Monday, December 29, 2014

Mini Sewing Machine

Tajuk bahasa inggeris sekali sekali. Bukan apa aku rasa macam tak menarik nak letak tajuk " Mesin Jahit Kecil" tak best kan? So tak pelah baca title bahasa inggeris sekali tengok isi kandungan awat bahasa melayu. Tak pelah kawan-kawan, bahasa melayu kan bahasa ibunda. Ecehhh dan-dan kan. Hahaha. 


Ok-ok jom la kita tengok apa yang aku nak share dengan korang. Seperti tajuk diatas, aku ada beli Mini Sewing Machine bulan lepas. Ala masa online revolution tu 11.11.2014 kat Lazada. Murah jer aku beli ni RM39 sahaja.


Aku ni macam biasala hobi selalu berubah-ubah, memang dasar kan tak tetap pendirian macam tu la. Agak lama jugak aku duk usha mesin jahit mini ni. Ada la lebih kurang sebulan. Yerla tetiba aku jadi minat sangat nak menjahit baju. Minat punya pasal mula la google sana-sini pasal mesin jahit. Nak beli yang gabak terus Ida tak kasi. Katanya aku ni tak pandai, nanti dah beli rasa susah aku dah jadi malas. Dah namanya nasihat daripada sahabat yang lebih memahami aku, kita dengar la. So cari yang murah-murah sahaja. Kalau last-last terbiar pun tak der la menyesal sangat. hahaha.





Jumpa yang ni. Murah sahaja.
RM 39
beli pun COD senang.
barang sampai pastu bayar










Ni lah rupanya.
Masa dapat memang tak payah cerita la excited dia.
Berkobar-kobar. Standard la benda baru. Mestila semangat.
Macam-macam nak buat.
Hahahaha.







Aku suka Lazada ni.
Cepat servis dia.
Dalam masa 2 hari aku dah dapat barang ni.
Kemas jer packaging dia.






Taraaaa inilah dia mini sewing machine aku.
Comel jer.
Excited punya pasal, dapat petang tu, balik malam tu terus try.
Malam tu jugak jahit baju koyak, siap gi cari baju-baju nak jahit.
Memang semangat habis lah.
Tapi aku rasa ni perasaan normal kan? semua orang pun camtu kan!!!







Ok lah so far aku boleh jahit yang mana koyak.
Masa beli dia akan bagi percuma adapter, food pedal, tempat letak benang dan jarum.
Ok lah tu, sesuai untuk beginner macam aku ni.


So selepas sebulan korang agak-agak apa yang jadi dengan mesin jahit ni????


















Mesti korang ingat dah rosak???
TIDAK!!!
Masih elok berkhidmat.















Tapiiiiiiiiii agak terbiar dah!!!!
Semangat dah makin hilang.
Memang Zunaidah sangat lah.!!!
Nasib baik dengar nasihat Ida.
 Tak de la rugi sangat!!

Nasihat aku untuk yang berminat nak beli, boleh beli.
Ada banyak kelebihannya.





Ok bye!!


No comments:

Post a Comment