalau takde gambar. Tiada gambar makanya tak tahu nak membebel. Tiada gambar aku jadi blank tak tahu nak mula dari mana. So sapa-sapa yang tengok aku tulis entry memang mula-mula aku akan upload gambar. Dah upload baru fikir nak cerita pasal apa. Isshhh, tengok!! dah membebel kearah yang tak berkaitan dengan tajuk. Redhakan sahaja lah keadaan yang korang selalu baca ni.

Ok, ok , ok back to the story, ni adalah cerita basi, basi maknanya dah lama, lama mana tu aku dah tak ingatla. Maafkan aku!!. Tengok, punya la lama cerita sampai dah tak tahu bila pergi Sunway Pyramid ni. Tapi yang pasti hujung minggu, hari ahad. Niat dan tujuan utama hanyalah nak jalan-jalan (**xder keje jalan-jalan kat shopping mall..nasiblaa) serta lagi utama nak beli Tumbler spiderman kat TGV Cinema.

So kita ikut kata hati, siap-siap jomla kita gi Sunway Pyramid, nak kata ada duit takde la sangat. So tanya aku ada shopping ke tidak, kalau ikut poket sepatutnya TIDAK tapi sebab ikut hati jawapannya ada walaupun 1 barang. Kenapa 1 jer sebab aku adalah KEKURANGAN DUIT (**pengakuan berani...so silalah derma untuk I. hahaha). Lagipun memang dah set tak nak membazir duit, bulan May banyak nak pakai duit, so JIMAT, jimat, jimat bagai diseru-seru...hahaha (**saiko kan!!)


Turun dari eskalator nampak ada ni


^^^^
^^^
^^
^






Superdry..Wahhh superdry nak buka eh Dah buka pun kat Sunway Pyramid.
So kepada peminat superdry pergila kesana.
Aku pun teringin jugak nak pergi sekali. Tak beli pun takpe kita jamu jer mata ni.
Hahaha.





As usual Ida modelnya.
Dah dibuka pada 30 May 2014
Lot G1.65- Lot G1.66
Fround Floor Orange Zone






Sekarang dah jadi minat baru aku kot
Asal nampak cermin jer nak ambik gambar
Orang pandang-pandang pun ada I kisah. haha
Aku tak kacau orang kan, so aku punta suka la.





Disebabkan dah agak lama aku tak pergi Sunway Pyramid, masa aku pergi hari tu masuk toilet dia, wallaweii cantik nya, bersihnya, wanginya. Sejak bila, aku memang tak tahu. Korang tahu sejak bila?
Masa masuk tu cam pelik wahhh wangi dan bersihnya, sekali tengok logo ni. Patutla, hebat-hebat, Syabas Sunway Pyramid diatas initiative anda. Shopping Mall lain patut mencontohi.






See cermin + bergambar + kami





Dimana-mana sahaj cermin ada zasss kamera ditala. Hahaha





Haa tu la salah satunya barang yang dibeli
Tu pun nasib baik ada sale 70% derr kalau tak takdernya aku nak beli
I kan KEKURANGAN Duit. So JIMAT!!!






Ida ni memang ikut jer aku suruh bergambar sana-sini
memang sahabat yang baik.
Thank You awak!!





Ni aku tak paksa ok!!
tapi dengan sukarelanya dia gi nak naik
Takpela kita layankan aje. Bila lagi kan nak naik kuda.





Harap Ida jer la. Nak suruh aku naik, mau patah riuk kuda tu.






Confuse aku asalnya dekat sangat Ida ni dengan kepala kuda tu.
sebab masa aku nak berselfie dengan kuda ni mak aii busuknya bau.






Boleh pegang lagi. memang terbaikla U.






Ni jerla pun ada gambar aku n kuda.
Nak harapkan aku naik memang tak kan ada la gambarnya.






Main purpose to Sunway pyramid
Inilah dia. nak beli tumbler spiderman tu.
Tak tengok wayang pun sebab aku hanya mahu tumbler tu. aku bukan nak tengok wayang.
lepas beli keluar bawak popcorn n tumbler berisi air.
orang  pandang pelik jer, tapi ada I kisah. I punya suka la nak beli popcorn tapi tak nak tengok movie. Orang pandang aku, aku buat tak tahu jer. Biarla dia.





Ini yes aku paksa dia pegang dan gi bergambar kat situ.
Lepas siap bergmbar zass keluar terus balik.
Bagus betul mind set aku ni. Tak tergoda dengan apa-apa pun.





Semangat ko minum dalam tumbler. Haha




Dah habis beli, bergambar balik rumah tido.

Sekian
''

''
''


'
'
'
'
Jumpa lagi next entry.




No comments:

Post a Comment