Friday, May 2, 2014

DaripadaNYA kita datang KepadaNYA kita kembali

Assalamualaikum semua. Lama menghilang mencari-cari mood, nak betulkan balik perasaan yang kacau bilau, perasaan yang tak tenteram. Susah kan bila sedih, kecewa, takut dan lagi susah kalau semuanya bercampur baur. Kalau semuanya boleh diluahkan dengan menulis disini aku pasti melakukannya. Tapi tak semua aku mampu berkongsi disini kenapa aku tiada jawapannya.

Dalam masa terdekat aku mengalami dua kehilangan, dua kehilangan yang abadi, pergi yang tak mungkin kembali, pergi untuk selamanya kepada PenciptaNYA, sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah moyangku dan arwah nenekku. Saat ini aku terimbas kembali saat aku mengalami dua kehilangan pada 2010, terdetik dihati seperti dulu "cukuplah ini sahaja Kau ambil dariku Ya Allah, izinkan aku untuk terus menyayangi yang lainnya", menitis air mata saat kata-kata ni terlintas difikiran. Tapi aku tahu kuasaNya tiada tandingan, aku REDHA.

Bila kesedihan menjengah aku teringat kata seorang sahabat "Yakinlah bahawa setiap dugaan dan cabaran yang kau terima tu sebagai peringatan agar kau tidak terus terleka, maka dengan cabaran itu kau terus bangkit untuk terus taat dan patuh kepadaNYA. Berbahagialah dengan dugaan yang menjengah kerana itu tandanya Allah tidak lupakan kamu dan Dia mengingatkan mu untuk terus ingat kepadaNYA kerana apabila kesusahan muncul perkara pertama yang kau sebut adalah Ya Allah. Mungkin dengan dugaan itu kau tersedar dari kelekaan kau membuat dosa atau mengingkari perintahNYA, mungkin dengan kesedihan yang dihadiahkan oleh Allah itu bakal menjanjikan sesuatu yang terindah untukmu. Sentiasa bersangka baik dengan setiap dugaan yang diterima, InsyaAllah kau akan tabah. Maka bersabarlah". Terima Kasih wahai sahabatku, andai kau membaca coretanku ini sesungguhnya aku amat menghargai kata-kata kau ni. Terima Kasih.

Jika kau tanya aku sedih? jawapan aku YA aku memang sedih, kerana setiap kematian yang aku hadapi mengingatkan aku tentang MATI. yer MATI itu pasti. Setiap yang hidup pasti melalui saat Kematian.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.


Al-Fatihah






credit to google






No comments:

Post a Comment