Thursday, August 26, 2010

berbuka di luar esok


salam semua
esok cuti
sempena hari nuzul Quran

so cadang nak gi shopping raya
tak tahu jadi tak
aku follow jer la
nak wat camne gaji belum dapat lagi

tak dapat la nak shopping
tapi manala tahu kakak ku baik hati nak belanja 
so aku amik jer la
hehehe

ish melalut dah ni
berbalik pada tajuk

esok ofis sis in law berbuka luar
jadi aku pun tumpang dua kaki
hehehe
berbuka kat eistein...betul x eja ni....lantak la kan


sesape yang jumpa kat sana
tegur2 la
mana la tahu kan

=)


lagu raya


teringin mendengar lagu raya ramai2
teringin nak dengar kawan2 nyanyi lagu raya
teringin nak dengar lagu raya sampai bosan
teringin nak..........

hah apa lagi sambung sendiri
apa yang anda inginkan

eh ni dah tertukar tajuk ni
ni bukan tajuk lagu raya
tapi tajuk teringin
heheheh


takpe2

sebenarnya nak tanya pendapat korang la
pasal lagu raya ni
bila agaknya timing paling baik paling best paling ngam lah kalau pasang lagu raya????


haaaa tu dia panjang berjela ko soalan nya

haaaa pe lagi jawab jangan tak jawab...heheheh


Wednesday, August 25, 2010

reunion SKBJ 2000

salam semua. ada ke yang baca blog aku ni merupakan ex SKBJ???ada ke yang sekolah ngan aku...kalau ada comment2 la yer. ni bukan apa..just nak share la. 2 minggu lepas macam tu kat fb ada la jejak kasih gitu. so kawan2 zaman sek ren yang dah lama sangat dah tak jumpa tetiba jumpa. so tup2 dengar nak wat reunion.

lama sangat tak jumpa. lebih kurang 10 tahun la. memang lama dah. ada yang dah kahwin, yang dah ada anak. kalau ikutkan memang tak sabar menanti hari nya tapi tak nak la kan beria-ia sekali tak jadi...

harap-harap dapat la join. itu pun kalau aku der kawan nak gi...kalau tak memang xgi la jawabnya...

macam tak percaya pun ada kawan yang terpisah lebih kurang 10 tahun contact balik....memang superb la FB....kena tukar nama la lepas ni...dr FB jadi penghubung hubungan yang terpisah...heheheh

tapi dalam diri pun cam dalam dilema lagi...nak gi ke x???

=)

gelora di hati sara 2

salam semua. gigih betul malam ni....lepas jer abis gelora di hati sara ingat nak tdo...dah siap2 baru terfikir tak update lagi. so apa khabar kawan2 sekalian? sape2 yang kerja kerajaan dan pesara dapat bonus raya kan 500....wah2 boleh la tu belanja kan...hehehe...

ni dah lari jauh dari tajuk ni..actually citer ni aku ikut masa siri 1 dulu lagi....sampai sekarang. punya la gigih mengikuti ketabahan, kesedihan dan kegembiraan sara. kalau org tanya leh lagi nak citer A sampai Z...huhuhuhu

citer hari lak bisa membuatkan hati bertambah syahdu. dah la rindu kat ma kat kampung. tengok betapa sayang nya sara kepada seorang bayi. wah syahdunya dan indahnya kasih sayang seorang yang bergelar ibu. sanggup dia berkorban demi membahagiakan seorang anak. subhanallah. tabah sungguh hati sara. aku terfikir-fikir masih adakah wanita seperti sara sekarang???yang sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang tersayang.

kalau la di CDkan nak jer aku beli. menarik walaupun kadang kala telatah dan perangai rina bisa membuatkan hati geram yang teramat.

kalau pasal cerita yang suka, bercerita memang best. kalau la masa belajar dulu baca buku macam ni kan bagus...hehehehe

nak berhenti sekarang boleh...tamat tanpa penutup...hehehe...sekian...=)

mahu sebab???


mahu bersebab pula
sebab mengapa lama tak berblog

1.broadband aku rosak sebulan. so hilang punca internet..huhuuhu
2. upacara berebut laptop dgn anak2 sedaraku
3. aku mula bekerja...baru bekerja makanya jadual lari..hohoho
4. aku tiada mood menulis
5. aku rasa fed up dengan seseorang

seterusnya banyak lagi
tapi nak ke korang baca sampai habis
hehehe

cukup2 la kan
insyaallah

aku akan mula menulis dan mencoret kembali


Tuesday, August 24, 2010

kerinduan mencoret


salam semua
aku tengok ada gak yang datang menjenguk
terima kasih la
walaupun tak berupdate
tapi ada gak yang nak singgah

secara jujurnya aku merindui
sangat merindui saat2 aku mencari idea
saat aku memikirkan apa yang ingin dicoretkan disini
saat2 aku tergapai2 mencari mood untuk menulis

sekarang
aku terlalu menginginkan nya
tapi apakan daya
aku masih cuba menyusun jadual ku kembali


menyusun kembali jadual kehidupan harian yang agak tidak teratur
insyaallah
andai semuanya seperti biasa
kan ku coretkan sesuatu untuk melepaskan rasa "itu"


menulis merupakan terapi buatku
jadi aku dah buat keputusan
aku akan try susun semula jadual ku

akan kujengah blogku
akan kucoretkan sesuatu
walaupun cuma sebaris ayat
walaupun cuma bertanya khabar berita.

insyaallah


Saturday, June 26, 2010

anne bercerai talak tiga


salam semua
apa ke jadah kan tiba2 tajuk macam tu
huhuhu
bukan pe
aku blogwalking aku tengok ramai sungguh yang mengomen pasal ni
hurmm
aku tak tahu nak komen pe

penangan artis memang macam ni
tu la kalau dah jadi artis kan
tak der private2 dah
semua orang tahu

walau pe pun
aku cam terdetik gak la
"ishh kesian anne,...dah la pregnant"

moga anne tabah menghadapinya
insyaallah


Wednesday, June 23, 2010

double A Luck draw contest

salam semua
aku masih berminat nak join contest
hehehe

blogwalking di pagi hari
tengok contest ni
macam menarik
eh2 bukan macam lagi

memang menarik
gabungan 2 blogger berlainan jantina yang kreatif
hehehe


so kepada yang berminat
leh la 




dan yang kat bawah ni aku copy dari blog alengz



Hadiahnya juga menarik! Setiap pemenang akan diberi header blog percuma + Topup RM10!

..

..


Syarat-syarat penyertaan :

2) Tulis entry pendek bahawa anda telah menyertai lucky draw ini. (jangan lupa link ke blog Azreen & Aleng )

3) letakkan kedua-dua banner di dalam blog anda (sidebar) <---copy banner code yg telah disediakan.

4) Sila tinggalkan link entry anda di dalam komen mengikut jantina (Kategori Lelaki : Azreen, Kategori Perempuan : Aleng )

5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Julai 2010.




so apa lagi...
jom join ramai2





Monday, June 21, 2010

kasihkesyurga contest....

salam
apa khabar??
sihat??
haa nampak tak tajuk tu...
pe lagi kalau bukan aku masuk contest
kira dah lama jugak la aku tak menjoin contest
ni dah start balik

kita mula join yang senang2 dulu
amik mood dulu
tadi blogwalking tengok der contest
bagai pucuk dicita ulam mendatang lah(..ish betul x ni)...
hahaha


dah2 berbalik pada contest
contest dianjurkan oleh kasihkesyurga

jom teka duit kat bawah ni


teka:

RM 143.50


teka:

RM 6550


nak tahu lebih lanjut 




tarikh tutup : 13 JULY 2010 (Ahad) kol 12.00 mlm....

jom join ramai2




Sunday, June 20, 2010

happy father's day

Al-fatihah untuk arwah abah...

selamat hari bapa kepada semua bapa2 didunia..

tanpa anda siapalah kami...

miss u so much ABAH!!!